Pages

Jumaat, 24 Januari 2025

Makan Celup-Celup Pun Sedap!

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin sebaik sahaja selesai urusan kami sekeluarga di kampung, kami bercadang untuk terus ke Perak. Wak Kanang tumpang kereta kami untuk sampai ke rumahnya di Batang Berjuntai. Dari situ kami ikut jalan ke Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan dan seterusnya Sabak Bernam. Akhirnya sampailah kami ke Seri Iskandar pada pukul empat petang. Oleh kerana perut belum diisi dari tengah hari, jadi terasalah lapar yang amat sangat!

Kami singgah di Restoran Rusna Seafood. Kalau boleh hendak makan dengan segera sebab tak sanggup layan perut yang berkeroncong.

Jadi semuanya memesan makanan celup-celup sahaja. Apabila ditanya makanan yang boleh dihidang segera, pekerja restoran yang sudah semestinya orang Kelantan kerana bercakap loghat Kelantan beritahu kami, ada mi celup, kuetiaw celup, bihun celup, maggi celup dan segala yang celup-celuplah! Jadi kami memesan:

  • Kuetiaw Celup
  • Bihun Celup
  • Mi Maggi Celup
  • Lai Chi Kang Panas
  • Teh O Ais

Bihun Celup Daging


Lai Chi Kang & Teh O Ais
Firdaus : Mi Maggi Celup
Encik Suami : Kuetiaw Celup

Amie : Bihun Celup

Ada chili oil dengan cili jeruk tu yang buat celup-celup tambah sedap!



Selesai makan yang celup-celup, datang pula pesanan keropok lekor.



Selesai makan celup-celup, kami pun menuju ke tempat tinggal Abang Farid. Terpandang gerai nasi lemak, singgah dan beli bawa ke rumah Abang Farid.


Sebelah malamnya, semua keluar makan kecuali Amie. Malaslah hendak bersiap sebab sudah mandi.... ahaks! Abang Farid hendak belikan makanan bungkus, tetapi Amie kata tak perlu. Ada nasi lemak. Kita balun dua bungkus!

Hari ini rasa di zon selesa sebab boleh tidur baring dalam bilik. Sesekali layan Hamzah kalau cucunda kami bangun tidur. Dalam hati sudah berangan-angan, petang sedikit nanti hendak ajak Encik Suami makan celup-celup lagi. Rupanya Abang Farid ada rancangan lain. Katanya pukul lima petang nanti, kami semua akan di bawa jalan-jalan ke Ipoh!

14 ulasan:

  1. Semua celup2 yang sedap + Laicikang.. Yumm. Seronok baca trip Kak Amie balik bercuti ni.

    BalasPadam
  2. Aduh nyamannya laicikang tu ....
    Nasi lemak tu sebungkus mmg tak cukup Kak Amie hihi...

    BalasPadam
  3. Suka kuetiau celop. Makan dengan cili jeruk memang sedap.

    BalasPadam
  4. waduhhh laichikang + celup-celup bertambah sedap!!

    BalasPadam
  5. jauh juga perjalanan Amie dari Batang Berjuntai melalui Kuala Selangor ke Seri Iskandar tu, memang patut lapar dah keroncong gitu hehe :)

    BalasPadam
  6. sedapnya mee celup,fav saya juga tu..

    BalasPadam
  7. seronok tu JJCM Ipoh.
    Boleh ootd sekali 😁

    BalasPadam
  8. Sebenar makan nasi lemak bungkus yang comel macam tu memang sedap.. Tapi kalau saya, tak cukup sebungkus. Sekurang-kurangnya 2 bungkus.

    BalasPadam
  9. keropok lekor tu nampak sedaplah kak

    BalasPadam
  10. Semua serba celup itu saya belum coba 😍😍😍😍. Keropok Lekor dan nasi lemak saja yg sudah. Aduh kak Amie, keropok Lekor tuh kenapa menggoda iman sangat 🤣🤣🤣🤣. Itu satu porsi sanggub saya habiskan sendiri 😂

    BalasPadam
  11. Sedap celup-celup ni kak... kuah dia seger kata orang

    BalasPadam
  12. Bab celup - celup ni SA memang suka..kalau ada terselit menu ni kat mana- mana restoran atau kedai pasti SA pilih

    BalasPadam