Pages

Isnin, 2 Disember 2024

Sarapan Yong Tau Foo di Food Garden KLIA1

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun kami sampai di KLIA1 waktu pagi tetapi kami tidak terus terbang pulang ke Negeri di Bawah Bayu. Penerbangan kami pada sebelah petang. Hendak jadi cerita, kami terpisah pesawat. Jusna, Nano dan Gee akan menaiki pesawat Batik Air dari KLIA1 ke Tawau pada pukul enam petang. Amie pula, terbeli tiket AirAsia dan penerbangan yang dijadualkan pada pukul enam petang diawalkan ke pukul 5:20 petang.

Sementara menunggu waktu penerbangan, kami lepak di Food Garden dahulu.
Ketika ini jam menunjukkan pukul 8:39 pagi.
Masing-masing memilih yong tau foo sebagai menu sarapan.
Boleh pilih kuah seperti soy sauce, kuah tom yam, kuah kari atau kuah sup.

Agaknya teringin makan makanan berkuah sebab sudah seminggu makan makanan berempah!



Dari jauh macam terpikat melihat promosi Special Set Meal, tapi lain pula yang diambil setelah melihat pelbagai pilihan yong tau foo.


Baiklah pilih banyak mana yang kita hendak makan!



Yong Tau Foo Kuah Tom Yam.

Yong Tau Foo Kuah Kari - RM24.10 sen.


Kita pilih jus tembikai tanpa gula.
Rasanya tetap manis, dan nampak merah menyala!

Jus Tembikai - RM9.91 sen.

Lama jugalah kami lepak di Food Garden, sehinggalah Abang Farid muncul bersama Aseeyah dan Hamzah. Perut pun sempat lapar semula. Amie beli nasi lemak dan fresh orange.

Nasi Lemak Telur Sebiji - RM6.70 sen.


Fresh Orange - RM9.91 sen.

Pukul 11:30 pagi kami tinggalkan KLIA1 menuju ke KLIA2. Nano, Jusna dan Gee akan menaiki pesawat Batik Air dari KLIA1 dan Amie akan terbang dari KLIA2. Sampai di Tawau nanti, Amie akan tunggu ketibaan mereka bertiga.



9 ulasan:

  1. sedap YTF kuah kari..belum pernah rasa...Hamzah tu cucu Amie ke?

    BalasPadam
  2. menyala betul warna jus tembikai tu...macam ditambah pewarna tambahan.

    BalasPadam
  3. Kak Amie belum lagi tunjuk muka Hamzah, tentu hesmes macam atuk, kan.

    BalasPadam
  4. baru tau rupanya YTF ada pelbagai kuah.
    biasa jumpa kuah sup dan sos je.

    BalasPadam
  5. nasib baik YTF tu dah papar harga siap-siap, kalau tk letak harga ni yg risau kena sembelih je. lagi2 kat airport camni

    BalasPadam
  6. Mujur ada tanda harga juga tu .. yong tau fu ni satu ja bahaya ..ambil ambil dah siap potong ..dah siap terhidang depan mata kemain banyak haa

    BalasPadam
  7. Omg YTF nya menggodaaa 😍😍😍😍🤣. Tak sabar nih saya menunggu 24 Dec. Nanti transit lama di KLIA1 sebelum lanjut ke Hanoi. Nampaknya saya pun akan lepak di Food garden saja 😄

    BalasPadam
  8. YTF memang all time fav SA...pilihan SA YTF soup...sedapnyaaa

    BalasPadam