Pages

Isnin, 2 Disember 2024

Makan Tengah Hari di Nando's KLIA2

Bismillahirrahmanirrahim.
Sabtu : 21 September 2024.
Abang Farid memang peminat setia Nando's. Di sinilah tempat makan pilihannya kalau kami berada di KLIA2. Tak kisahlah. Yang penting Amie ada kawan yang menemani sebelum terbang.


Amie serahkan kepada Abang Farid dan Aseeyah untuk memilih menu. Yang penting ada Portuguese Egg Tart yang rangup itu!



Ada tiga jenis Portuguese Dessert termasuk Bolo, Bola dan Nata. Sayang sekali! Setelah memesan Portuguese Egg Tart @ Nata, pelayan datang semula dan beritahu sudah habis. 

















Apabila melihat resit dalam galeri HP sewaktu menulis entri, baru terpandang 2 X Natas RM21.90 sen! Memang Amie ada memesan Nata (Portuguese Egg Tart), tapi kemudian datang pelayan restoran beritahu sudah habis. Inilah kelalaian sendiri. Tidak semak makanan dan harga yang dibayar! Maknanya kami terlebih bayarlah. Hurrmmm... perkara sudah berlalu. Lain kali kena lebih berhati-hati.


Ketika terbang menaiki pesawat AirAsia, makan Roasted Chicken with Black Pepper Sauce.


Kami sampai di LD lewat malam. Mungkin sudah tengah malam dan hendak cepat sampai, habis segala lubang dan lopak dilanggar oleh pemandu van yang kami sewa. Betapa jauh bezanya dengan cara pemanduan Mumtaz Khan di Pakistan! Penumpang terakhir, Gee sampai di rumahnya pada pukul dua pagi.

12 ulasan:

  1. Eh? KLIA2 ada nandos? Kenapa uncle tak perasan?

    BalasPadam
  2. Sedapnya makan Nando’s. Ruginya tersilap tu. Takpela lepas ni kena berhati2.

    BalasPadam
  3. Sy pun pernah kena juga Kak Amie, kadang lupa nak cek resit dah terlebih bayar :(
    Roasted Chicken tu nampak sedap 👍🏻

    BalasPadam
  4. lama tk mkn nandos...bab resit tu kita mmg slalu check sbb kdg2 depa slh key in bila ada menu yg tkde....pernh juga komplen sbb ada menu die caj tk sama dgn harga di pamirkan ...nasibaik ada bukti gmbr...tp bkn dkt nandos la...

    BalasPadam
  5. Tengok menu akak ni terus rasa terliur ayam nandos hahahha, lama tak makan di nandos

    BalasPadam
  6. Alamak, terkilan jugak rasa hati 20 hinggit tu, Kak Amie. Sy pun suka Nando's.

    BalasPadam
  7. banyak tu 21.80 tu bagi free2 gitu je, aduh cashier tu pun!
    nampak sedap makanan airasia tu, tpi saya kalau naik AA selalu order nasi je, tk pernah lagi order menu ayam tu xD kenyang ke?

    BalasPadam
  8. Nandos ini saya tak seberapa cocok dengan rasanya. Tp penasaran dengan egg tart mereka. Jadi kalo nanti ke nandos, palingan hanya nak pesan egg tart 😄

    BalasPadam
  9. Bestnya Nandos..makan panas2 sedap..sos peri peri dia...ermmm...yummy..

    BalasPadam
  10. saya juga peminat tart telur. selalunya beli kat bakers cottage

    BalasPadam