Bismillahirrahmanirrahim.
Batik Air 0D 132
21:40 Malam - 20 September 2024
06:15 Pagi - 21 September 2024
Jangkaan penerbang Lahore ke Kuala Lumpur - 5 Jam
Tambahan perbezaan waktu Malaysia & Pakistan - 3 Jam
Google - Batik Air |
Alhamdulillah. Kami sempat solat di surau Allama Iqbal International Airport dan berehat seketika sehinggalah tiba waktu maghrib. Terima kasih tour guide Encik Ahmed dan pemandu van. Kami dibekalkan dengan sebungkus makanan dan sebotol air mineral.
Makanan berupa nasi, ayam dan salad serta sos di dalam bungkusan ini sangatlah banyak. Dua atau tiga orang pun belum tentu dapat habiskannya! Bungkusan masih terasa panas. Amie masukkan dalam beg sandang, dan bawa balik ke Kuala Lumpur. Nanti bolehlah berikan kepada Abang Farid.
Ketika berada di bilik menunggu, kami sempat jalan-jalan melihat pelbagai jenis kedai. Barang jualan di sini tidaklah semahal yang kami sangka. Biasanya kedai jualan di dalam lapangan terbang harga kayangan tetapi di sini lebih kurang sahaja dengan harga di luar. Sempatlah memborong tiga helai pashmina kualiti tinggi dan cenderahati. Masing-masing hendak menghabiskan duit Rupee Pakistan yang ada. Kalau hendak ditukar pun nilainya sangat rendah. Baiaklah habiskan sahaja di sini.
Rupanya waktu penerbangan beranjak lagi! Malaslah sudah memikirkannya. Tunggu sahajalah waktunya. Dan akhirnya kami berada di perut pesawat Batik Air.
Ketika ini memang separuh jew kelopak mata terbuka!
Tak larat makan nasi yang dibekalkan di lapangan terbang. ada rezeki lagi Chicken Briyani dengan sebotol air mineral dalam pesawat. Jamah sedikit sahaja, dan terus lelapkan mata.
Pukul 6:30 pagi pesawat mendarat di KLIA1. Kami ikut Kemi menaiki bas dari kapal terbang menuju ke balai ketibaan. Sampai ke balai ketibaan macam lain macam saja suasananya. Tidak jumpa papan tanda arah tuntutan bagasi. Tanya petugas di situ, rupanya kami naik bas menuju ke balai pelepasan!
Lailahaillah!
Cepat-cepat kami menuju bas untuk ke balai ketibaan!
Sampai di situ, kami tergesa-gesa mencari surau untuk tunaikan solat subuh.
Sampai di situ, kami tergesa-gesa mencari surau untuk tunaikan solat subuh.
Jam sudah menunjukkan pukul tujuh pagi.
Ya Allah! Sudah subuh gajah rupanya.
Ya Allah.... ampunkan kelalaian kami. Hampir waktu syuruk!
Selepas solat kami terus ke tempat tuntutan bagasi.
Di sinilah kami bertemu sebelum berpisah, dan masing-masing akan pulang ke sarang.
Menunggu beg masing-masing. |
Kami bergambar ramai sebelum berpisah.
Terima kasih Encik Musjid, tour leader kami yang sangat tabah, peramah dan sentiasa menyantuni kami dengan sabar sepanjang Trip Pakistan. Terima kasih juga rakan-rakan lain, dapat berkenalan dengan kalian. Semoga ukhuwah berpanjang dan dapat bersama mengembara di lain masa.
Terima kasih Encik Musjid, tour leader kami yang sangat tabah, peramah dan sentiasa menyantuni kami dengan sabar sepanjang Trip Pakistan. Terima kasih juga rakan-rakan lain, dapat berkenalan dengan kalian. Semoga ukhuwah berpanjang dan dapat bersama mengembara di lain masa.
Hingga berjumpa lagi.
Yayyy... pulang dengan seribu kenangan.
BalasPadamoo ada bas berbeza untuk departure @ arrival.
Rasanya saya pernah jugak naik Batik Air ni.. Pergi ke Indonesia, tak ingat pergi wilayah mana.
BalasPadamAlhamdulillah, kenangan terindah...
BalasPadamPenat tapi seronokkkk.
BalasPadamnanti mesti rindu dengan kawan2 trip pakistan ni kan. kena plan pergi negara lain pulaklah lepas ni, hehehe
BalasPadamBestnyaaa .
BalasPadamYa Allah bisa salah bus ya kak 😅😅. Sukaaaa baca pengalaman Kak Amie ttg Pakistan. Saya jadit tringin sangat secepat mungkin kesana. Insyaallah selesai trip Mongolia dan Turkmenistan
BalasPadamAlhamdulillah..sampai Malaysia juga akhirnya
BalasPadam