Pages

Ahad, 1 Disember 2024

Sarapan Ubi Kayu Rebus dengan Kelapa Parut & Ikan Tamban Goreng

Bismillahirrahmanirrahim.
November berlalu pergi. Hari ini Disember muncul kembali setelah setahun berlalu.
Musim tengkujuh datang lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan di sembilan negeri yang terlibat banjir. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mudah-mudahkan Allah kurniakan sebesar-besar ketabahan dan kesabaran buat mereka yang sedang menghadapi musibah banjir ini. 

Kalau ikutkan hati, memang hendak tarik selimut sahaja, dan bangun lewat di pagi minggu ini. Tetapi kalau turutkan hati akan lesulah badan sepanjang hari kerana tidak melakukan sebarang aktiviti. Baiklah bingkas bangun, kemaskan diri dan pergi ke pasar tani. Dapat juga cuci mata dan jalan-jalan kurangkan kalori.

Balik dari pasar tani, jinjing bungkusan berisi makanan untuk sarapan. Apa yang dibeli? Sudah tentulah makanan yang digemari seperti ubi kayu rebus! Amie seorang yang makan ubi kayu rebus dengan kelapa parut ini. Hendak makan dengan ikan goreng baki semalam tetapi Encik Suami sudah masukkan dalama peti sejuk. Kebetulan kami beli ikan di pasar,dan salah satunya ikan tamban. Sudah banyak kali teringin hendak beli ikan tamban tapi asyik tidak jadi. Kali ini memang betul-betul beli ikan tamban! Jadi, gorenglah tiga ekor untuk dimakan bersama ubi kayu rebus.

Ikan tamban memang banyak tulang. Kami membesar bersama ikan tamban selain beberapa jenis ikan yang lain! Rasanya tidak pernahlah tercekik tulang ikan tamban. Bonda akan kelar-kelar dan goreng garing. Sewaktu makan, kunyah sekali tulangnya yang memang sedia garing itu!

Nostalgia sungguh!
Apalagi kalau makan ubi rebus dengan ikan tamban goreng yang sudah 'menginap' semalam. Terbau-bau aromanya di saat ini.

Ubi Kayu Rebus dengan Kelapa Parut & Ikan Tamban Goreng.



Firdaus makan nasi kuning lauk ayam & sambal.

Kuih pinyaram @ penjaram RM2.00.

Cempedak goreng, RM2.00 dua ketul.



Teruja hendak beli cempedak goreng sebab harganya murah sangat, dua ketul RM1.00 jadi beli empat ketul RM2.00. Sampai rumah kami dapati lebih banyak tepung, dan tenggelam seulas cempedak yang kecil!


Beli sebungkus Nasi Panggang Cemangi @ Kemangi dan dua bungkus Pulut Panggang Cemangi.

Nasi Panggang Cemangi

Pulut Panggang Cemangi

Cengkaruk

Tapai Pulut

Ubi Kayu Rebus dengan Kelapa Parut

Ikan Tamban Goreng

Sedapnya makan ubi kayu rebus dengan ikan tamban goreng garing!

Simpan untuk makan tengah hari.

Selepas sarapan, buat kerja-kerja dapur. Encik Suami buatkan jus roselle. Amie masak sendiri roselle dan simpan dalam peti sejuk. Sedap jus roselle, tambah gula ikut manis yang dikehendaki dan secubit garam. Boleh minum panas dan juga boleh minum sejuk, tambah kiub ais.

Jus Roselle


Selesai bersihkan dapur, duduk di meja makan cengkaruk dengan serondeng ikan. Encik Suami dan Firdaus ikut makan sama. Kalau ada kopi O panas memang mantap!


Apa pun jus roselle memang laku keras! Entah berapa gelas melintasi tekak. Nyaman bah!


6 ulasan:

  1. Fuhhhh... nasib baik tak jadi tarik selimut. Dapatlah kami tengok pelbagai hidangan membuka selera dari Pasar Tani.

    BalasPadam
  2. Alamak... dah macam cekodok perisa cempedak je. Setoet buahnya.

    BalasPadam
  3. lama tk mkn ubi kayu rebus....1st time tgk mkn dgn ikan tamban goreng tu....alahai cempedak gitu tk syok sbb byk tepung dr isinya

    BalasPadam
  4. Suka tengok orang makan ubi rebus...SA x berani makan sebab sakit2 sendi dan semput lepas tu..

    BalasPadam
  5. Baru kali ini saya lihat ubi rebus yg menggoda sangat. Ntah karena foto kak Amie bagus , atau deskripsi kak Amie yg memikat 😄😄. Jadi teringin ubi rebus letak kelapa parut. Unik juga makan pakai ikan goreng

    Cengkaruk itu semacam kerupuk kan? Bentuknya mirip dengan rengginang kalo di Jawa.

    BalasPadam
  6. cengkaruk tu bukannya kerak nasi di goreng. ubi godok kalau saya dapat yang empuk layan dengan sambal tumis. licin apa lagi kalau empuk. aduhaiiiii nak cari ubi nak cari ubi

    BalasPadam