Pages

Ahad, 1 Disember 2024

Beli Sayur Gènjèr (Keladi Senduk) di Pasar Tani

Bismillahirrahmanirrahim.
Pernah dengar sayur g
ènjèr? Dalam bahasa Jawa disebut gènjèr, dan dalam bahasa Melayu disebut keladi senduk. Bonda kita Jawa, tapi sebut keladi centong.


Gènjèr @ Keladi Senduk @ Paku Rawan - RM4.00


Selain keladi senduk, gènjèr juga dikenali dengan nama keladi merawan, paku rawan, keloyok, selimpat, kemelin, kelayau, keladi itik, keladi layar, kelayar dan pelbagai lagi nama mengikut daerah dan negeri.

Walaupun  bukan jenis tumbuhan terapung, benihnya disebar secara di bawa arus. Pokok keladi senduk tumbuh di kawasan air tawar bertakung cetek, di kawasan berpaya. Kadang kala pokok ini menceroboh sawah padi dan boleh membentuk rumpai.


Gènjèr boleh diolah dengan pelbagai cara seperi tumis dengan belacan, masak lemak, kerabu dan sebagainya. Pada mulanya Amie hendak masak lemak cili padi gènjèr dengan lokan. Sayangnya hari ini tidak ada orang jual lokan di pasar tani. Mungkin hujan dan air sungai naik, jadi sukar untuk mengutip lokan. Satu lagi, lokan semakin sukar di dapati di pasar tani sebab banyak kejadian pengutip lokan kena baham buaya!

Daun Kemangi @ Cemangi

Amie sukakan aroma daun kemangi dalam masakan ikan dan juga sayur bening. Daun kemangi boleh ditambahkan ke dalam masakan singgang atau masakan kuning ikan. Begitu juga dengan sayur bening labu ditambah bayam dan kacang panjang atau jagung. Campak sahaja daun kemangi. Wallaaa... carikan teman ikan goreng dan sambal belacan! Satu lagi, Amie suka masak sup ceker dengan betik mengkal, bubuh lada putih atau lada hitam dan jangan lupa masukkan daun kemangi sebagai sentuhan akhir! Sewaktu hirup kuahnya, memang tak toleh kiri kanan dah.

Kacang Panjang

Terpandang kacang panjang kurus-kurus, kita beli seikat. Beza sungguh kacang panjang orang kampung dengan kacang panjang dari ladang yang gemuk dan tidak berulat. Tak apa, kita bantu orang kampung mencari rezeki.

Cili Padi

Terung Pipit

Rebung Buluh

Jambu Air

Setiap kali makan atau beli jambu air ini selalu teringat pokok yang kami tanam di belakang rumah 18 tahun yang lalu. Baru sekali merasa buahnya yang manis, Encik Suami tebang. Pagi tadi suarakan kepada Encik Suami tentang hal tersebut. Kata Encik Suami: Nak buat macamana. Ada pokok mangga udang, tak cukup ruang.

Betik Hawai.


Beli juga betik Hawai dua kilogram. Dapat enam biji.

Betik Hawai





5 ulasan:

  1. Banyak yang diborong tu Kak Amie 👍🏻
    Keladi tu Sy selalu jumpa di sawah kami dulu. Arwah Mak rebus buat ulam atau sayur air x silap saya.
    Pucuk kemangi tu buat ulam mentah pun sedap juga.

    BalasPadam
  2. Sy suka kacang panjang kurus², tapi tak mahu yang tua sebab nanti kecut nampak sangat, heheh. Banyak pulak nama kelainan, Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Biasa nampak kat pasar sayur genjer tu tapi tak pernah beli sebab tak pernah makan. Nanti sharelah cara memasaknya.

    BalasPadam
  4. Sayur genjer ini saya suka. Tp susah nak cari di sini kak. Cuma genjer ini dulu konotasi nya tak bagus 😅. Karena oleh Partai Komunis Indonesia (saat masih ada), dibuat sebagai lagu simbol mereka. Jadi dulu itu kalo inget genjer, ya inget partai komunis 🤭. Nasib baik mereka dah tak ada. Jadi tak segan nak beli genjer. Krn dulu takut pula dikira anggota partai mereka

    BalasPadam
  5. SA pernah nampak tapi x pernah beli...sedap ye kak..kalau arwah Mak Pah ada mesti SA dh tunjuk kat dia...

    BalasPadam