Bismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi dalam entri gang nasi sejuk.
Minggu lepas ramai kawan penoreh yang bertugas di luar kawasan sebagai Ketua dan Pentaksir UBBM SPM. Amie puoa bertugas di ladang sendiri pada hari pertama, dan sidang pertama pula.
Hari Jumaat, sebelum menoreh kami sarapan bersama.
Seperti biasa ada yang bawa nasi sejuk, tapi tak sempat hendak ambil gambar.
Ambil gambar lauk sahaja, seketul ayam goreng bahagian peha dan telur dadar.
Ambil gambar lauk sahaja, seketul ayam goreng bahagian peha dan telur dadar.
Peha Ayam Goreng |
Amie bawa Sambal Terung Pipit.
Putu yang dibeli pada petang kelmarin, dan dibawa ke ladang keesokan paginya. |
Hari Khamis, Sitti kata kalau hendak makan putu yang sedap, bawalah yang sudah bermalam dan juga ikan goreng yang juga sudah bermalam. Sebenarnya mengikut tradisi masyarakat Bajau, putu dimakan bersama ikan bakar termasuk lauk-pauk lain seperti kerabu mangga atau kerabu rumpai laut. Tetapi makan dengan ikan goreng pun boleh, kata Sitti.
Ikan Kasig & Ikan Kerisi Goreng |
Ikan goreng yang sengajakan 'dimalamkan' di bawah tudung saji. Amie sangka tiada yang berminta dengan ikan tamban goreng, rupanya itulah dahulu yang licin. Maklumlah banyak tulangnya. Sitti kata kalau di LD, bukan disebut ikan tamban tetapi ikan kasiq. Ikan tamban lebih kecil dan leper. Dapat lagi ilmu baharu tentang ikan!
Hirisan Mangga |
Nano bawa hirisan mangga. Sitti kata, boleh juga mangga dengan putu. Amie pun cubalah makan. Putu, ikan goreng dan mangga. Tak berhenti kami makan sampalah semuanya habis licin!
Istimewanya kami duduk semeja dengan penoreh dari pelbagai latar belakang. Ada penoreh Bajau, penoreh Bugis, penoreh Idahan dan tak kurang juga yang datang dari Malaya seperti Amie dari Selangor, Nano dari Perak, Mas dari Johor.
Walaupun lain-lain keturunan, tapi apabaila duduk semeja semuanya sama sahaja. Apalagi kalau masing-masing bawa bekalan, bak kata orang sikit sama dirasai, banyak sama dikongsi!
Nano bawa sayur petola tumis aiar dengan tauhu telur.
Ada ibu murid kirim 2 bekas bihun goreng untuik penoreh sidang pagi.
Alhamdulillah. Rezeki Allah diterima dengan penuh rasa syukur.
Kuih Bunga Pandan |
Jusna belanja kami kuih Bunga Pandan yang sangat sedap! Lemak-lemak manis, cair dimulut terus hilang masuk perut.
Terima kasih James dan Jusna yang selalu kongsi sarapan : Popia Basah, Popia, Kuih Lenggang, Karipap, Kuih Doraemon & Kuih Kaswi. |
Hari Khamis, Nano bawa nasi goreng!
Nasi Goreng |
Amie bawa sayur peria tumis dengan udang kering, baki lauk makan malam.
Sengaja goreng ika telinga gajah lebih, jadi boleh bawa buat bekal pergi menoreh.
Encik Suami belikan sarapan pagi : Nasi Lemak Sambal Paru & Tauhu Berlauk.
Amie bawa juga Keropok Kentang Pedas Manis.
Betik Hawai |
Tak sempat kupas betik, bawa sebiji dengan pisaunya sekali.
Sampai ladang boleh belah, buahng biji dan sudu isi betik bawa ke mulut
Julik bawa nasi sejuk bersama dua bungkus sambal.
Salah satunya sambal petai. |
Satu bungkus lagi, tak pasti sambal apa.
Selain dua bungkus sambal, Julik bawa sebungkus biskut cheese crackers. Lebih kurang sama saja nama biskut dengan tuannya... ahaks! Kulik & Julie's.
Sitti tidak ketinggalan dengan telur dadarnya.
Nano & Yus dengan ayam gorengnya!
Nampak pekerja kantin pikul kelapa pandan, cepat-cepat kami tempah seorang sebiji!
Selepas makan nasi sejuk, sedut air kelapa pandan!
Terus tersandar kekenyangan.
Terima kasih James dan Jusna yang selalu belanja kuih : Kuih Doraemon, Karipap Pusing, Popia, Epok-Epok, Kuih Lenggang dan Kuih Cempiang. |
Hari Rabu : Nano bawa telur rebus dua biji.
Telur Rebus |
Ikan Goreng |
Amie bawa ikan goreng yang sengaja digoreng lebih-lebih dan diinapkan satu malam di bawah tudung saji. Ada empat jenis dan semuanya lapana ekor : Ikan Sulig, Ikan Kembung Pelaling, Ikan Tamban dan Ikan Kerisi.
Sempat dadar telur.
Sempat juga kaut masuk sambal belacan masuk bekas!
Masak Lemak Putih Sayur Petola |
Kelmarin petang masak lemak petola. Petola di potong dua. Sebelah terus masak lemak, sebelah lagi simpan dalam peti sejuk. Baku kuah lemak disimpan dan esok paginya dipanaskan semula, tambahkan petola dan suhun. Seperti biasa masak lemak putih petola ini Amie masukkan isi ikan pelaling tumbuk dengan lada hitam.
Amie bawa nasi juga. |
Ada banyak baki sambal tempe pemberian anak buah.
Baiklah kita bawa ke ladang, boleh ratah sama-sama dengan rakan penoreh yang lain.
Yus bawa bihun goreng.
Terima kasih Jusna, bawa pisang dan karipap inti sardin.
Terima kasih James, bawa karipap pusing dan popia.
Hari Selasa, Nano bawa nasi sejuk dan ikan goreng, keropok papadom dan sayur cendawan campur lobak merah dan udang.
Nasi Sejuk & Ikan Goreng |
Keropok Papadom |
Sayur Cendawan Tumis dengan Lobak Merah & Udang |
Nasi Goreng |
Amie bawa nasi goreng. Kakak ipar bagi banyak nasi putih. Jadi Amie goreng ditambah dengan telur dan kacang panjang. Kacang panjangnya pula Nano yang bawa dan dibahagi-bahagi kepada penoreh di di ladang.
Amie sempat panaskan baki lauk semalamnya, Daging Masak Kari dengan Rebung.
Tidak lupa, bawa buah jambau dan limau.
Kacang Pistachio |
Masih ada lagi kacang Pistachio Iran yang dibeli di Pakistan! Sudah dibahagi sana sini, ada lagi terselit di dapur. Bawa sajalah, boleh makan sama-sama. Nano tak boleh lupa beg sandang kita yang berat seperti bawa batu, padahal yang dipikul tujuh kilogram kacang pistachio!
Terima kasih James dan Jusna bawa kuih-muih ke ladang; James : Onde-onde Gula Melaka, Seri Muka, Karipap Pusing & Popia. Jusna : Pulut Panggang @ Gogos & Pisang. |
Hari Isnin.
Amie tidak sempat ke kantin sejak awal pagi kerana mengurus calon-calon yang akan menduduki UBBM SPM. Selepas menghantar mereka ke bilik peperiksaan, barulah Amie dapat ke kantin pada pukul lapan pagi. Encik Suami sempat belikan sarapan nasi kuning sambal ikan tuna di Warung Al Amin.
Amie tidak sempat ke kantin sejak awal pagi kerana mengurus calon-calon yang akan menduduki UBBM SPM. Selepas menghantar mereka ke bilik peperiksaan, barulah Amie dapat ke kantin pada pukul lapan pagi. Encik Suami sempat belikan sarapan nasi kuning sambal ikan tuna di Warung Al Amin.
Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna |
Sampai di kantin, hanya ada Yus, Huda dan Nano. Sitti dan Mas bertugas di luar kawasan. Julik pula cuti sakit. Yus bawa roti sandwich. Ada kuih epok-epok, karipap dan popia. Semuanya sudah selesai sarapan.
Nano bawa kerepek gunting. |
Terima kasih James & Jusna bawa kuih karipap, popia, kuih lenggang dan kuih doraemon. |
Terima kasih juga James bawa Durian Dark Chocolate yang sangat sedap dari Airport KK.
Kacang Panjang & Petola Ular |
Dan Nano pula bawa kacang panjang dan petola ular. Yang berminat boleh ambil ikut banyak mana yang dikehendaki. Kita sampai sudah tidak ada orang, jadi ambil sajalah kacang panjang sesuka hati kita.... ahaks! Kacang panjang inilah yang kita jadikan perencah nasi goreng yang dibawa keesokan harinya ke ladang.
Sedapnya semua juadah hidangan ni Kak Amie. Alhamdulillah rezeki sama2 dikongsi.
BalasPadammeriahnya potluck macam ni, saling berkongsi!
BalasPadamsaya first time tengok sambal burung pipit tu :D
Meriah!
BalasPadamPetola ular tu masaknya macam petola biasa juga ke Kak Amie? Tak pernah beli sbb tak tau nak masak apa :)
seronok potluck mcm ni...mcm2 ada...selamat menoreh semua...hihi..
BalasPadamSalah sangat saga baca tulisan kak Amie di saat puasa 🤣🤣🤣. Betul2 jadi lapar hahahah. Tahaaaan , kejab 4.5 jam lagj berbuka 😄
BalasPadamMeriahnya menu geng nasi sejuk...
BalasPadamRasa nak join sekakiðŸ¤