Pages

Isnin, 16 Disember 2024

Pemenang Teka Berat Mangga Udang

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi dan selamat memulakan tugas dengan hati gembira.
Harap tiada yang bermonday blues ya di pagi ini.... ahaks!

Terima kasih kepada yang sudi meneka berat mangga udang di sini: Teka Berat Buah Mangga Udang.

  • Berapa berat buah mangga udang dalam gambar di bawah.
  • Sesiapa yang dapat meneka dengan tepat atau hampir tepat, akan diberikan hadiah.


Tiada syarat ketat untuk meneka berat mangga udang, hanya sesiapa yang dapat meneka dengan tepat atau hampir tepat, akan diberikan hadiah.

Jom kita lihat berapa berat sebenar mangga udang itu seperti dalam gambar di bawah ini.


Mangga udang ini seberat 2.478 kilogram!

Ada dua calon pemenang Teka Berat Mangga Udang kerana berjaya meneka jawapan yang hampir tepat iaitu:




Memandangkan jawapan hanya meneka dengan tepat atau hampir tepat tanpa mengambil kira kurang atau lebih  berat, maka diumumkan ada dua pemenangnya iaitu:




Tahniah kepada kedua-dua pemenang. Sudilah kiranya Encik Fairus dan Dana menghantar nama penuh, alamat lengkap dan nombor telefon (HP) untuk urusan pengiriman hadiah ke emel salamiez@gmail.com

Tidak lupa juga tahniah dan terima kasih daun keladi buat rakan-rakan blogger yang turut memeriahkan Teka Berat Mangga Udang. Walaupun tidak menang kali ini, in syaa Allah di musim mangga udang berbuah pada masa akan datang, kita buat teka berat lagi.

20 ulasan:

  1. eronok plak meneka walau x kena sasarannya..tahniah buat pemenang ye...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kak... terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kasih Dana.
      Jangan lupa emelkan details ye.

      Padam
  3. Kalau dah 2 kilo maknanya besor ni mangga udangnya. Selalu beli dalam 1 kilo dah rasa berat apa lagi 2 kilo lebih. perghhhh mantap buahnya

    BalasPadam
  4. Alamak terlepas contest ni hikhik....
    Tahniah kpd pemenang² 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la kita🤭
      Lepas ni Cikgu Amie kena buat teka berat ikan la pulak ni untuk kita🤣🤣

      Padam
  5. Alaaaa tertinggal. Tahniah kepada pemenang.

    BalasPadam
  6. Ooooo... ini ke mangga udang yang disebut dalam lirik lagu Si Jali Jali, tu?

    BalasPadam
  7. tahniah buat pemenang.Jauh betul tersasar tekaan saya.Tapi tak apa sekadar memeriahkan suasana hehe

    BalasPadam
  8. Aiseyman.. Tak sangka pulak hampir tepat.. 😀

    BalasPadam
  9. Wahh... sedapnya mangga ni... tahniah kpd pemenang²

    BalasPadam
  10. Bila ada masa nanti, join GA saya ye.

    BalasPadam
  11. Wah hebat kedua blogger itu Mbak. Mereka dapat menerka dengan sangat mendekati berat sebenarnya. Luar biasa.
    Selamat kepada pemenang...

    Salam,

    BalasPadam