Pages

Ahad, 15 Disember 2024

Makan Nasi Lauk Ikan Selangat Goreng Garing, Pucuk Paku Masak Lemak dan Sambal Belacan

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Amie masak menu ringkas dan mudah sebagai hidangan tengah hari:

  • Nasi Putih
  • Ikan Selangat Goreng
  • Pucuk Paku Masak Lemak
  • Sambal Belacan

Hidangan Makan Tengah Hari / Malam

Namanya Hidangan Makan Tengah Hari tapi makan waktu petang. Waktu ambil gambar, sinaran matahari menerobis masuk melalui jendela dapur. Jadinya, beginilah hasil gambarnya. Ada bahagian yang gelap dan ada yang terkena sinar matahari.

Ikan Selangat Goreng Garing

Pucuk Paku Masak Lemak

Tidak adalah resipi yang istimewa kali ini. Hanya hendak kongsi perencah Pucuk Paku Masak Lemak ini Amie tambahkan udang geragau kisar sekali dengan kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Barulah ada 'rasa'.



Sambal Belacan agak cair sedikit sebab terlebih bubuh jus limau kasturi. Tidak mengapa juga kan. Yang penting sedap... ahaks! Memang sedap pun.

Bismillah.


21 ulasan:

  1. Kalau uncle hiris kat ikan banyak-banyak macam tu, mesti aunty tanya... "Ni marah ke apa ni...?"
    Hehehehehee

    BalasPadam
  2. garing betul ikan goreng tu..mesti krup krap bila makan...masak lemak & sambal belacan mmg terbaikk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memang goreng garing sampai kunyah tulang pun tak terasa.

      Padam
  3. Ikan goreng garing memang sedap, combo favorite kami ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Memang gandingan tepat kan Mulan.

      Padam
  4. Dia punya menggoda aaaa.. masak nasi lebih tak tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi masak sukatan biasa... tak cukup nasi jilat jari pula hihihiii.

      Padam
  5. SA x pernah kelar ikan banyak2 macam tu...nak cuba buat la..kalau buat agak2 PZ bising tak..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kelar banyak gitu supaya tulangnya ikut terhiris dan bila digoreng garing boleh kunyah terus.

      Padam
  6. sedapnya kak, kelar-kelar rapat pastu goreng ranggup kan

    BalasPadam
  7. Ya Allah terliur limU tu haaaa...nampak juicy

    BalasPadam
  8. Ishh..cantik itu irisan ikan kak...di rumah ada sayuran paku..tapi belum saya masak ...enak juga nih pakai santan/lemakπŸ‘

    BalasPadam
  9. Ya allah lauk macam ni kaluuuu bahaya Kak Amie.....sedap menambah nasi tu.....

    BalasPadam
  10. Masakan sayur paku tuh fav saya sangatttt. Mama sering buat. Kalo pedas, pakai udang, memang bertambah makan jadinya πŸ˜„

    BalasPadam