Bismillahirrahmanirrahim.
Eh, ngam ke tidak tajuk entri dengan ceritanya?
Kita hendak kaitkan betapa mahalnya harga sebiji kuih pada hari ini. Harga RM1.00 seketul, dan dua kali gigit terus hilang dalam mulut. Syukurlah, rasanya memang sedap dan tidaklah rasa terkilan dengan harga kayangannya.
Kaswi Gedik RM4.00. |
Kuih Bunga Pandan |
Ceritanya bermula dari ladang getah. Hari ini Jusna belanja kami makan kuih. Tak cukup seketul, seketul lagi masuk mulut! Namanya Kuih Bunga Pandan. Lemak manis ala amboi...ambooiii! Ambil lagi seketul!
Jadinya, balik dari ladang terus ajak Encik Suami singgah di Seri Perdana, cari kedai kuih. Orang lain cari nasi untuk makan tengah hari, kami cari kuih pula! Tak banyak kuih yang ada. Dapatlah kuih kaswi gedik dengan kuih lapis jasmine di bawah ini.
Lapis Jasmine - RM4.00. |
Encik Suami bawa dua bekas bubur kacang dari masjid. Duduklah kami berdua makan kuih yang comel-comel dengan bubur kacang. Jadinya, makan tengah hari kami hanya kuih kaswi gedik, lapis jasmine, karipap dan bubur kacang. Encik Suami sediakan minuman ais krim soda bubuh hirisan lemon.
Sumber : Tuan Kuih Bunga Pandan |
Biarlah hidup terus keras, kita perlu berusaha lebih keras untuk makan Kuih Bunga Pandan yang sedap ini! Tadi di ladang malu-malu kucing nak makan banyak sebab ingat orang belakang. Kalau dapat memesan sebekas Kuih Bunga Pandan ini, makan 15 ketul pun tidak mengapa!
Teringat kata-kata entah siapa empunya prinsip:
Prinsip orang berniaga hanya ada dua - Kalau murah jangan minta kualiti, tapi kalau mahu yang berkualiti jangan minta murah!
Rasa nak tukar tajuk entrilah kepada : Hidup Memang Keras, Tapi Kuih Bunga Pandan Tetap Menjadi Pujaan. Eh, macam langsung tak ngam!
Hidup keras takpe... jangan kaswi keras!
BalasPadamSedapnya nampak semua kuih. Kaswi kena lembut gedik baru sedap kan Kak Amie hehe.
BalasPadamKenapa cantik² sangat kuih² ni?
BalasPadamCara Akk serve pun macam kat hotel, lagilah menambat selera 👍🏻
Pagi tadi baru beli kaswi seketul RM1 bukan dari acuan pun.. terasa mahal betul.
BalasPadamcomelnya kuih kaswi gedik kalau sedap xcukup 4 ketoi kan
BalasPadamSetujuuuu 😁. Kalo nak sedap, mahal itu biasa lah. Kalo ada yg murah tapi sedap, itu luar biasa. Tp jgn diharap sangat, jarang terjadi soalnya 😂
BalasPadamSaya lihat kue2 ini langsung kepengen pula. Ntr utk buka puasa beli kue lah 😄
Masyaa Allah...lawo la bunga jasmin tu...sayang nak makan...
BalasPadamKalau masak sedap..pembeli jarang berkira harga.Walau merungut tapi diulang beli sebab sedap kan
Tapi minggu lepas beli pasta campur RM15...Balik buka ..adoiii...pasta kembang benyek..tawaw habiaw...sejuk tekak nak telan..
Tak tau apa prinsip peniaga ni 🤣🤣🤣
saya juga peminat kuih kaswi. Gedik-gedik lagi laju masuk mulut. hehehehe. Kalau sedap mahal pun takpe tapi kalau tak sedap emmmm bersyukur lah lepas tu tak nak beli lagi. Boikot konon
BalasPadam