Pages

Sabtu, 23 November 2024

Sarapan Mi Kari Sotong

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini sejuk, hujan sepanjang malam. Jadi, tarik selimut.
Sunyi dan sepi.
Pukul 7:30 turun ke bawah. Panggil-panggil nama Encik Suami. Rupanya ada di belakang rumah, memeriksa buah anggur, buah mangga udang dan buah nanas. Katanya lagi, waktu kita masih tidur, dia pergi Taman Bandar LD untuk joging. Dapat empat pusingan, tapak kasutnya tertanggal. Baliklah ke rumah.

Kita ajak Encik Suami sarapan di Warung Al Amin. Hendak masak sarapan takut tak sempat siap sebelum Firdaus pergi tuisyen. Encik Suami setuju dengan syarat kitalah yang keluar belanja sebab kita yang ajak keluar. Wokey! No problem.

Amie - Mi Kari Sotong

Kita sarapan Mi Kari Sotong. Banyak aksesorinya termasuk fisg cake, telur rebus, taugeh, sayur sawi, dan tahu keras.

Dua minuman coklat susu dan satu nescafe susu.

Encik Suami - Bihun Goreng 

Firdaus - Nasi Kuning & Ayam Goreng


Tambahan - Tauhu Berlauk RM1.00 seketul.


Minta bantuan Encik Suami untuk habiskan Mi Kari Sotong sebab kita nak fokus makan Tauhu Berlauk. Waktu kita hendak keluarkan duit, Encik Suami kata tak payah bayar. Biar dia yang bayar. Alhamdulillah. Kalau begini lain kali buat-buat malas masak sarapan. Boleh selalu cari sarapan di luar.
Jumlah keseluruhan RM27.50 sen.


Firdaus sempat ambil gambar kucing yang datang di bawah kakinya. Katanya, rupa kucing ini sama dengan salah seekor kucing peliharaannya yang hilang!

19 ulasan:

  1. mee sampai xnampak ya kak. hahaha sotong lagi menyerlah xD

    BalasPadam
  2. Aik? Uncle pun ambik gambar oyen hari ni... Sama la fikiran dengan Daus!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, di sini oyen, di sana pun oyen. Oyen di mana-mana.

      Padam
  3. Meriah menu semuanya. Musim sejuk ni hujan je.

    BalasPadam
  4. Sedap² semuanya... Harga pun tak mahal mana, mmg boleh buat² malas masak selalu ahahaha 😆

    BalasPadam
  5. Fuh.. Menyelerakan betul mi kari sotong tu. Jarang nampak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, biasa nampak mi kari 🍤🍤🍤 saja kan.

      Padam
  6. Nampak pekat elok kuah mee tu .Ok saya teka air tu walaupun tak diminta..2 coklat tu Daun & mommy..nescafe tu baba punya..🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul. 👏👏👏 Pandai Mama Cella teka.

      Padam
  7. Memang senang macam ni, sarapan di luar sahaja walaupun kita yang kena belanja. Tapi, memnag hujung2nya nanti, orang tu jugaklah yg bayar, hahaha. Tak pernah jumpa mee kari ada sotong seekor macam tu, nampak menarik dan sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, sekali terpandang 🐙 sekor tenggek tak fikir dua kali nak makan.

      Padam
  8. Hahahahha awal2 saja minta traktir, tp terakhir tetap mentraktir istri ya kak 😄.

    Saya nih masih belum rasa mee kari yg sedap. Yg saya coba di jakarta, rasanya belum sesuai selera, Krn too much oil.

    Yg di Malaysia blm coba. Nantilah nak cari


    Yg di Medan ada yg sedap katanya. Tp tuhlah, tak halal. Makanya masih penasaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya selalu jumpa mi kari sedap tapi kalau mahu yang tersedap kena masak sendiri. Kawan saya tukang masak pernah ajar saya masak kuah mi kari tanpa santan.

      Padam