Pages

Selasa, 5 November 2024

Ikan Bunak @ Tudung Periuk @ Telinga Gajah Masak Asam Pedas

Bismillahirrahmanirrahim.
Banyak betul nama ikan nan seekor ini. Berapalah agaknya jumlah surat beranaknya! Mula-mula dulu kita tak tahu namanya, kita panggil ikan leper kerana bentuknya yang leper. Sedap pula rasanya apabila digoreng. Berlemak! Masak singgang pun sedap. Apalagi kalau masak asam pedas.

Nama ikan yang Amie masak petang ini ialah ikan buna @ bunak, ikut panggilan tempatan. Nama lainnya ialah ikan tudung periuk dan juga ikan telinga gajah. Ada juga yang panggil ikan kipas dan ikan kupu-kupu!

Saiznya ada yang kecil, sederhana dan besar. Kalau kita beli saiz besar, biasanya minta penjual ikan bersihkan dan potong-potong. 

Pada mulanya kita hendak masak asam pedas, tapi Encik Suami kata sedap kalau digoreng. Dia tak minta gorengkan ikan, tapi apabila disebut 'sedap kalau digoreng' itu maksudnya hendak makan ikan gorenglah!

Kita teruskan masak asam pedas, tetapi kita goreng jugalah beberapa keping ikan bunak.

Asam Pedas Ikan Bunak @ Tudung Periuk @ Telinga Gajah


Kami pilih ikan bunak yang paling kecil, seekor dengan berat 2.645 kilogram. Minta penjual ikan bersihkan dan potong-potong.


Mentang-mentang nama timangannya ikan telinga gajah, penjual ikan potong besar-besar dan tebal-tebal macam telinga gajah juga.


Kita pisahkan isi ikan dengan kepala dan bahagian ekor. Isi ikan bolehlah digoreng. Bahagian kepala dan ekor nanti kita hendak masak singgang. Nanti itu, entah bila.


Resipi Asam Pedas Ikan Bunak @ Tudung Periuk @ Telinga Gajah
Bahan-bahan:

  • 5 kepingan ikan bunak
  • 600 ml air
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 keping asam gelugur
  • 10 biji tomato kampung - belah jangan putus
  • 10 batang kacang bendi
  • 2 batang serai - dititik
  • 5 tangkai pokok kesum
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis

    Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • 2 cm belacan
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia

    Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. 
  2.  Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa dan asam keping. Gaul sebati.
  3. Masukkan air dan biar mendidih sehingga pecah minyak sekali lagi. Jika suka boleh tambahkan air dan didihkan lagi sehingga terbit minyak lagi.
  4. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan serta ikan bunak. 
  5. Tambahkan lada hitam tumbuk.
  6. Masak kepala ikan bunak di antara 4 hingga 5 minit dan kemudian terbalikkan bahagian sebelahnya.
  7. Seterusnya masukkan kacang bendi dan tomato kampung. Biarkan seketika sehingga ikan masak dan kacang bendi berubah warna.
  8. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  9. Padamkan api dapur.

Ikan Bunak Goreng

Asam pedas Ikan Bunak

Asam Pedas Ikan Bunak sedang menunggu Firdaus pulang dari sekolah agama. Budak kecil itu suka sangtat hirup kuah asam pedas!

27 ulasan:

  1. Banyak betul namanya ye. Sedap jugak tu asam pedas.

    BalasPadam
  2. Macam-macam nama ikan.. Saya tak berapa pandai sangat nama-nama ikan. Tahu makan je.. Hehe

    BalasPadam
  3. Ohhhh... Telinga Gajah... keliru uncle sebab tajuk tulis Telinga Gajak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Uncle.
      Sudah buat pembetulan gajak - gajah.

      Padam
  4. 1st time dgr . .skali tgk mcm ikan bawal...sedap nmpknya menu tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan keluarga bawal tapi memang ada bentuk bawal kan.

      Padam
  5. Ikan bunak? Tapii rupa mcm ikan bawal jaaa. Ke beza ni. Tapii masakkan akk nampak sedap betul 🤤

    BalasPadam
  6. Sekali pandang macam bawal, isi tebal gitu tapi bukan ye... Rasa tak pernah jumpa dekat market SG ni.
    Sedap tu masak asam pedas 😋

    BalasPadam
  7. Antara ikan terakhir santapan arwah Mak Pah seminggu sebelum arwah meninggal...dah lama x makan ikan ni..kami panggil ikan telinga gajah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, pernah terbaca entri SA tentang ikan telinga gajah.

      Padam
  8. Ikan ni memang saya tak tahu. Ada few ikan yang saya tahu nama. Nama ikan ni pun agak unik bagi saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kebesaran-Nya. Banyak makhluk ciptaan -Nya.

      Padam
  9. Lebar dan tebal ya saiz ikan bunak ni? Tengok lepas dipotong2 tu pun masih besar lagi. Nampak masak asam pedas sedap, goreng pun sodap!

    BalasPadam
  10. Saya jadi penasaran namanya dalam bahasa Indonesia apa. Soalnya tak pernah dengar semua istilah nama ikan ini di atas. Tp lihat bentuknya macam familier 😅. Mama yg sering Macam2 ikan. Tapi tuhlah, menyesal dulu tak mau belajar masak dr mama. Nama ikan pun dah tak ingat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama mungkin berbeza di tempat yang berbeza. Saya hanya jumpa ikan ini di Sabah. Di Selangor belum pernah jumpa.

      Padam
  11. wow ikan ini kegemaran suami mbul banget kak...pengen coba recipenya ah kapan kapan

    BalasPadam
  12. Kita biasa panggil ikan telinga gajah atau ikan tebal pipi sebab isi dia tebal isi pipi jer hihii :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo ikan tebal pipi pula namanya. Tambah lagi satu ilmu.

      Padam
  13. sekali tgk.mcm.ikan bawal.pun ya tp saiznya lagi besar. since sy pun suka ikan goreng so, bg sy yg sedap mestilah yg bergoreng tu😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan keluarga bawal ni.
      Memang sedaplah kalau bergoreng kan Anies.

      Padam