Bismillahirrahmanirrahim.
Di antara jumlah 600,000 jambatan di dunia, adakah anda tahu yang mana satu yang paling berbahaya? Jambatan Hussaini dianggap sebagai salah satu jambatan gantung yang paling berbahaya dan terpanjang di dunia. Selain itu, jambatan tersebut merupakan salah satu daripada banyak jambatan tali yang kompleks di kawasan Utara Pakistan.
Sebaik sahaja kita melihatnya, sukar untuk mempercayai bahawa jambatan sedemikian wujud untuk tujuan berulang-alik dalam era teknologi hari ini. Namun lama kelamaan, jambatan gantung ini telah menjadi tarikan pelancong yang popular bagi mereka yang gemarkan pengembaraan dan inginkan adrenalin.
Jambatan Hussaini terletak di Upper Hunza, Lembah Gojal, dan menghubungkan kampung Hussaini dengan seluruh wilayah itu. Ia diperbuat daripada papan kayu dan tergantung hampir 100 kaki di atas Tasik Borit. Condong di kedua-dua belah dan sangat curam, dan ia adalah pengalaman yang menakutkan untuk melihat ke bawah semasa melintasi jambatan. Jambatan tersebut sering dilanggar oleh angin kencang dan hujan, yang menjadikannya lebih berbahaya.
Walaupun kelihatan menakutkan, namun Jambatan Hussaini dilalui oleh penduduk tempatan dan pelancong setiap hari. Jika hendak merancang untuk melawat tempat ini, datanglah ke sana pada musim panas, kerana jambatan itu sering dilitupi salji dan menjadi licin pada musim sejuk.
Perjalanan dari van menuju ke Jambatan Hussaini dijangkakan memakan masa selama 15 minit. Itu pun kalau kaki tidak gatal untuk singgah di tempat tertentu seperti kedai pakaian, kedai buah-buahan kering dan kekacang, madu dan buah-buahan segar.
Oleh kerana kaki kami tidak patuh arahan, maka agak lambatlah sampai ke jambatan tersebut. Apalagi apabila dipelawa oleh penduduk di situ untuk masuk ke kebun epalnya!
Buah epal di atas pokok. |
Di sinilah pintu masuk ke Hussaini Suspension Bridge. Tak sangka rupanya dari jambatan tersebut boleh melihat Gunung Daik Bercabang-cabang nun di sana, dan di belakangnya itu pula terdapat gunung yang diselimuti salji!
Wah, ada Yak Burger! Apabila disebut tentang yak, teringat sewaktu sarapan pagi di Pergunungan Dampus, Nepal kami makan pizza topping keju yak. Yak ialah sejenis lembu ternakan berbulu panjang dan banyak terdapat di wilayah Himalaya terutama di Gilgit-Baltistan (Kashmir-Pakistan), Sikkim (India), Nepal, Dataran Tinggi Tibet, Tajikistan, Mongolia dan Siberia.
Buah Pear @ Pir Pakistan |
Kita terpikat dengan pear @ pir yang kecil comel serta berwarna hijau tua ini. Kita beli sekilogram dengan harga 400 RP. Menyesal pula tak beli banyak sebab rasanya berbeza dengan pear yang kawan-kawan petik di pokok! Pear ini lebih rangup dan manis. Sempat sorok dua biji dalam beg bawa pulang ke LD.
Buah epal segar. |
Pokok di hujung tembok itu ialah pokok pear. Kita berlari ke situ untuk tangkap gambar. Dari jauh kita sangka pokok epal hijau! Lebat sangat buahnya.
Kawan-kawan sudah jauh ke hadapan menuruni jalan menuju ke tebing Jambatan Hussaini.
Liza tunggu kita untuk ambil gambar tumbuh-tumbuhan di situ.
Wokey....kokey!
Coming...comingggg!
Kalau banyak masa mungkin boleh belek-belek baju dan pashmina di sini.
Sempat juga melihat-lihat kekacang, madu dan jem tapi tak beli. Kawan-kawan yang lain beli.
Apabila masuk di kedai ini, kami dipelawa untuk ke bahagian belakang. Rupanya tuan punya kedai memiliki kebun epal dan pear.
Seronoknya kami ketika itu kerana dapat masuk kebun epal!
Ini video buah epal.
Teruja sungguh melihat buah pear yang sangat lebat!
Betul-betul gaya biri-biri masuk kebun.... ahaks!
Kita belanja video buah pear ya!
Pada mulanya memang rasa sangat seronok melihat buah pear yang diawalnya disangkakan buah epal hijau. Rasa seronok menjadi beronok-ronok pula apabila dibenarkan petik buah pear tapi seorang boleh petik sebiji saja. Sebiji pun sebijilah. Janji dapat petik!
Oleh sebab tersinggah di kebun epal dan pear, jadi lambatlah sikit hendak sampai ke Hussaini Suspension Bridge.
Geramnya tengok buah pear dan epal di pokok-pokok tu… lebat-lebat buahnya
BalasPadamPuas cari gambar jambatan gantung.. Takde pun.. Ada sambungan ke? hehe
BalasPadamLawa sungguh pemandangan Gunung Daik Bercabang tu...
BalasPadamBerliku2 perjalanan nak sampai ke Suspension Bridge tu... Hihihi
Ya Allahhhhh.. kita ni dahlah tak sabar nak tengok tahap keseraman jambatan tu, boleh pulak dia singgah petik² buah 🤣🤣🤣
BalasPadamBaru tengok di IG ada kenalan dah smpai ke Hussaini Bridge ni.. buka blog sini.. pun cerita pasal bridge ni juga.. macam nak suh pergi juga ni hahaha :D
BalasPadamTiba-tiba membayangkan kalau mkn epal terus dari pokok.. mesti fresh dan macam mana lah rasanya :D
BalasPadamSaya penasaraaaan sangat seperti apa rasa apel dan pear nya 😍😍😍😍. Kapan lah bisa ke Pakistan ini yaa. Memang semua cerita ttg Pakistan, hanya yg bagus2 yg saya baca 👍👍
BalasPadamwah, buah epal dia lagi nampak sedapppp
BalasPadamMana jambatan tu?
BalasPadamBestnya Kak! Dapat petik bush direct dari pokok. Yg membaca ni pun tumpang excited 😁
BalasPadamGeram pulak nengok epal dan pear atas pokok tu.. rasa nak petik masuk kat kantung baju (macam kanak-kanak angkat bawah baju).
BalasPadamWalau hanya sebiji dibenarkan petik pun dah best sangat tu!
Aduhaiiiiii amie terujanya saya kalau dapat masuk ladang epal dengan buah pear rasa nak panjat pokok tak nak turun. Kedekutnya boleh petik sebiji je. Dia buat jualan kut tu yang boleh sebiji je petik.
BalasPadamkalau sy pun teruja jg dpt petik wpn sebiji
BalasPadamalmaklum laa kt sini xde pokok pear...
kalau bli kat sini bleh dpt murah x kak?
seronoknya ada pokok pear dan epal..alahai sebiji je boleh petik...
BalasPadam