Bismillahirrahmanirrahim.
Jambatan Hussaini terletak di kawasan paling utara Pakistan. Ia merupakan salah satu jambatan gantung yang paling berbahaya dan terpanjang di dunia. Sejarah jambatan Hussaini bermula sejak pendudukan British di perkampungan Shishkat Gojal. Tetapi apabila lebuh raya Karakorum sedang dibina, jambatan itu beralih dari Shishkat ke kampung Hussaini pada tahun 1968.
Mir Hunza Muhammad Jamal Khan mengarahkan rancangan ini untuk menghubungkan kampung Hussaini ke kampung Zar Abad yang lain, kerana kedua-duanya berada di seberang sungai Borit. Selepas itu, antara tahun 1966 hingga 1977, penduduk kampung membina semula jambatan ini menggunakan tali dan papan dari kawasan sekitar. Ia berlaku selepas jambatan itu dihanyutkan dalam banjir.
Jambatan Hussaini adalah salah satu jambatan gantung tertua dan terpanjang di Pakistan. Ia dinamakan sempena kampung Hussaini, merentangi Sungai Hunza, dan menghubungkan bandar Hussaini dan Zarabad.Terletak pada jarak 45 km dari Aliabad, jambatan ini mempunyai kepentingannya kerana ia telah menjadi tarikan pelancong yang terkenal.
Jambatan Hussaini diperbuat daripada kayu dan tali, papan kayu kecil yang panjangnya kira-kira enam kaki diikat menggunakan tali yang kuat. Cuaca ribut atau angin kencang menyebabkan hampir mustahil untuk menyeberangi jambatan ini. Namun begitu, jambatan ini secara ajaib dapat bertahan dalam segala-galanya dan kekal di tempatnya.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jambatan tali ini kelihatan kurang diselenggara, dan banyak papan kayu hilang, yang menjadikannya lebih berbahaya. Walau bagaimanapun, jika kita melawat Jambatan Hussaini pada musim sejuk, ia akan menjadi pengalaman yang berbeza untuk dilalui. Cuaca sejuk mengubah warna air, dan ia kelihatan seperti cermin biru yang cantik. Tetapi jambatan menjadi agak licin kerana salji.
Kami datang pada musim panas, dan kebetulan airnya nampak keruh berwarna kelabu!
Jambatan Hussaini dianggap sebagai salah satu jambatan paling berbahaya di dunia kerana struktur dan lokasinya yang rapuh. Ia adalah ketinggian yang hebat, dan tiada langkah keselamatan. Walaupun ia kelihatan menakutkan dan tiada langkah khusus, namun ia tidak begitu berbahaya, dan ramai pejalan kaki atau pengembara menguji keberanian mereka semasa melintasi jambatan gantung ini.
Jambatan Hussaini ialah jambatan gantung berkaki kedua terpanjang, yang pertama berkemungkinan besar di Kanada. Jambatan gantung ini sepanjang hampir 635 kaki dan terdapat sejumlah 472 papan. Kabel logam yang memanjang dari hujung jambatan ini menyambungkannya ke titik yang digali dengan mendalam di pergunungan yang kukuh.
Sebelum sampai ke Pakistan, Amie sudah membuat kajian serba sedikit tentang Jambatan Hussaini dan tidak terfikir untuk menyeberangi Jambatan Hussaini ini. Tidak mungkin! Rasanya memang tidak!
Pertama kali melihat Jambatan Hussaini, keadaannya tidaklah begitu mengerikan seperti yang digambarkan di dalam fikiran! Namun, belum mengubah pendirian supaya menyeberanginya.
Jambatan Hussaini dari rakaman gambar sendiri.
Duduk sahajalah di tepi-tepi sambil bergambar.
Entah mengapa, tiba-tiba mata tertumpu kepada keluarga kecil ibu, bapa dan anak sedang menyeberang Jambatan Hussaini. Nampak begitu mudah sekali mereka menyeberang. Apabila kita suarakan kepada kawan-kawan, mereka kata itu penduduk tempatan yang sudah biasa berulang-alik menggunakan jambatan ini. Kita bukan seperti mereka yang sudah biasa menggunakan jambatan tersebut!
Sekejap sahaja mereka sudah berada di pertengahan jambatan dan kemudian hilang lenyap dari pandangan di telan gunung batu apabila sampai di seberang.
Rupa-rupanya ada dua pilihan!
- Boleh menyeberang menggunakan zipline pergi dan balik. Tak perlu berjalan kaki menyeberangi jambatan.
- Boleh berjalan menyeberang jambatan dan balik semula menggunakan zipline.
- Bayaran 1,000 RP dikenakan untuk sekali terbang dan 2,000 Rupee Pakistan untuk pergi dan balik.
Kawan-kawan yang lain hanya sekadar mengambil gambar di pangkal jambatan. Lihatlah langkah kaki pun jaraknya agak jauh di antara satu sama lain.
Nampaknya memang jambatan ini sesuai dibina untuk penduduk tempatan yang kebanyakannya tinggi dan sudah tentu langkah kakinya panjang!
Kami dikehendaki memakai jaket keselamatan walaupun setakat untuk mengmbil gambar di atas jambatan. Nampaknya tangan masing-masing berpaut pada tali besi. Jambatan Hussaini ini sentiasa bergoyang tau!
Cuba perhatikan lelaki di belakang Jusna. Nampak sangat berhati-hati dengan kedua-dua belah tangannya berpaut pada tali besi.
Akhirnya kita pun ambil keputusan untuk menyeberang, tanpa menoleh ke belakang lagi! Apabila berpapasan dengan seorang pejalan jambatan gantung lelaki yang patah balik ke pangkal jambatan, kita tanya:
Macamana hendak berjalan? Adakah melihat ke bawah atau melihat ke hadapan sahaja?
Lihat dua-dua, katanya.
Kita pun memandang ke bawah, melangkah satu-satu papan sambil melihat arus air yang keruh dan kemudian memandang ke hadapan seolah-olah mengira papan yang dipijak. Dan tidak lupa tangan berpaut pada tali besi. Ada kalanya sewaktu angin bertiup, jambatan dan tali besi turut bergoyang. Cepat-cepat kita pautan tangan kiri dan kanan pada tali besi.
Belum sempat 20 papan yang dilalui, terdengar suara seorang perempuan:
Kakak tak rasa gayat ke?
Memanglah gayat.
Kakak nak teruskan ke?
Ya, teruskan.
Saya tak sanggup nak sampai ke seberang. Saya nak patah balik.
Tangan kiri dan kanan terus berpaut pada tali besi. kaki pula sangat berhati-hati melangkah dari satu papan ke satu papan di hadapan. Kita memanglah tak dapat hendak toleh ke belakang. Entah peserta mana satu di belakang kita tadi.
Sekarang, tiada apa-apa suara.
Kita fokus perlahan-lahan meniti jambatan gantung.
Apabila hampir sampai ke seberang, seorang lelaki (bukan peserta trip kami) sebelah kaki kirinya tiba-tiba terperosok masuk ke dalam celah papan! Terdengar teriakannya dan kawan di hadapannya berpatah balik membantunya bangun. Kita pun ikut terkejut dan berteriak sama!
Pada masa yang sama kita lihat arus deras sudah jauh ditinggalkan dan kini hanyalah kawasan cetek tetapi masih berair keruh dan nampak batu-batu di situ. Kalau terjatuh pun tidak dibawa arus tetapi akan 'disambut' oleh batu... ahaks!
Selain Amie, rakan peserta lain yang berjaya sampai ke seberang ialah Kemi dan Liza.
Liza orang kedua sampai ke seberang, diikuti oleh Kemi.
Kawan-kawan tolong rakam video. Nun di hujung sana sayup-sayup kelibat kita sudah sampai di seberang.
Sekarang kita turun dari jambatan dan berada di bawah. Kemudian kena mendaki beberapa meter untuk sampai ke tempat pelepasan zipline.
Kemi menuruni susunan batu-batu sebaik sahaja sampai di penghujung jambatan gantung.
Jom kita daki susunan batu ke atas.
Memang mengah apabila banyak guna tenaga dan berhati-hati ketika mendaki.
Banyak tenaga digunakan untuk menapak susunan batu.
Sampai di atas, petugas zipline menyuruh kami duduk dahulu selama beberapa minit untuk menenangkan degupan jantung.
Tiga Wirawati Jambatan Hussaini!
Bersedia untuk naik zipline. |
Sebenarnya Amie dan Kemi pernah naik Coral Flyer Zipline terpanjang di Southeast Asia yang terletak di Tunku Abdul Rahman Marine Park Sabah pada kejauhan 235 meter, kelajuan 55 km sejam dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi. Jadi tidaklah begitu gementar apabila akan menaiki zipline di sini.
Terbang dulu! |
Yeaayy.... itu dia! Kita mendahului yang lain untuk ke seberang. Terima kasih Kemi dan Liza rakam video kita naik zipline.
Jom naik zipline!
Sepatutnya kita buka tangan lambai-lambai tetapi kita lupa! Tak apalah, ada gambar Kemi juga yang cantik beraksi!
Kemi mendarat dengan cantik! |
Muka cair dan 'terbakar' selepas beraktiviti.
Jom ambil gambar kenangan berlatar belakangkan Gunung Daik Bercabang-cabang sebelum kita tinggalkan Jambatan Hussaini.
Setelah berjalan menuruni lereng gunung untuk sampai ke Jambatan Hussaini, sekarang tertonggek-tonggek menahan lutut untuk naik semula ke simpang jalan menuju van.
Wah.. Berjaya jugak kak Amie.. Kira nya kental jugak lah nie...
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamDapat lepas juga.
Tahniah akak! Kalau ada safety harness saya berani la menyeberang! If not, I'd better just watch from afar... hehehehe...
BalasPadamTerima kasih.
PadamKena kuat semangat dan fokus ni hihii.
Uiii...simpang. Saya duk tepi tingkap apartment tinggi2 pun dah berpeluh tapak tangan.
BalasPadamHehehee... tiba-tiba saya berubah fikiran untuk menyebarang.
PadamWahhhh best sangat ni Kak Amie. Kudos, dapat ke seberang sana. Zipline pun best nya.
BalasPadamSatu pengalaman yang sangat menyeronokkan walaupun pada mulanya agak gementar.
Padamdah alang2 sampai kan kak... naik je terus. gerun ke gayat ke janji dapat melintas jambatan ni.
BalasPadamtambah pulak scenery 👍👍👍👍 kalau sy mmg x fikir 10 kali mmg akan. naik
Yeaaayy.... ini yang best ni Anies.
PadamSportinglah dia.
Alhamdulillah, selamat ke seberang dan selamat terbang dengan zipline.
Beraninya Kak Amie. Kalau kita memang awal² dah surrender Kak Amie. Kita gayat!!!! Tahniah, Kak Amie, berjaya melawan ketakutan.
BalasPadamTerima kasih SK.
PadamCantik ayat tu... berjaya melawan ketakutan!
Fuh. Menakutkan je jambatan tu.. Seram.
BalasPadamJambatan itu kukuh cuma apabila angin bertiup bergoyanglah pula.
Padamkalau sy dah mengigil 1 badan hah kat jambatan tuuu
BalasPadamRasa gayat sikit, tapi tak sampai menggigil.
PadamKalau SA dah nangis dah ni...hahaha..tapi biasanya mula2 je takut..lepas tu dah seronok kan...
BalasPadamBetul SA. Mula-mula memang banyak perasaan... tapi apabila fokus, sampai juga ke hujung.
PadamSaya belum bisa bilang akan ikut menyebrang atau tak. Saya nih suka ketinggian kak, bungee jumping, sky diving, tapiiiii itu semua saya dah make sure safety measure nya memang aman. Nah kalo saya belum yakin, biasanya saya tak nak coba.
BalasPadamTapi jembatan ini teman saya pun berhasil lewat waktu itu. Jadi seharusnya aman kan 😅. Penasaran juga. Semoga saja kalo saya kesana, tak terlalu kencang anginnya. Kalo bergoyang tuh seram juga. Apalagi papannya banyak lepas. Kalo papannya rapat, lain cerita lah.
Wah, kalau sudah banyak pengalaman aktiviti ekstreem, bisa saja menyebarang jambatan ini. Papannya tersusun elok cuma jaraknya agak jauh. Perlu fokus jejak kaki dan pegang tali besi. Kak Amie tak berani toleh belakang, terus jalan perlahan-lahan sampai ke hujung.
Padam