Pages

Selasa, 8 Oktober 2024

Bekal Sarapan Pergi Menoreh

Bismillahirrahmanirrahim.
Lama tak kongsi bekal sarapan pergi menoreh.
Bukan apa. Selalunya bawa menu yang sama setiap hari. 
Dan kebiasaannya, bawa bekal yang dibelikan Encik Suami seperti nasi kuning, nasi lemak, mi atau bihun goreng dan juga soto ayam.

Kawan-kawan pun pakat bawa bekal dari dapur masing-masing. Biasanya bawa bekal lebihan nasi atau lauk-pauk yang dipanaskan semula. Seronok kongsi ramai-ramai. Setiap pagi teruja hendak melihat bekalan kawan-kawan. Ada yang bawa nasi sejuk. Ada yang bawa ikan goreng. Ada yang bawa asam pedas ikan, telur rebus dan buah-buahan. Yang tak sempat kupas buah di rumah, bawa sekali buah dan pisau pengupas. Ada di antara penoreh yang bawa makanan dalam tiffin. Cantik bertingkat! Kita pun ada tiffin tapi entah di mana menyoroknya. Jumpa bekas coklat di bawah ini, kita anggap sajalah sebagai tiffin.


Mangkuk tingkat ini kita beli di KLIA beberapa tahun lalu. Isinya coklat. Oleh kerana nampak cantik, kita pun simpanlah. Rupanya ada gunanya juga mangkuk tingkat ini untuk dijadikan bekas bekal sarapan.

Betik

Seperti biasa, antara bekal sarapan yang kita bawa sudah tentulah buah-buahan. Tidaklah banyak jenis yang kita bawa tetapi biasanya kita bawa betik.

Betik - Honeydew - Anggur

Belimbing - Honeydew - Daun Salad

Kadang-kadang kita campur saja buah dengan hirisan daun salad.

Kuih Serabai LD

Kuih ini Encik Suami belikan di warung. Macam kuih serabai tapi sedap dimakan begitu saja. Ada aroma pisang! Makan lima keping memang kenyang sampai ke tengah hari!

Telur Rebus & Daun Salad

Kalau sudah tidak sempat, hanya bawa telur rebus dan daun salad saja. Ada rakan penoreh yang rajin bawa Thousand Island Dressing. Bolehlah bubuh sikit atas daun salad. Makan sama-sama.


Waktu musim rambutan, rajin kupas buahnya dan simpan dalam peti sejuk. Keesokan paginya keluarkan untuk dibawa menoreh.


Bawa durian juga, tapi setakat durian kampung sajalah.


Tapi, memang selalunya bawa buah betik saja!


Bawa kacang untuk snack. Kacang campur-campur ini dari Sarajevo, Bosnia Harzegovina. Beli beberapa bekas, simpan dalam peti sejuk. Masih elok.

Telur Rebus + Daun Salad + Hirisan Buah Plum

Waktu makan, tuangkan Thousand Island Dressing.


Nampak sama saja kan bekal menoreh hari-hari. Balik-balik telur rebus, daun salad. Itu sajalah. Sesekali kalau rajin rebus jagung dan tambahkan dalam salad.


Kalau terlebih rajin, bubuhlah hirisan betik, nanas dan buah prun kering dalam satu bekas.

Kacang Tanah Rebus

Ada lebihan roti bulan sabit, bawa sajalah bersama butter dan jem.


Kadang-kadang sempat rebus pisang dengan keledek oren.

Ini lebihan lauk semalamnya. Panaskan semula dan tambahkan telur rebus.



Biasanya kalau buah-buahan hiris, boleh disediakan waktu malam sebelum tidur dan esok pagi keluarkan saja dari peti sejuk dan terus masukkan ke dalam bakul bekalan.

Nasi Goreng and The Gang

Apabila bangun awal sedikit, sempatlag goreng nasi, buat telur dadar dan celur brokoli.

Hirisan Buah Belimbing

Hirisan Betik dan Nanas



Sesekali apabila ada masa, sediakan bento isi macam-macam perkara.
Ada daun salad, telur rebus, hirisan mangga, limau bali, jagung, cendawan shiitake, lobak merah celur, keledek oren rebus dan Sesame Dressing Kewpie.


Seronok kan dapat bawa bento begini!

Bihun Sup Kantin

Kalau tak bawa bekal sarapan yang berat, nampaknya kenalah pesan bihun sup dari kantin. Bihun Sup ini harganya RM5.00. Tak puas makan. Jadi minta tambahkan lagi hirisan ayam rebus, Tambahkan telur rebus dan daun salad yang dibawa dari rumah.

Bihun Sup yang ditokok tambah sendiri.

Sekian adanya.
Semoga kami penoreh terus istiqamah bawa bekalan makanan dari rumah masing-masing.
Biarlah sedikit, biarlah lebihan makan malam tetapi apabila dinikmati bersama, semuanya terasa sedap!

46 ulasan:

  1. Kalau semua bawak bekal, kesian mak cik kantin niaga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak Cik Kantin masih untung Wak.
      Kami beli air minuman juga, walaupun harga kayangan hihihihii....

      Padam
  2. Wah, sihat sangat menu bekal ni. Tertarik sebab berwarna-warni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna-warni itulah yang menggamit selera kan Carneyz.

      Padam
  3. sama kita. kalau pegi jalan beli ole2 dried fruit ke apa2 la masuk kan je dlm peti tu. nak makan sikit2 mmg bertahun nak nak habis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Kadang-kadang terlupa, bertahun duduk dalam peti sejuk.

      Padam
  4. bestnya dpt pakat2 makan sarapan camni... rasa seba sikit. akhirnya kenyang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Abam Kie.
      Kalau dah kumpul makanan, semua nampak sedap, semua nak dirasa.

      Padam
  5. Alhamdulillah...meriah bekal nya..and tiffin tu..cantiks...
    Buah buah kat sini lagi meriah.. 🤩

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan MA.
      Buah-buah campur memang nampak cantik dalam tiffin.

      Padam
  6. Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Buah tu boleh sediakan awal, masuk peti sejuk, esok pagi bawa buat bekal.

      Padam
  7. siap ada bekal durian tu. hihihi. cie dah lama tak bawak bekal sejak duduk dekat je dengan office so waktu lunch balik rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Cie... kawan-kawan selalu pesan berpesan... bawalah apa-apa sahaja yang ada untuk dijamah bersama.

      Padam
  8. Bento tu Kak, menawan kalbu ...
    Kosong je bihun sup tu ye, bila ditambah bekal barulah berseri² dan berselera menghirupnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bento tu time rajin jew baru bawa hihiii.
      Memang kosong begitu bihun supnya.

      Padam
  9. Bagusnya... tiap hari gi kerja bawak bekal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada hari rajin bawa, ada hari tak bawa hahahaa... tunggu kawan lain buka tiffin.

      Padam
  10. seronoknya tgk ramai geng bawa bekal ni..
    kita tgk pun semangat nak bawa bekal terusss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kami saling memberi sokongan bawa bekal dari rumah, tapi minum air dari kantin.

      Padam
  11. Menarik bekalnya. Menu sihat pulak tu

    BalasPadam
  12. Rajinnya berbekal masing2. Sy kadang jer rajin. Suka tengok buah2an warna-warni, eh.. kita hari ni bawa bekal nenas dan kawan bagi pisang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kalanya tak ada yang bawa bekal hihiiii.

      Padam
  13. Seronok tengok bekal-bekal Kak Amie. Meriah! 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok bawa bekal tapi kadang-kadang asyik menu sama saja setiap hari.

      Padam
  14. best betul bekal kak amie...SA nyer bekal adakala sihat adakala x sihat..hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama juga SA.
      Kadang-kadang tak sempat bawa bekal dari rumah, beli saja nasi kuning atau nasi lemak... sihat tak sihat itu belakang kira, janji ada alas perut sebelum menoreh hihihiii.

      Padam
  15. Suka nya tengok bekal Kak Amie ni. Macam2 banyak jenis, best nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu kawan-kawan teruja tengok bekalan kita, sekarang kita pula teruja nak tengok bekalan kawan-kawan!

      Padam
  16. cantik sia akak, nampak gaya peranakan lah... seronok nengok berbagai jenis makanan bekalan akak menoreh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya Dana.
      Sia itu memang gaya peranakan. Baba & Nyonya.

      Padam
  17. Menarik semuanya kak 😍
    Wah, ada bekas bento. Seronok tengok makanan bersusun dalam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka tengok makanan tersusun dalam bento kan Ujie. Secoe't-seco'et jew boleh isi hihihiii.

      Padam
  18. Saya nih kalo makan sayur JD lebih suka salad segar begini. Mudah dan kenyang. Sayur dimasak lemak etc suka juga tp tak bisa terlalu sering kan Krn santan. JD memang prefer yg fresh.

    Btw kak Amie, saya awalnya bingung penoreh, menoreh ini maksudnya guru atau pekerjaan mengajar ya?

    Soalnya di sini menoreh itu bermaksud pekerjaan di Kebun karet. yg bertugas utk menoreh batang karet supaya kluar getahnya.

    Cuma saya tahu kak Amie guru, tak mungkin pula kerja di sana. Makanya sempat confused maksud istilah menoreh pas awal2 kak Amie sebut dulu 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menoreh memang maksudnya menoreh getah / karet.
      Sengaja Kak Amie tulis kerja menoreh yang menunjukkana kerja di awal pagi untuk mengajar. Itu maksud tersirat bagi pekerjaan sebagai guru. Maklumlah di medsos kurang selesa (Kak Amie) menyebut kerja sebenar, jadi lebih senang sebut 'penoreh' sahaja.
      Hehee... sekarang dik Fanny sudah jelas maksud penoreh itu kan.
      Sama seperti Wak Lat, dia ibaratkan diri seorang pemotong rumput, padahal sebenarnya seorang engineer.

      Padam
    2. Hahahahahah pahaaaam sekarang 😄😄👍. Kiasan lah yaaa... Thank you penjelasannya kak Amie 😄

      Padam
  19. Wah menunya sehat-sehat semua, buah, sayur-sayuran,rebus-rebusan....walau dikit kalau di kumpul /di satukan jadinya banyak juga kak😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul.
      Dapat merasa seorang sedikit.
      Orang bilang berkongsi itu mengasihi...dan yang mengasihi akan sanggup berkongsi hihihii.

      Padam
  20. Seronoknya berbahagi berkongsi rezeki. Dapat juga rasa macam-macam jenis menu walaupun bawa bekal yang sama. Siap ada pisau, thousand island bagai. Hihi..masing-masing saling melengkapi keperluan makan gitu. Samalah saya pun tak share sebab menu sama je bekalkan encik suami. hiks~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buah betik dan telur rebus serta daun salad tu memang wajib bawa Fizah. Tu yang malas nak share sebab sama saja.

      Padam
  21. kak amie bawa durian abis laa semerbak 1 ladang getah 😁😁😁

    alahaiiii sedap laa pulak bihun sup tuuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Durian kampung memeng semerbaknya mengalahkan durian D24 dan Musang King hihihii.
      Bihun sup tu memang bagus untuk diet seimbang di pagi hari.

      Padam