Bismillahirrahmanirrahim.
Pukul lapan pagi, sewaktu kami hendak masuk ke dewan makan untuk sarapan terpaksalah duduk di luar pintu menunggu giliran. Pekerja hotel beritahu kami, meja makan sudah penuh dan apabila ada kekosongan barulah kami dibenarkan masuk. Hari itu hari Rabu, tetapi ramai pula tetamunya.
Sarapan kegemaran : Bubur Nasi |
Sementara menunggu dipanggil masuk, kita yang memang selalu gatal kaki mulalah merayap di sekitar tempat makan. Gambar di atas merupakan ruangan Tea Room.
Cantik pemandangan di sini. Sejuk mata memandang. Terlupa seketika terpaksa menunggu giliran untuk sarapan.
Semakin panjang langkah kaki hingga ke ruangan lain.
Bukan tentang jenis dan ragam rasa, tapi peneman anda di meja.... |
Bukan main lagi nama-nama Minuman Istimewa Royale:
- Mentimun di Tebing
- Janda Pulang
- Ombak Rindu
- Teh Royale Masala
- Pretty In Pink
- Fantastic Tour
Wokey, giliran kami sudah sampai. Maka masuklah kami ke dewan makan. Aduhai! Memang ramai sungguh tetamunya. Kami terpaksa kongsi meja dan tempat duduk bersama tetamu lain. Terasa janggal pula hendak ambil gambar makanan di atas meja.... ahaks!
Fruit Punch - Apple Juice - Orange Juice |
Melihat arah balang minuman, terasa segar pula anak tekak! Ada fruit punch, apple juice dan orange juice. Semuanya menggamit keinginan untuk meneguk barang segelas.
Minuman panas terletak di bahagian hujung sebelah kiri, manakala minuman sejuk dan jus di bahagian hujung sebelah kanan.
Hidangan makanan sentiasa penuh dan panas. Mungkin banyak tetamu, jadi dari semasa ke semasa terus ditambah supaya tidak berkurangan atau kehabisan.
Ini kawasan kegemaran kita sebab ada bubur nasi and the gang.
Ini pula tempat kegemaran Abang Farid.
Gerai mi dan telur.
Egg Corner |
Pelbagai jenis dim sum yang panas-panas.
Gerai Nasi Lemak & The Gang |
Steam Mantao & Steam Pau |
Sandwich, salad and the gang!
Antara menu sarapan yang kita ambil termasuklah Bubur Nasi & The Gang!
Minum dua gelas jus buah.
Siew Mai - makan bersama Encik Suami. |
Oleh kerana menu sarapan pelbagai pilihan, sedap dan panas-panas maka terlupalah kisah cadar katil yang tak berapa nak kemas tu....hiks!
Sarapan bufet di RC ni sedap2 kan.. aduh terindu pulak nak bersarapan di HRC, hihi.
BalasPadamSaya sampai tak tahu nak pilih. Balik-balik ambil bubur hihihii.
PadamSedapnya bubur Kak Amie tu. Saya pun suka ambik bubur nasi mcm ni kalau ada dekat buffet hotel. Ramai betul tetamu yg menginap di RC Penang tu ye. Time cuti sekolah ke tu kak amie?
BalasPadamYa, waktu kami pergi tu time cuti sekolah. Walaupun hari Rabu, ramai tetamunya.
PadamMeriah buffet breakfast tu.
BalasPadamBetul, meriah sungguh sampai tak cukup kerusi meja hihihii.
Padammakanan kat hotel ni... yg x sedap pun boleh jadi sedap
BalasPadamhehehe
tp yg paling best tentulah byk pilihan menu kan kak?
kalau boleh nak tryyyyy semua
Betul, yang biasa-biasa pun nampak sedap.
PadamYang tak bestnya tu penuh tetamu hihihiii. Nampak sesak.
Wah Mbak kalau saya disiapkan menu sarapan secantik dan semerangsang selera seperti pasti saya bolak balik ambil menu sarapannya. Bisa saja pertama ambil bubur nasi - sedikit saja - makan sampai habis, kemudian ambil nasi lemak - sedikit juga - makan sampai habis, kemudian ambil dim sum - makan sampai habis. Sudah kenyang baru deh minum jus buah...
BalasPadamHehehe...dahulu waktu saya masih bekerja dan ada agenda meeting dan menginap di hotel, begitu model sarapan saya seperti saya tulis diatas.
Salam,
Ya, betul Pak.
PadamMakan sedikit-sedikit supaya boleh jamah makanan yang lain.
Kalau saya, diawali dengan jus buah, diikuti dengan salad dan protein. Karbohidrat dikemudiankan. Tapi biasanya apabila terpandang deretan hidangan, memang sudah lupa daratan hihihiii. Ambil saja mana yang terlihat enak di mata.
Sarapan kat hotel memang sedap memang banyak pilihan..larat dengan x larat makan je kan kak..macam SA perut kecik..memang sikit je la makan...
BalasPadamSetuju SA.
PadamMemang tak larat hendak ambil banyak.
Cukuplah sikit-sikit untuk rasa-rasa.
Yg begini hotel yg saya suka 😍😍. Krn pilihan menu breakfast banyaaak 👍❤️. Memang rekomen sangat untuk stay di sini ya kak. Pantaslah selalu ramai tamu nya
BalasPadamMemang meriah sajiannya.
PadamTapinya tetamu sangat ramai! Mungkin waktu kami di sini ketika cuti sekolah.
Best sangat kalau pilihan menu banyak kan. Puas hati. Sedap nampak semuanya. Nama2 air tu hehe macam2.
BalasPadamKak Amie suka bubur nasi tambah banyak aksesori.
PadamHahaa... kelakar kan nama-nama air tu Mulan.
Bila ramai terpaksa pula menunggu dengan setia kak Amie kan. Ada hikmahnya juga, dapat berjalan-jalan sekitar kawasan. Banyak menu pilihan. Masing masing ada bahagian favourite gitu. Memang terasa janggal kalau semeja dengan orang lain.
BalasPadam