Pages

Ahad, 6 Oktober 2024

Makan Sushi King di Ipoh Parade

Bismillahirrahmanirrahim.
Rabu, 29 Mei 2024.
Dari Royale Chulan Penang kami terus ke Ipoh. 
Singgah di kedai komputer. Beli laptop baharu. Abang Farid pilihkan jenama ASUS Window 11. 

Perut rasa sangat lapar! Rupanya sudah hampir pukul dua petang. Minta Abang Farid carikan tempat makan yang tak perlu tunggu lama. Abang Farid memandu ke Ipoh Parade. Kami masuk ke Sushi King. Kebetulan ada promosi satu kepala dalam RM40+++. Makan apa sahaja yang ada di conveyor. Boleh order jika inginkan makanan lain. Begitulah lebih kurangnya!


Apabila perut lapar, tak banyak fikir terus terkam apa yang ada di depan mata! Begitulah kami. Setelah makan dua tiga piring, rasa kenyanglah pula. Harga seratus lebih tapi setakat makan tak sampai 10 piring untuk empat orang! Tak aci... tak aci!


Silapnya kebanyakan piring yang diambil mengandungi nasi! Sudah tentulah rasa cepat kenyang. Waktu makan pula diselang-seli dengan minum teh, memang terus sendawalah jawabnya.





Yang ini semua ada nasi. Berat karbohidrat, perut pun terus penuh!



Carilah yang banyak protein dan fiber.


Ini kulit salmon goreng tapi sudah sejuk. Makan sajalah sebab sudah terambil. Abang farid kata boleh pesan yang panas. Gaya makan memesan secara online dan guna barcode beginilah yang kita tak suka. Kita masuk sini pun sebab ada Abang Farid. Kalau masuk dengan Encik Suami, memang keluar semulalah... baik pergi makan di warung!



Sekarang semua sudah kenyang. Piring pun sudah setinggi gunung!
Tapi Firdaus masih toleh-toleh lagi ke conveyor.
Abang Farid buat pesanan hokkaido cheese cake.
Tak perlu bayaran tambahan.
Tidak lama kemudian hokkaido cheese cake datang sendiri.
Masih panas, hangat-hangat gitulah.
Sedap sangat!
Kenapalah tak pesan awal-awal.
Boleh makan empat lima biji!


Hokkaido Cheese Cake

Sudah makan Hokkaido Cheese Cake, Firdaus hendak makan kulit salmon goreng pula. Terlanjur memesan, Amie pun tumpang dua biki Hokkaido Cheese Cake pula.



Firdaus dengan Kulit Salmon Goreng yang baru keluar dari kuali.


My Hokkaido Cheese Cake.

Wokey!
Cukuplah makan-makan di sini. Kalau diikutkan selera, pecah perut dibuatnya.
Harga keseluruhan, tak simpan resit...hiks!
Kami, tiga dewasa RM40+++
Firdaus, kalau tak silap ada potongan sebab kategori kanak-kanak.


9 ulasan:

  1. Lama tak ke sushi king. Memang sedap kulit salmon goreng tu kan. Hokkaido CC tu paling sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Leka makan kulit salmon yang crispy dan masih panas.
      Tak rugi order HCC banyak. Sedap!

      Padam
  2. SA skearang dha pandai makan sushi King...dah Dania ajar dah..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Kalau pandai makan memang rasa sedap.
      Lagilah kalau dah cuba wasabe hehehee.

      Padam
  3. Aissh teringin sushi. Dah lama juga tak makan. Sushi king ini dulu ada di JKT. Tp seingat saya dah tutup. Nantilah nak cek juga. Memang sushi ini dilihat sedikit, tp ternyata cepat buat kenyang. Dan kalo pakai ingredient premium, pasti mahal lah sudah 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beras Jepun yang seakan pulut itu yang buat cepat kenyang kan dik Fanny.
      Ya, lain warna piring lain harganya.

      Padam
  4. Lama betul kami tak ke SK ni. Sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun ini rasanya baru kali pertama kami masuk SK. Selalunya kalau ke Kota Kinabalu, singgah juga di SK.

      Padam
  5. Banyak juga tu dapat rasa macam-macam. Semua ada nasi memang kenyang cepatlah jawabnya. Saya tak pernah makan di Sushi King. Mesti kekok kalau pertama kali nak makan di sini. hehe...

    BalasPadam