Bismillahirrahmanirrahim.
Hari sudah menjelang senja tetapi van masih menyusur jalan di lereng gunung. Entah pukul berapa agaknya kami akan sampai ke tempat penginapan pada malam itu.
Encik Mudassir beritahu kami akan singgah di Nanga Parbat. Oleh kerana terlalu banyak gunung dan puncaknya, sampai tidak tahu mana satu yang dimaksudkan sebagai Nanga Parbat! Nanga Parbat dalam bahasa Urdu, bermaksud Gunung Telanjang merupakan gunung kesembilan tertinggi di dunia, 8,126 meter di atas permukaan laut. Ia adalah sauh barat Himalaya yang disempadani Sungai Indus ke dataran Pakistan. Nanga Parbat terletak di kawasan Gilgit - Baltistan di Pakistan. Dalam bahasa tempatan dikenali sebagai 'Deo Mir' (mir bermaksud gunung). Tidak jauh di utara adalah hujung barat Banjaran Karakoram.
Mari kita baca info yang tertulis di atas papan tanda di sini:
Nanga Prabat terletak di Banjaran Himalaya barat. Gunung yang besar ini merupakan satu siri rabung yang memuncak pada puncak ais pada ketinggian 8.125 m - menduduki tempat ke-9 tertinggi di dunia. Nama Nanga Prabat dalam Kashmiri ialah gunung telanjang. Ia dipanggil sebegitu kerana cerunnya yang tinggi serta tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan. Di Shina, bahasa tempatan gunung itu dipanggil Deomir atau Diyamir yang bermaksud gunung para Dewa, nama yang berasal dari Devameru, Gunung Meru mitos suci kosmologi Sanskrit itu.
Nanga Prabat terletak di Banjaran Himalaya barat. Gunung yang besar ini merupakan satu siri rabung yang memuncak pada puncak ais pada ketinggian 8.125 m - menduduki tempat ke-9 tertinggi di dunia. Nama Nanga Prabat dalam Kashmiri ialah gunung telanjang. Ia dipanggil sebegitu kerana cerunnya yang tinggi serta tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan. Di Shina, bahasa tempatan gunung itu dipanggil Deomir atau Diyamir yang bermaksud gunung para Dewa, nama yang berasal dari Devameru, Gunung Meru mitos suci kosmologi Sanskrit itu.
Satu malapetaka telah berlaku di Nanga Parbat sehingga mendapat jolokan sebagai Gunung Pembunuh kerana 12 pendaki dan 18 sherpa (malim gunung) telah mati pada 1937. Gunung itu akhirnya ditakluki pada tahun 1953 (sebulan selepas pendakian Everest) oleh ekspedisi bersama Austria - Jerman, Herman Buhi yang membuat pendakian terakhir dengan jayanya pada 3 Julai dalam pendakian solo yang melelahkan tanpa oksigen.
Mumtaz Khan berhentikan van di seberang jalan. Sewaktu melintas jalan terbaca sesuatu di papan tanda biru di bawah ini:
Look to your left.
Killer Mountain
Nanga Parbat.
Sekarang kita lihat ke kanan pula. Van akan meneruskan perjalanan mengikut jalan ini.
Bergambar di tepi jalan. Agaknya kurang sejuk kot... tu pasal buka baju sejuk!
Macam dah tak boleh buka mata! |
Dah pukul berapa ni?
Waktu di negara kita sudah 8 malam!
Waktu di negara kita sudah 8 malam!
Apalah mereka buat di padang kering ini? Mungkin sedang beriadah.
Suasana senja sudah menyerkup alam. Nampak lampu mentol sudah terpasang di gerai-gerai jualan.
Walaupun asyik melalui lereng gunung yang berbatu tanpa tumbuhan, tetapi ambillah juga gambar kenangan. Memang nampak sama dengan gunung-ganang yang lain tetapi jika diamat-amati sudah tentu ada perbezaannya dari satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Dari sekian banyak puncak gunung tinggi yang ada di wilayah Himalaya dan Karakoram, Nanga Parbat menjadi salah satunya. Nanga Parbat adalah sebagian dari keluarga gunung Himalaya dan menjadi sebutan para pendaki profesional. Gunung yang mendapat julukan masyarakat setempat dengan panggilan “Diamir” yang berarti raja gunung-gunung ini, walaupun banyak keindahannya namun ada bahaya yang cukup serius di balik keindahan tersebut.
Banyak catatan sejarah menyebut tentang pendaki yang meninggal ketika mendaki gunung Nanga Parbat. Oleh yang demikian ada juga yang mengatakannya sebagai salah satu gunung paling berbahaya di dunia.
Subhanallah menakjubkan sungguh ciptaan Allah SWT... Cantik² semuanya, rasa nak rakam semua kan Kak Amie... Nampak sejuk tapi tak sejuk ye dekat situ? Semua buka sweater tu katanya
BalasPadamBetul PH.
PadamWalaupun sekadar gunung-ganang tapi ada keunikan tersendiri. Tiada yang dapat menandingi segala ciptaan -Nya.
hampir takde pokok kan kat area sana kan?
BalasPadamBetul Uncle. Jarang ada pokok kecuali di lembah tertentu.
PadamSungguh banyak misteri di sebaliknya, Kak Amie. Sy rasa, Gunung Kinabalu tu pun dah cukup terserlah apalagi Nanga Parbat ni.
BalasPadamItulah, selama ini hanya melihat Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker tapi di sini tak terkira Gunung Kinabalunya!
PadamGelaran pun sudah agak mengerikan, Killer Mountain.
BalasPadamNamun, nampak cantik dari jauh diselaputi salji.
Ya, seram kan.
PadamTapi memang cantik puncak berais, menyimpan seribu misteri.
dah tahu bahaya tapi masih ada yg mahu mendakinya... hmm x faham sy๐
BalasPadamscenery kat sini mmg menakjubkan๐๐๐๐๐
Ada golongan tertentu sukakan cabaran. Itu sebabnya sampai sanggup ambil risiko.
Padamnamun bagi para pecinta gunung, atau pendaki profesional, mungkin gunung nanga parbat ini selalu masuk dalam bucket list mereka untuk ditaklukkan.. saya pernah punya ex seorang pendaki gunung pro. dia pernah menaklukkan himalaya beberapa thn lalu , dengan team nya.. dia sendiri pernah bilang kalo gunung itu selalu menarik untuk didaki.. seberbahaya apapun, tapi itu passion mereka untuk bisa samapi ke puncak.
BalasPadambagi saya yg tidak suka mendaki gunung, macam jantungan lah kalo harus naik ke atas hahahaha... tapi lebih tak tenang lagi kalo sampai spouse saya naik gunung, sementara saya hanya menunggu kabar di rumah. mungkin krn itu kami ga jodoh hahahaha
Ya, sama seperti pendaki Gunung Everest. Ada tujuan tertentu mereka sanggup daki. Zaman muda saya pun tak ketinggalan daki Gunung Kinabalu. Di Nepal untuk sampai ke puncak Machhapuchhre di Banjaran Himalaya kamu naik helikopter.
PadamSaking berbahayanya dan telah mengambil korban jiwa, Nanga Parbat ini sampai disebut sebagai "killer mountain" ya Mbak.
BalasPadamTernyata telah ditaklukan pada tahun 1953, setelah penaklukan Everest. Setelah tahun 1953 itu apa ada penaklukan lagi ya Mbak?
Menarik juga cerita tentang Nanga Parbat ini. Beruntung sekali Mbak telah berkunjung kesana.
Salam,
Ya, usaha pendakian selepas 1953 tetap diteruskan walaupun risiko kematian terus berlaku. Sama juga dengan Gunung Everest, terus menjadi pilihan para pendaki profesional.
PadamSubhanallah view nya cantik sangat. Nanga Parbat, killer mountain. Moga kami sampai sana nanti Aamiin. Insyaa Allah.
BalasPadamKental betul semangat para pendaki kan Mulan. In Syaa Allah Mulan akan sampai juga ke sini. Amin.
Padam