Pages

Sabtu, 26 Oktober 2024

Hari Sabtu Cuti Menoreh! Jom Sarapan Bubur & The Gang

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Hari ini hari Sabtu, tidak turun ke ladang. Tidak menoreh. Sudah lama menunggu saat begini, dan hari ini sampailah rezekinya. Serasa duduk di pintu syurga! Penolong-penolong pengurus ladang hari ini kena bertugas... sabar sajalah!

Seawal pukul 5:20 pagi Amie dan Encik Suami sudah berada di Taman Bandar LD. Kami hanya jalan-jalan sahaja mengelilingi taman. Kalau dapat lima kali pusingan bermakna sudah dua kilometer kami berjalan. Pada pusingan ke tujuh, kita sudah tergoda dengan longgokan buah kelapa pandan di tepi taman! Selepas pusingan ke lapan, kita terus duduk di tepi lori yang penuh muatan kelapa pandan. Ada beberapa orang di situ, duduk menyedut air kelapa! Raba poket, ada RM! Terus beli sebiji kelapa pandan, dan sedut sepuas-puasnya.

Encik Suami dapat 10 pusingan, bermaksud dapat empat kilometer. Nampak kita duduk minum air kelapa, Encik Suami belikan lima biji lagi buah kelapa pandan untuk dibawa pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, singgah dahulu di Bandar Seri Perdana. Tengok-tengok kalau ada kuih-muih yang berkenan di hati. Kemudian kami balik ke rumah. Sebelum keluar ke taman, Amie masak bubur gunakan slow cooker, dan tekan butang high. Sampai rumah terhidulah aroma bubur nasi dengan bau halia dan bawang! Amie masukkan seketul ayam bahagian peha. Kemudian Amie keluarkan ayam tadi dan goreng seketika.

Rasa segar betul pagi ini!
Selepas brisk walk, hilangkan peluh dengan jalan-jalan cari kuih.
Sampai rumah, berehat seketika dan mandi. 
Kemudian masuk dapur siapkan bubur.
Terasa lama sungguh tidak sediakan sarapan.

Bubur and The Gang



Antara aksesori bubur nasi termasuklah:
  • Ikan Bilis Goreng
  • Ayam Carik
  • Serondeng Ikan
  • Lobak Jeruk
  • Daun Sup & Limau Kasturi
  • Kicap Lada
  • Telur Masin & Telur Seribu Tahun (Egg Century)

Ikan Bilis Goreng

Egg Century & Telur Masin

Serondeng Ikan Bilis

Ayam Carik 

Jeruk Lobak

Daun Sup & Limau Kasturi

Kicap Lada

Bismillah.
Jom sarapan bubur nasi.


Kuih Rangin Kukus

Antara kuih yang sempat dibeli kuih di Bandar Seri Perdana.

Kuih Talam Tokyo

Limau Bali

Tapai Pulut


Malam tadi anak buah Encik Suami kirim makanan dari Seri Perdana. Apabila kita tengok pagi tadi, ada Hokkaido Cheese Tart - Durian! Dua ketul. Ngap terus masuk mulut! Terima kasih Rini.

Hokkaido Cheese Tart - Durian.

Kek Lapis Sarawak

Anak buah seorang lagi kirim kek lapis Sarawak! Wah, minggu ini hari-hari makan kek lapis Sarawak. Di ladang, Nano yang bawa. Di dapur kami, Lina yang kirim! Terima kasih Lina.

Hari ini kita gantung periuk, tak perlu masak lauk tengah hari. Selain kek lapis Sarawak, Lina kirim lauk-pauk juga. Ada tiga ekor ikan cencaru panggang, dua kepingan besar kambing panggang, sayap ayam dan sosej panggang serta sup jagung dan kuih lapis!

Alhamdulillah.
Rezeki Allah.
Semoga bertambah rezeki anak-anak buah kami!

Hamzah, cucunda sulung kami - usia 4 bulan 2 minggu.


Abang Farid sibuk menghadiri persidangan di Bangi. Encik Suami tidak senang duduk dua hari tak dapat bervideo call dengan Hamzah!


18 ulasan:

  1. sedapnya bubur nasi n hidangan sampingannya. terasa spt mkn2 pd zaman kanak2 dulu...nyaman bangat sih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput Abam Kie. Mari sama-sama mengimbau zaman kanak-kanak.

      Padam
  2. Sedapnya makan bubur nasi & lauk pauk tu. Terus teringat bubur sentosa kat JB.

    BalasPadam
  3. Menyelerakan betul bubur tu. Happy weekend awak!

    BalasPadam
  4. Nikmat bila weekend tak perlu bekerja dan fikir pasal kerja.. rasa lapang sangat waktu yang ada.

    Meriahnya bubur tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah saat yang ditunggu-tunggu dari minggu ke minggu.

      Padam
  5. Değişik güzel lezzetleriniz var ellerinize sağlık :)

    BalasPadam
  6. Comelnya Hamzahhhh...

    Tergoda pulak tengok bubur dan konco²nya tu, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindu Hamzah....hari ni in Syaa Allah jumpa di Subang.

      Padam
  7. ni bubur meriah namanya😁
    kat mana akk beli sedara telur pindang tu?😁

    eeee dah besar dahhh budak ticit niiii gerammmm tgk pipi diaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak sedara telur pindang di pasar raya.
      Budak tecit cepat membesar ye.

      Padam
  8. sedapnyaaaa lauk bubur tuh kak... ada telur century pulaaa ^o^. saya sukaa telur pitan atau century ini. biasa kalo nak telur pitan, hrs cari di rumah makan chinese.. krn cuma mereka yg jual :D.. kalo penjual bubur ayam biasa tak pakai :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di LD memang banyak telur pitan. Ada di seluruh Sabah. Arwah emak mentua saya dulu pernah bekerja membuat telur pitan.

      Padam
  9. Kuih rangin kukus tu macam kuih dangai kukus lah kot.

    Bubur and the gang tu, buat drooling sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul. Bezanya antara kukus dan bakar saja.
      Jemput makan bubur Mulan😋😋😋

      Padam