Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Sekarang sudah boleh berehat. Pukul 11:52 LD sudah masuk waktu zohor. Seawal pukul 4:20 pagi sudah terjaga dari tidur. Subuh 4:44 pagi. Pukul 5:10 pagi bersama Encik Suami menuju ke Taman Bandar LD. Brisk walk sehingga pukul 6:45. Seperti kelmarin, masuk pusingan ke lapan, kita singgah minum air kelapa pandan! Encik Suami teruskan dua pusingan lagi untuk capai empat kilometer.
Kemudian kami cari sarapan. Bawa pulang:
- Kapurung
- Laksa Asam
- Pulut Kuning & Rendang Daging
- Ketupat & Kuah Kacang
- Cucur Udang
- Vietnamese Spring Roll
- Nasi Kuning Ayam & Ikan
- Kek Lapis Sarawak
Kapurung |
Kapurung ini makanan tradisional masyarakat Bugis di sebelah pantai timur Sabah terutamanya di Tawau dan Sandakan. Kita suka makan sebab banyak sayurannya. Kadang jumpa kuah warna merah dan kadang-kadang seperti dalam gambar di atas.
Asam Laksa |
Pulut Kuning & Rendang Daging |
Sedap sangat rendang dagingnya! Satu set RM12. Rasa macam makan di rumah emak di Kampung Bukit Hijau.
Ketupat Pulut & Kuah Kacang |
Cucur Udang |
Firdaus makan banyak cucur udang. Nampak betul Mommy dia dah lama tak buatkan cucur udang dengan jagung!
Vietnamese Spring Roll |
Nasi Kuning Lauk Ikan & Ayam. Lidi satu - Nasi Kuning Ikan Lidi dua - Nasi Kuning Ayam |
Nasi Kuning Ikan |
Kek Lapis Sarawak |
Oleh kerana banyak sarapan yang dibawa pulang, tak perlulah masak untuk makan tengah hari. Alhamdulillah. Bolehlah buat kerja lain selain memasak.
Wahhh... banyak betul sarapannya, memang tak perlu masak tengahari ni, Kak Amie. Kapurung tu nampak macam sedap, sekali pandang macam laksam.
BalasPadamKenyang sampai ke petang ni.
PadamYa Allah.. bestnya macam² sarapan pagi nya tu.
BalasPadamWahhhh... briskwalk dua hari berturut².. seronok dapat keluarkan peluh pagi² tu.
Lepas brisk walk jalan-jalan cari sarapan pula.
PadamMacam nak kenduri.
BalasPadamSelamat menyarap selera
Jemput Wak.
Padamsedapnyaaaaa ^o^.. betuuul tuh, tak payah masak dengan segala makanan dan snack begini ;D... langsung kenyang sampai malam mungkin hahahahah.
BalasPadamrindu pula cucur udang yg saya makan di dapur serawak KL.. sedaaap
Betul tu Fanny. Boleh buat kerja lain selain masak.
PadamSedap kan cucur 🍤🍤🍤
Sedapnya semua. Macamana ya rasa Kapurung tu.
BalasPadamSama macam ambuyat atau linut. Eh.... Mulan tahu ke apa itu hihihii.
Padam