Pages

Sabtu, 19 Oktober 2024

Menikmati Panorama Batakundi di Lembah Kaghan

Bismillahirrahmanirrahim.

Benarlah, jika kita mengembara dari sebuah negara ke sebuaha negara lain, kita akan banyak mengutip pengalaman yang tidak ternilai harganya. Walaupun banyak perkara yang kurang menyelesakan dan meletihkan, tetapi Pakistan tidak kalah dengan negara lain yang memiliki keunikannya yang tersendiri terutamanya keindahan alam semula jadi yang tersembunyi di sebalik gunung-ganang yang tidak terkira banyaknya dan bentuknya!

Selepas meninggalkan Naran, kami menuju je Batakundi atau Battakundi yang merupakan  sebuah bandar pelancongan terletak 15 kilometer ke timur Naran di Daerah Mansehra, Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Kedudukan Batakundi di Lembah Kaghan di sepanjang Lebuhraya Karakoram dan merupakan perhentian jip. Batakundi adalah destinasi pertama di Jalan Mansehra-Naran-Jalkhad-Chilas ke Babusar Top.


Dapat jugalah merakan gambar air terjun yang keluar dari celah-celah batu. Inilah antara gambar air terjun yang jelas berbanding gambar air terjun yang lain. Air terjun yang lain datangnya dari aras gunung yang agak tinggi.



Gunung-ganang masih lagi berwarna hijau, dengan rumput-rumput yang menjadi makanan kambing dan lembu. Sesekali terlihat sebuah dua rumah di kawasan yang agak tinggi.





Matahari bersinar terang, dan pagi yang dingin kelihatan  lebih berseri dengan kemunculan warna-warna alam nan menghijau!

Kawasan Lembah Kaghan

Van berhenti di Batakundi. Tidaklah kami sempat untuk meneroka kawasan ini. Hanya sekadar singgah sahaja. Kalau berhenti  agak lama sudah tentu sehingga keesokan harilah jawabnya untuk sampai ke Hunza.


Sekadar merakam suasana di sekitar Batakundi.


Dengar cerita dari toiur guide, rakan baik Pakistan iaitu China sedang melaksanakan projek pembangunan di sini dan banyak kawasan di sekitar Pakistan.





Jom, kita turun dari van dan melihat-lihat Batakundi dari dekat.


Keadaan jalan raya yang lengang tanpa kenderaan yang lalu lalang, ditambah dengan suhu sejuk memang rasa selesa berada di sini.


Jom kita berkenalan dengan penduduk Batakundi yang sempat ditemui.

Kanak-kanak Gujjar

Kebanyakan orang Batakundi adalah Gujjar yang kini menjadi penutur Hindko. Ada di antara kami yang membawa jajan dari Malaysia. Jadi, apabila bertemu dengan kanak-kanak di sini, berbagi-bagilah jajan tadi dengan mereka.

Sejuk!



Nampak subur jew lembah menghijau di bawah itu.

Kemi memberikan jajan kepada kanak-kanak di sini.

Nano dengan beg Hong Kongnya membawa turun jajan dari van.


Jajan yang diberikan tidak semestinya gula-gula atau coklat. Ada yang bawa pensil juga.

Kemi dan Liza dengan jajan masing-masing. Rasanya mereka beli di Melaka!

Sejuk-sejuk begini memang layan sungguh kalau dapat singgah hirup Kashmiri tea di sini!


Cukuplah transit seketika di sini.
Kita sambung perjalanan lagi.
Kita cuci-cuci mata dengan pemandangan gunung dan air terjun sepanjang jalan berliku.
Kalau jumpa kambing biri-biri, itu dikira bonus!


Jumpa lagi Batakundi!

Sumber - Google
A beautiful morning at Batakundi.

9 ulasan:

  1. Betullah, jauh perjalanan, luas pengalaman. Dah tahu akan jumpa ramai kanak², jadi dah siap bawa jajan. Mesti dari pengalaman yg lepas², semoga bertambah rezeki masing², Aamiinnn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Rajin betul kawan-kawan bawa berbakul-bakul oleh-oleh dan jajan ke sana.

      Padam
  2. Cantiknya view gunung tu.. nampak hijau je.
    Pasti seronok kanak² dapat jajan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mereka sangat teruja melihat kami datang.
      Apalagi apabila dihulur jajan.

      Padam
  3. kiranya area ni dah dekat dgn sempadan china ke kak?
    tiba2 sy rs seram kalau tiba2 china ada niat nak bangunkan kaw kat sini... dlm bahasa politik, jelajah secara halus...

    mmg x dinafikan cantikkk area batakundi ni... nak duduk lama2 pun x pe... tp tu laa kan lambat pula nanti akk smpi ke hunza...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum lagi Anies.
      Memang rasa seram kan Anies apabila mengingatkan apa yang berlaku di negara kita. Nampaknya mereka sudah jauh menjelajah dan teroka negara ini.

      Padam
  4. Ralit betul tengok semua foto ni. Cantik2 alam semulajadi di sana.

    BalasPadam
  5. Leka SA tengok gambar kat Batakundi ni...kalau waktu pagi lagi cantik ye kak..

    BalasPadam
  6. Reminder utk saya , agar bawa Snack atau semacam alat tulis dari tanah air saat ke negara2 seperti ini. JD bisalah berbagi dengan anak2' di sana kan ❤️

    BalasPadam