Pages

Sabtu, 19 Oktober 2024

Di Sini Kambing Di Sana Kambing Di Mana-Mana Pun Kambing!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan dari Batakundi menuju ke Babusar Pass, kami dihidangkan dengan pemandangan beberapa gerombolan kambing biri-biri yang sedang berpindah mencari padang ragut berjalan penuh etika di atas jalan raya bersama gembalanya.

Gembala kambing biri-biri bersama keldai yang mengangkut beban di belakangnya. Di belakang keldai itulah deretan kambing biri-biri mengiringinya sepanjang jalan.

Peta : Narah - Batakundi - Babusar Pass

Sempat rakam empat saat sekumpulan kambing biri-biri.


Ada beza tak kambing Pakistan dengan kambing di negara kita?


Tak dapat dipastikan berapakah jumlah sebenar segerombolan kambing biri-biri. Rasanya lebih 50 ekor! Pengembalanya pun bukan seorang, tetapi beberapa orang. Biasanya ada di bahagian hadapan 'memandu' kambing dan di bahagian belakang, barangkali mengawasi keberadaan kambing.




Ada dua orang gembala kambing di sebelah sana.



Segerombolan kambing sudah berlalu.



Tidak lama kemudian, terserempak dengan gerombolan yang berikutnya.


Lain sedikit dengan kambing yang sebelumnya, bulunya lebih tebal.


Sporting jew Mumtaz Khan memandu van. Tidaklah kelam-kabut hendak cepat. Encik Mudassir pula apabila ternampak gerombolam kambing di hadapan, cepat-cepat beritahu kami supaya kami dapat melihat kambing berarak beramai-ramai! Pelik kot orang Pakistan melihat kami kegirangan apabila nampak kambing di jalan!


Sesekali ambil juga gambar pemandangan selain kambing!


Walaupun bukan lori, truck ini tetap dihias meriah.



Kelihatan seseorang sedang mencuci lori di tepi jalan.


Nampaknya penduduk di sekitar memanfaatkan kemudahan bekalan air percuma di sini. Air yang mengalir ini merupakan salji yang cair, turun dari gunung! Sejuk dan bersih!




Sama seperti di tempat kita, kalau melalui kawasan kampung atau pedalaman ada gerai-gerai kecil menjual makanan dan minuman ringan.


Istimewanya ada pula pemandangan begini, tempat istirahat dengan kerusi meja dan payung!


Eh, eehhh.... rupanya ada air terjun di sebelahnya!


Memang banyak sangat kami terjumpa air terjun di sepanjang jalan!


Selain jalan raya utama yang sempit, yang lain hanyalah denai sahaja.


Lembah yang semakin tandus apabila melihat arah ke atas, bahagian pergunungan. Di sinilah haiwan ternakan meragut rumput pada satu-satu masa.


Selain menternak, mereka juga menanam sayur-sayuran untuk keperluan seharian.


Menurut Encik Mudassir, pengembala kambing akan mendirikan khemah sementara sebagai tempat tinggal mereka. Apabila padang ragut atau rumput sudah habis, mereka akan membawa haiwan ternakan berpindah dan membawa bersama khemah serta peralatan tempat tinggal mereka.


Itu sebabnya, ada waktu-waktunya jalan raya dipenuhi gerombolan kambing yang banyak kerana mereka membawa kambing ke tempat padang ragut yang lain di lereng gunung. Begitu rupanya hidup pengembala kambing di sini.


Tidak pastilah apa pemandangan yang Amie rakam ini. Nampak seakan-akan beberapa orang penduduk sedang berkemas-kemas untuk meninggalkan kawasan tersebut dan membawa barangan mereka ke dalam lori. Wallahu'alam.



Kini kami mula menghampiri kawasan yanag sedang dalam projek pembangunan.



Namun begitu di sana-sini masih kelihatan anak sungai dengan aliran air yang jernih dari kawasan pergunungan.


Bata persegi warna putih itu ialah penghadang jalan raya dengan lereng sungai yang membentuk jurang.



Tidak pernah terlintas di fikiran akan melalui kawasan yang seunik ini!


Rasanya hendak turut serta dirikan khemah di sini, menikmati deruan air sungai yang mengalir dan main masak-masak panggang kambing biri-biri di lembah nan dingin ini.


Wokey!
Kita belanja lagi gambar kambing biri-biri.
Kali ini warna-warni pula dengan cat warna pink di belakangnya!


Ini merupakan satu cara untuk memastikan kambing tidak tertukar atau mudah dikenali oleh tuannya! Jadi, senanglah untuk membezakan antara ahli gerombolan dengan ahli yang lain.





Belanja lagi pemandangan lembah gunung di Lembah Kaghan!


Ada lembu tapi tak sebanyak kambing.


Rezeki pagi itu dapat bertemu dengan kambing, maka entri kali ini cerita tentang kambing sajalah... ahaks!










Pinjam video Kemi. Kemi kata ini sekumpulan biri-biri yang sudah dicukur bulunya.



Memang beruntung jadi kambing di sini. Sudahlah berada di lembah gunung yang sejuk, dapat makan rumput segar dari lembah ke lembah, dan dapat minum air bersih yang cair dari salji di pergunungan!


Maka, nikmat manakah lagi yang hendak kamu dustakan?

13 ulasan:

  1. Bersih bersih, comel comel kambingnya pun. Menariknya duduk di kerusi dengan permandangan air terjun tu. Berkhemah pun best juga ni. Lembah yang menarik. Rasa semua nak digambarkan. Rugi rasanya kalau tak ambil gambar dan video.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang teruja kami melihat kambing-kambing itu. Tak puas-puas melihat setiap kali gerombolan kambing di jalan!

      Padam
  2. Semulajadi agaknya perangai kita bila nampak kambing atau lembu segerombolan terus teriak teruja, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel-comel kambingnya! Banyak pula tu, jalan beratur ikut arahan gembalanya.
      Tu yang seronok sangat sampai teriak-teriak.

      Padam
  3. Beza kambing Pakistan dengan negara kita, ia boleh selamba je lalu kat jalanraya😅

    BalasPadam
  4. Masya Allah banyaknya kambing!.
    Cantik lembah berbatu batan. Pasti byk pengalaman berharga telah dikutip sepanjang bermusafir. Jgn lupa doakan kami, doa seorang musafir itu makbul. Insha Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, doa musafir cepat diangkat. Amin.

      Padam
  5. kenapa.laa k amie x amik sekor yg bulu cantik tu bw blk 🇲🇾😁

    untung betul diorg dpt sumber air yg bersih setiap hari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geram kan Anies!
      Rezeki mereka dapat sumber air bersih untuk bersuci dari pergunungan.

      Padam
  6. Banyak nya kambing, comel2 je. Memang patut kambing kena tanda, nak tau empunya nya kan.

    BalasPadam