Bismillahirrahmanairrahim.
Ikut aturannya : Short stay at Naran River Rafting area sight seeing on the way Batakundi, Baiser , valleys view short stay at Luluser Lake and Babuser Top. Entah, sudah tidak kenal dengan pasti mana-mana tempat yang kami singgah. Kongsi sajalah mana-mana gambar yang ada untuk menunjukkan suasana dan tempat sepanjang perjalanan.
Sumber : Pakistan Trip |
Singgah di Naran Valley.
Masih terasa sejuknya suhu di sini.
Semasa berhenti ambil gambar di sini, kelihatan berekor-ekor lembu berjalan di sepanjang jalan. Lawa-lawa pula warna lembunya!
Sempat ambil video lembu berjalan atas jalan raya.
Tour leader dan tuor guide yang sabar melayan anak buah. Yang sebelah lagi, tak tahu apa yang dijualnya.
Semoga dipermudahkan urusan Pakistani ini.
Selain lembu, kuda dan keldai juga menjadi pengguna jalan raya di sini.
Naran Valley |
Beginilah gambaran suasana yang dapat Amie rakam menggunakan HP. Duduk di dalam van, memang agak menyukarkan untuk mengambil gambar dengan selesa. Apa pun, adalah juga hasil ketikan yang boleh dibawa pulang.
Di lereng gunung, kelihatan lembu sedang meragut rumput.
Sekali pandang memanglah nampak indahnya kaki gunung yang menghijau dengan tumbuhan yang pelbagai. Namun dua kali pandang, rasa gerun juga melihat batu-batu yang bertaburan di sekitar lembah. Menurut tour guide, batu-batu tersebut datangnya dari gunung, jatuh atau kejadian tanah runtuh!
Ada pemandangan yang sangat mengujakan dan ada pemandangan yang tidak ingin kita lihat seperti kesan tanah runtuh di bawah ini.
Apa pun, Mumtaz Khan memang seorang pemandu yang berhemah! Tidak terasa tayar van langgar ketulan batu di jalanan atau lubang! Dan sudah pastinya Mumtaz Khan tidak sesekali terlanggar gerombolan kambing atau lembu yang selalu mendominasi jalan raya!
Segerombolan kambing biri-biri berada di atas jalan raya. |
Cantik nya Lembah Naran ni. Tak sabar nak pergi Pakistan rasanya.
BalasPadamSepanjang perjalanan menuju ke Hunza memang berada di lereng gunung dan melihat pemandangan perlembahan.
PadamBarang jualan tu nampak macam sejenis hiasan kepala.
BalasPadamPosing dengan pokok apa tu kak Amie?
Ya, macam hiasan kepala.
PadamTak tahu apa nama pokoknya. Ada tengah-tengah situ, jadilah aksesori amik gambar hahahaa.
Kali ni Kak Amie tak bawa buku nota untuk menulis ye? Cantik kawasan lembah tu. Meriah betul jalan bukan hanya kenderaan. Haiwan yang dijadikan kenderaan pun sibuk lalu lalang. Lembu tu macam lembu new zealand bertompok-tompok coraknya.
BalasPadamKak Amie sudah sediakan buku catatan dan bawa bersama. Tapi kali ini mungkin disebabkan itinerary berubah-ubah, ditambah mula lewat malam sampai hotel dan setiap hari lambat bangun, jadi mood untuk imbas kembali apa yang berlalu dan buat catatan hilang terus.
PadamYa, mungkin disebabkan ruang sempit tepi jalan terus ke jurang, jadi haiwan ternakan terpaksa ikut jalan raya untuk berpindah bersama gembalanya.
Cantik dan menarik kaler lembu2 kat sana
BalasPadamYa, cantik Wak.
PadamTak nampak longgokan najis lembu kambing di jalan raya.
Cantiknya permandangan kat sini. Oh maknanya selain kenderaan...haiwan juga menggunakan jalanraya ni.
BalasPadamRasanya haiwan ternakan berpindah padang ragut dan untuk cepat kenalah ikut jalan raya.
Padamuih meriah dengan haiwan kt jalan, maksudnya pengguna jalan raya kene bawak dalam keadaan perlahan dan sentiasa waspada
BalasPadamDengarnya pemandu di sini cekap, dan tidak pernah nampak pun sebarang kemalangan melibatkan kenderaan, manusia atau haiwan sepanjang perjalanan kami.
PadamIndahnya dan nyamannya keadaan di sana, tentu seronok jalan² dalam cuaca sejuk tak terasa penatnya dan kurang berpeluh.
BalasPadamItulah kelebihan berjalan dalam suhu sejuk. Tidak panas dan kurang berpeluh.
Padamsekali tgk mcm dia jual topi pakistan tp versi berwarna warni...
BalasPadamtour guide dah faham sgt dah tu dgn perangai cust lbh2 org pompuan kannnππ
bgs diorg uruskan kaw ni. masih terpelihara keindahan alam semulajadinya
Ya, nampak macam topi yang warna-warni dan berumbai-umbai.
PadamBanyak kawasan yang masih terpelihara.
Hiasan kepala dah pasti tu kak...Naran Valley ni cantik betul..situ ada musim salji kan kak...ke takde
BalasPadamTerkadang saya pun lupa kak beberapa tempat yg divisit selama traveling. Saking banyaknya kan π. Apalagi saya sering jalan tanpa travel. Makin ga ingat π .
BalasPadamCantiiik sangat naran ini. Memang best view selama di Pakistan yaa. Semoga saya bisa cepat kesana juga.
Pakcik yg jualan itu buat hati iba. Apalah yg dijualnya itu kak? Macam aksesoris ya?