Bismillahirrahamnairrahim.
Lama sungguh tak masuk dapur!
Sejak gara-gara porak-peranda menoreh di ladang tanpa cuti yang sepatutnya, memang huru-hara suasana dapur. Maklumlah, makan tengah hari asal sempat singgah mana-mana warung. Menjelang petang, asal dapat sediakan makan malam untuk Firdaus sahaja rasanya sudah memadai. Itu pun kadang-kadang makan roti dengan telur sahaja. Hendak singgah beli makanan di kedai, Encik Suami tidak suka mengharung kesesakan jalan raya. Kita pula, apabila badan sudah letih menoreh di kebun getah, balik rumah terus terbongkang tak sedar diri!
Sabtu dan Ahad, tak usah cerita! Kalau kita ada masa memang kita akan masak dan suka update dalam blog. Berbulan juga tidak kongsi masakan, maknanya memang tak sempat masaklah.
Minggu ini unit beruniform Pengakap Laut di bawah kami mengikuti program JOTA-JOTI 2024 - Jamboree on the Internet yang berlangsung mulai 19-21 Oktober 2024 di W Bay Payang, Lahad Datu. Alhamdulillah, tugasan dibahagi mengikut giliran. Tidaklah sepanjang waktu berada di tapak perkhemahan. Cuma yang agak membimbangkan apabila Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia memberi peringatan kepada semua penduduk kawasan Lahad Datu tentang satu fenomena Air Pasang Ekstrem yang dijangka berlaku pada 19 Oktober 2024. Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan banjir atau sebarang keadaan kecemasan yang mungkin berlaku.
Memang benar!
Ketika Amie bersama peserta jamboree berada di tepi pantai W Bay Payang, air laut naik mendadak melebihi paras biasa. Kemudian diikuti dengan ribut kencang dan hujan lebat! Menjelang malam, Amie mengharung hujan untuk keluar dari kawasan perkhemahan apabila kami bertukar syift dengan pemimpin lain.
Ketika Amie bersama peserta jamboree berada di tepi pantai W Bay Payang, air laut naik mendadak melebihi paras biasa. Kemudian diikuti dengan ribut kencang dan hujan lebat! Menjelang malam, Amie mengharung hujan untuk keluar dari kawasan perkhemahan apabila kami bertukar syift dengan pemimpin lain.
Huurrmmm...
Banyak dah cerita tentang jalan-jalan Pakistan.
Asyik cerita gunung, cerita lembah, cerita kambing saja.
Mari kita cerita dari dapur pula.
Sebelum itu kita ke pasar dulu.
Selepas hantar Firdaus ke kelas tiusyen, kami gerak ke pasar tani. Sengaja hendak jalan-jalan di situ dari hujung ke hujung pasar, keluarkan peluh! Kalau jumpa yang berkenan di hati, bolehlah beli.
Mula-mula singgah beli air tebu. Kemudian beli laici kang pula. Dua-duanya tawar rasanya. Terlebih bubuh ais kot.
Mari kita cerita dari dapur pula.
Sebelum itu kita ke pasar dulu.
Selepas hantar Firdaus ke kelas tiusyen, kami gerak ke pasar tani. Sengaja hendak jalan-jalan di situ dari hujung ke hujung pasar, keluarkan peluh! Kalau jumpa yang berkenan di hati, bolehlah beli.
Mula-mula singgah beli air tebu. Kemudian beli laici kang pula. Dua-duanya tawar rasanya. Terlebih bubuh ais kot.
Di pasar tani ini, biasanya kami singgah di gerai peniaga dari kampung. Hajat hati hendak beli terung pipit dengan pucuk paku tanjung tapi kedua-duanya tiada. Mungkin sudah habis. Kami sampai pun hampir pukul 10:30 pagi!
Limau Madu |
Belimbing Madu - RM10.00 sekilogram |
Jambu Batu - RM8.00 sekilogram |
Limau Madu - RM10.00 sekilogram |
Betul kata peniaga limau madu. Limau yang dijual baru dipetik dari pokok. Walaupun kulit hijau tapi isinya manis. Beli sekilogram dapat empat biji.
Bunga & Pucuk Betik |
Bunga Betik - RM3.00
Pucuk Betik - RM3.00
Serondeng Ikan Mak Inang & Lada Mak Inang.
Setiap minggu mesti singgah di Gerai Pak Taufeq. Beli serondeng ikan dan lada dalam botol. Inilah dua bahan penyelamat di dapur kalau tak sempat masak lauk. Tanak nasi, dadar telur dan bubuh kicap. Tambah serondeng ikan dan lada. Ladanya pula sudah cukup rasa, tak perlu tambah apa-apa lagi.
Serondeng ikan ini hasil air tangan orang Melayu Cocos. Teringat serondengn ikan air tangan arwah MIL. Terasa-rasa ada persamaannya kerana serondeng ini ada tambahan perahan limau nipis.
Lada mak Inang kesukaan Firdaus. |
Ini sahajalah yang kami beli di pasar tani. Sebenarnya hendak beli beberapa biji nanas masak tetapi terlupa pula! Sudah tinggalkan pasar tani baru teringat. Tengoklah nanti kalau ada nanas dijual di pasar raya.
Dapatlah juga sebiji nanas di pasar raya. Tentulah harganya mahal sedikit RM7.99 sen sekilogram. Beli sebiji harga RM11.89, mencecah 1.5 kilogram. Kebetulan pula terambil yang tak bertangkai, kuranglah sikit beratnya. Tapi taklah manis!
Sawi Bunga : RM12.00. |
Peria Katak - RM6.00 |
Tomato - RM12 / kg |
Kentang |
Cili Padi |
Limau Kasturi |
Epal Hijau |
Semalam jalan-jalan ke rumah Blogger Azhafizah, terbaca minuman epal hijau tambah asam boi. Terus rasa kecur. Hari ini beli epal hijau! Nanti minta Firdaus buatkan jus. Budak Firdaus sekarang ini sudah boleh disuruh-suruh!
Buah wajib ada : Lemon.
Fresh Milk |
Minuman harian Firdaus : Fresh Milk - Desa Cattle Dairy Farm and Milk of Sabah
Ketam Betina |
Hari ini gotong-royong dengan Encik Suami bersihkan peti sejuk. Buang mana yang tak perlu dan isi bekas untuk sediakan bahan yang hendak digunakan sepanjang minggu hadapan.
Udang Kertas |
Udang bukanlah pilihan lauk utama dalam hidangan kami. Hanya gunakan sebagai perencah sahaja. Kecuali kalau hendak masak sambal udang untuk nasi lemak. Biasanya tidak banyak pilihan udang di pasar raya kecuali udang kertas dengan udang harimau. Udang yang sedap bagi Amie ialah udang bemban tapi kena cari di pasar ikan.
Sotong Torak Kecil |
Encik Suami terpikat dengan sotong ini sebab matanya masih bersinar-sinar dan memang segar! Belilah juga sebagai memenuhi keinginan Encik Suami. Bolehlah masak hitam gunakan dakwatnya.
Ikan Pari Sanga |
Kata peniaga ikan, namanya ikan pari sanga. Tiada bau dan isinya penuh. Ambil sekeping saja. Hampir sekilogram. Sampai rumah, dipotong jadi banyak pula. Ada bunga kantan dan daun kesum. Esok lusa kalau rajin bolehlah masak asam pedas.
Ikan Tenggiri |
Ambil ikan tenggiri bahagian ekor. Sedapnya kalau masak taucu atau masak cuka! Harap-harap bukanlah angan-angan semata! Tapi masak asam rebus pun sedap. Firdaus suka!
Ikan Bolu |
Ini ikan kegemaran kita! Ikan bolu @ susu @ bangos @ bandeng. Banyak tulang tapi isinya lemak. Masak kuning atau masak singgang pun sudah cukup sedap! Encik Suami suka yang bergoreng atau dipanggang! Kalau yang sudah siap dikerat itu maknanya digoreng sajalah, dan bahagian kepala dengan ekor bolehlah masak singgang.
Sayap Ayam |
Sayap ayam segar ini kalau terus dibumbui tentu hanya tinggalkan nyahbeku saja untuk dimasak. Tapi tak tahu lagi hendak masak apa. Mungkin digoreng saja atau panggang dalam air fryer.
Kaki Ayam & Ceker |
Kaki ayam ini memang wajib beli sebab kita selalu buat sup ceker. Biasanya kalau balik menoreh, kita masak guna slow cooker. Bubuh air panas, campak bawang putih, bawang merah dan halia. Kadang-kadang kita tambah lobak merah, lobak putih dan juga kurma merah. Tutup. Kita masuk bilik, berehat. Apabila menjelang petang, kita terjaga dari tidur sudah ada aroma dari slow cooker menerobos masuk ke ruang tamu! Masuk dapur, hanya tambah garam dan perasa pilihan sahaja.
Bukan kita tidak mahu cepat masak guna periuk NOXXA, tapi kita suka rasa dan aroma dari slow cooker!
Ayam Bulat |
Ayam seekor ini kita belah dua. Senang hendak masak nasi ayam. Samada hendak rebus atau goreng saja. Kadang-kadang yang sebelah itu kita belah lagi dan campak dalam slow cooker. Bubuh halia, bawang, kentang, cendawan shiitake dan bubuh white fungus. Tekan butang high, dan masak tiga jam!
Daging Peha |
Selalunya kita beli daging cincang untuk masak asam pedas atau masak kari. Kali ini beli daging bahagian peha. Belum tahu lagi hendak di masak apa. Nasibnya nanti sama juga dengan ceker, campak masuk slow cooker.... ahaks! barulah lepas tu nak fikir masak apa.
Tulang Leher |
Tak ketinggalan, beli tulang segar. Yang ini bahagian tulang leher. Memang ke slow cooker jugalah jawabnya nanti cuma tak tahu gilirannya jatuh pada hari apa! Memang best renih tulang. Buat sup tumis darat! Aduhai....! Terbau-bai aroma rempah tumis campur bawang goreng dan daun sup!
Sekian.
Cerita Dari Pasar - Cerita Dari Dapur di Hujung Minggu.
Cerita Dari Pasar - Cerita Dari Dapur di Hujung Minggu.
Banyak tu stok bahan basah. Makan bertiga sebulan boleh kalau ada hari yang tak masak.
BalasPadamMenarik juga kalau guna slow cooker.
Saya suka guna slow cooker sebab masak perlahan tanpa paksaan, keluar manisnya dan aromanya semerbak satu dapur.
Padamnampak segar2 semuanya tu. seronok kalau pergi pasar rasa nak beli semua.
BalasPadamBetul tu Cie.
PadamTapi banyak pula yang tak sempat dibeli sebab datang lewat.
mcm2 jenis brg basah & kering kalo ke pasar nk di beli kan.....lama tk mkn buah belimbing
BalasPadamDulu petik saja belimbing di kampung.
PadamSekarang nak makan kena beli hihihuu.
Banyak juga hasil melancong ke pasar ni, Kak Amie. Semoga kurang dah kerja menoreh, bolehlah masuk dapur kembali.
BalasPadamRindu sebenarnya hendak duduk dapur macam dulu-dulu.
Padammurah-murah juga harga buahan dan sayuran di sana Amie
BalasPadamBanyak stok lauk kak, mudah nak masak bila ada kelapangan bila dah asing sikit-sikit gitu kan.
BalasPadamBila ada stok segar semua ni, senang nak masak kan.
BalasPadamWah..banyaknya shopping bahan basah ye kak..mahal ye nanas tu..kat Seremban kadang sebiji RM2 je...
BalasPadamLihat pare katak, saya langsung teringiiiin. Suka sangaaat sayur pare. Biasa yg kecil2 nih saya makan mentah jadi ulam, tapi harus ada sambal belacan 😍😍. Sedap tak pahit.
BalasPadamSukaa liat food preparation kak Amie. Saya pun selalu lakukan food prep tiap habis belanja pasar. Supaya rapi kulkas tersusun 😁