Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa teruja hendak sarapan pada pagi pertama di Pakistan. Biasanya kalau di Kedai Pakistan di LD, Amie dan Encik Suami suka menjamu selera dengan roti naan bersama keema daging dan chapli kabab. Agaknya sama tak rasa hidangan di sini dengan yang disajikan di negara kita?
Melihat pelbagai sajian yang cantik dan menarik, terpinga-pingalah sampai tidak tahu mana satu hendak dirasa dahulu. Di bawah ini Amie kongsikan Beef Tawa Qeema yang boleh dinikmati bersama roti nan atau roti paratha. Cantik hidangannya, dan dagingnya tertutup pula oleh warna-warni tomato cincang dan daun ketumbar.
Beef Tawa Qeema |
Roti Naan & Roti Paratha |
Rasa teruja bertambah-tambahlah pula apabila melihat berjenis-jenis jus!
Kita ambil jus timun sebab biasa buat minuman ini di rumah. Sayangnya tidak dapat dihabiskan kerana rasanya yang agak kental dan manis pula!
Kemudian kita ambil orange juice pula. Sedap!
Dan kita terlupa sebenarnya kita hendak minum jus nanas yang terletak dalam balang paling hujung itu.
Inilah pemandangan yang tak sanggup kita lihat lama-lama!
Berpusing keliling tak tahu mana satu hendak diambil. Akhirnya kita ambil sebiji buah peach. Pakistan memang pengeluar buah peach! Jadi, ambillah sebiji letak di atas meja. kalau tak sempat makan, boleh masukkan dalam beg sandang buat bekalan dalam perjalanan.
Pisang Coklat |
Epal Coklat Putih |
Amie tak ambil minuman panas.
Gee - Nescafe |
Makanan yang tersaji di sini termasuklah sosej, telur rebus, omellete, nasi, spaghetti, sayuran dan sebagainya. |
Di antara dua ruangan makanan panas, di tengah-tengahnya terletak ruangan susu segar dan bijirin.
Di ruang ini pula tersaji masakan tempatan seperti di bawah ini.
Halwa & Puri. |
Naan & Paratha |
Aloo Bhujia @ Potato Pakistani Curry |
Jom sarapan. |
Tour leader sudah beri peringatan. Masakan Pakistan banyak mengandungi rempah. Kalau perut tak boleh terima, ambil sedikit sahaja. Kalau perut ok, makanlah banyak mana pun! Sebenarnya walaupun ada rasa rempah tetapi tidaklah sampai mengganggu selera. Setakat ini perut masih boleh terima.
Kemudian ambil roti naan, chana masala, kari ayam, dan aloo bhujia. Di tengah-tengah piring bubuh beef tawa qeema. Yang ada lidi cucuk buah prune itu telur dadar. |
Hendak juga merasa kroket, cheese kebab dan sayuran serta sosej. |
Pineapple Puff |
Gee kata pineapple puff sedap. Kita pun ambillah satu untuk mengakhiri santapan pagi di Hotel Ramada ini. Tidak terlalu manis. Sesedap rasa! Kalau tak ingat perut, memang akan ambil lagi sebiji!
Kalau menginap di hotel, time sarapan pagi memang feel habis..
BalasPadamYa, macam-macam pilihan yang ada.
PadamMenarik breakfast nya tu.. macam² ada.
BalasPadamNengok jus pun banyak.
Memang banyak jus buah, tapi tak berani nak cuba banyak takut perut terkejut dan meragam pula.
Padamni dah kalah hi tea ni kak πππ
BalasPadammeriah sesangat makanannyaππππ
Kan Anies.
PadamBanyak sungguh sampai berpusing-pusing nak pilih mana satu.
Memang estetik sangat tampilan ramada ini ππ. Dan menu sarapan banyak pilihan. Saya rasa malah lebih banyak di sini drpd yg saya pernah stay di turkiye. Sebenarny kalo masakan kaya rempah begini, lidah kita biasanya tak masalah. Krn makanan Indonesia dan Malaysia pun kaya rempah π
BalasPadamWahh kaya dengan roti dan kek. Tak tahu nak ambil mana satu ni. Alamak, air timun pun manis ye. Mujurlah air oren sedap. Best breakfast banyak pilihan menu yang disajikan. Dapat yang sedap tu yang best.
BalasPadamMacam ni punya banyak, kena sarapan dari pukul 7 sehingga jam 10, Kak Amie!
BalasPadamSaat ditungu- tunggu adalah sarapan time
BalasPadamSedapnya hidangan breakfast semua tu, yumms.
BalasPadam