Pages

Ahad, 13 Oktober 2024

Dari Lahore ke Islamabad Ikut Jalan Raya, Dari Islamabad ke Naran Ikut Jalan Kampung

Bismillahirrahmanirrahim.
Pemandu van kami yang baharu orangnya kurus, tinggi lampai bernama Mumtaz Khan. Bukan Mumtaz Mahal ya. Nampaknya kesemuanya menggunakan nama bermula dengan huruf M. Sesekali Encik Mudassir tersalah sebut nama Encik Musjid menjadi Masjid. Mungkin sebutan huruf 'U' memang  begitu. Misalnya sewaktu menerangkan tentang beras basmathi di Punjab, Encik Mudassir akan menyebut Panjab dan bukan Punjab. Ada pun kami pula yang selalu tersasul menyebut nama Encik Mudassir. Ada yang memanggilnya Multazam dan ada yang memanggilnya Muzammil. Supaya kami tidak terlupa, Encik Mudassir sering mengingatkan namanya disebut dalam al-Quran. Ya ayyuhal mudassir!

Sebelum van bertolak, samada Encik Musjid atau Encik Mudassir akan membaca doa perjalanan. Sementara itu, oleh kerana Amie sekali lagi duduk di belakang pemandu van, Amie dapati Mumtaz Khan juga mengangkat tangan membaca doa. Alhamdulillah. Semoga perjalanan kami sentiasa diberkati dan selamat sampai ke destinasi.

Rupanya sekali lagi pendingin hawa di tempat duduk Amie tidak berfungsi juga walaupun sudah bertukar van! Sekali lagi rasa tidak selesa sehingga basah kuyup bahagian punggung hingga ke peha. Memang panas sungguh!

Kami berhenti di Mansehra untuk solat jamak sebelum menyambung perjalanan ke Naran. Ketika ini sekali lagi Amie meminta tour guide dan tour leader memeriksa punat pendingin hawa. Setelah diteliti rupa-rupanya ada cebisan tisu tersumbat di situ. Allahu Akbar! Alhamdulillah, pendingin hawa berfungsi sepenuhnya tiada lagi peluh meleleh-leleh!

Menurut tour guide, perjalanan ke Naran akan memakan masa yang agak lama. Jadi, kami dibawa merentas jalan kampung untuk segera sampai ke tempat tujuan.

Anak kampung dengan lembu yang digembala.


Sudah tentulah jauh bezanya pemandangan kampung dengan bandar seperti Lahore!


Gambar-gambar ini Amie rakam sewaktu meninggalkan Lahore.




Lahore dan Islamabad sudah jauh kita tinggalkan. Sekarang kita masuk jalan kampung.


Begini suasananya apabila memasuki jalan kampung yang sempit. Kiri kanan dipenuhi tanaman jagung. Apabila berpapasan dengan kenderaan lain, terpaksalah van berhenti untuk memberi laluan.

Apa pun seronok jugalah melihat pemandangan kampung, entah apa namanya di petang hari!

Belanja satu video yang diambil oleh Kemi.


Walaupun tidak dapat merakam gambar dengan sempurna, namun adalah juga objek yang menarik perhatian dapat diabadikan sebagai kenangan seperti gambar bunga lalang. Eh, betilkah ini bunga lalang? Nampaknya lalang di negara kita tak sama dengan lalang Pakistan kot!



Agak jauh juga merentas kampung sehingga nampak matahari hampir tenggelam di ufuk!


Gambar hanya dapat diambil dari dalam van. Bunga lalang di seberang sana bukannya dihalang oleh air sungai, tetapi itulah jalan raya kampung!



Nampak macam arus sungai kan?





Dapat jugalah merakam gambar dari jauh beberapa ekor kerbau sedang meragut rumput!


Nampaknya gembala kerbau dan lembu serta kambing sedang mengarahkan haiwan ternakan pulang ke tempat tinggal setelah seharian meragut rumput di padang.


Nun di belakang sana, sayup-sayup banjaran gunung yang berbalam-balam dimamah senja yang kian temaram. Kelihatan kawasan perkampungan dan tempat tinggal penduduk nun jauh di sanun!


Merakam lagi pemandangan perkampungan dari jalan raya.


Sekarang kami sudah berada di atas jalan raya dan apabila ditanya berapa jarak perjalanan yang kami harus tempuhi? Tour guide menjawab: Antara empat hingga lima jam lagi. Waduh...waduhhh kok lama lagi sih mahu sampai Naran?

18 ulasan:

  1. Jauh perjalanan luas pemandangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelamaan dalam van, kepenatan sepanjang jalan hihihii.

      Padam
  2. Memang confused dengan nama-nama mereka semua yang bermula dari huruf M. Tambah lagi kita baru kenal kan. Sesekali tu tersasul. Aduh, air cond buat hal memang masak lah kita. Mujur kak Amie bagitahu. Kalau tidak panas sepanjang perjalanan.

    Menarik tempat tu buat photoshoot. Macam pampas grass tapi versi tak lebat macam orang buat dekorasi tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukurlah tak meleleh-leleh peluh mengalir selepas itu.
      Memang adakalanya pemandangan sangat menarik tapi selalu terlepas rakam.

      Padam
  3. Siapalah yang pandai sangat sumbat tisu dalam lubang air-cond. Cantik pulak bunga lalang tu, kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, periksa punya periksa rupanya tisu yang menghalang!
      besar-besarkan bunganya.

      Padam
  4. Perjalanan dari satu tempat ke tempat lain agak jauh juga ya.
    Kalau larat bolehlah menikmati pemandangan di kiri kanan jalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang jauh Faizah.
      betul, boleh tengok pemandangan tapi biasanya mata jadi letih dan bosan, terus terzzzzzz!

      Padam
  5. indah permai panorama kampung di sana

    BalasPadam
  6. Baru tahu nih Mbak kalau pakaian pria sehari-hari disana modelnya demikian. Kalau disini disebutnya gamis. Tapi disini bukan pakaian sehari-hari, itu hanya pakaian untuk shalat, ke masjid atau dipakai saat acara-acara keagamaan.

    Mbak, apa nama kendaraan yang ditarik oleh motor itu ya? Rupanya demikian kendaraan umum sehari-hari disana.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Pakistan, pakaian mereka disebut salwar kameez.
      Saya berasa tertarik kerana mereka mengekalkan identiti mengenakan pakaian tradisional mereka sehari-hari.
      Kenderaan ini biasanya mereka panggil tuk tuk.

      Padam
  7. Suka nya tengok semua foto yang Kak Amie snap dalam perjalanan. Alhamdulillah aircond dah ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar seadanya yang sempat dirakam dari dalam van.
      Alhamdulillah, tidaklah kepanasan lagi dalam perjalanan.

      Padam
  8. Cantik pulak bunga lalang tu Kak Amie, beza ngan lalang negara kita..kalau SA kat situ menag dah duduk dalam tu amik gambar..hahahah..

    BalasPadam
  9. Cantiiiik sangaaat tumbuhan lalang di sana. Putih pula 😍😍. Saya terbayang kalo Padang rumput ditumbuhi lalang putih begitu, pasti jadi terlihat seolah salju ❤️❤️❤️

    Memang cantik tempat ini ya kak. Nak juga lah plan trip ke sana

    BalasPadam