Pages

Isnin, 14 Oktober 2024

Menuju ke Naran

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu melalui jalan kampung, kami bertanya kepada tour guide, di manakah tempat menarik boleh bergambar. Menurutnya, nanti kalau sempat kita akan melalui kawasan Maidan Meadows.  Ada padang rumput di situ. Kami membayangkan dapat bergambar dengan beberapa ekor kambing biri-biri atau segerombolan di padang ragut!

Marilah ikut kami meneruskan perjalanan ke Naran. Tercapai atau tidak hasrat untuk melihat Maidan Meadows. Maklumlah hati teruja untuk melihat dengan mata sendiri sebab sudah study serba sedikit tentang kawasan ini. 

Sumber - Google
Maidan Meadows

Kiwai Waterfall Paras Bridge Side
Sumber - Google

Satu lagi, katanya kami akan bersiar-siar di Kiwai Waterfall Paras Bridge Side.



Berhenti di RNR

Malam mula menjelma. Tour guide kata tak sempat untuk melihat-lihat Maidan Meadows. Perjalanan perlu diteruskan kerana Naran masih jauh. Kami tanya berapa kilometer lagi? Jawabnya lebih kurang empat jam perjalanan!

Kiwai Waterfall Paras Bridge Side di waktu malam.

Di pertengahan jalan van berhenti seketika di Kiwai Waterfall Paras Bridge Side.


Sebenarnya malas hendak turun dari van sebab sudah malam, tapi alang-alang sudah sampai paksakan dirilah turun ke bawah.


Begini rupanya suasana AirTerjun Kiwai yang dapat dilihat dari tepi jalan. Ada gerai makanan dan tempat makan seperti kerusi meja diletakkan di atas air.


Apabila sentuh airnya, terasa sangat sejuk!



Sempat abadikan wajah yang sudah 'cair' di salah satu tempat duduk di sini. Kami teruskan perjalanan menuju ke tempat penginapan. Lewat pukul 10 malam waktu Pakistan kami tiba di Rockwood Hotel. Ketika ini di tempat kita sudah pukul 1 pagi.

Sekali lagi kami 'sahur' di hotel. 


Sudah sampai tempat penginapan mesti tunjuk senyum... ahaks! 
Benarlah, menurut tour leader, selepas bermalam di Hotel Ramada di Lahore, kami tak akan jumpa hotel mewah seperti itu lagi!


Walaupun rasa letih tetapi makan jugalah sedikit nasi buat alas perut.


Ambil juga sup. Masih panas, ada rasa masam-masam sedikit tetapi bukan rasa tom yam.


Ada roti nan panas, dan kuah kari ayam. Jamahlah juga.
Alhamdulillah. Kami sudah berada di Naran. Naran dikatakan sebagai sebuah destinasi pelancongan popular di Lembah Kaghan di daerah Mansehra yang terletak di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di Pakistan. Naran berada di atas ketinggian 2,409 meter dari bandar Mansehra. 

Bersama Encik Mudassir.


Suhu anggaran berdasarkan keberadaan peserta sepantang tour:
Islamabad : Min 24'C Max 38'C
Gilgit : Min 10'C Max 23'C
Hunza : Min -4'C Max 06'C

Jadi suhu di Naran... berapa 'C?


14 ulasan:

  1. Cantiknyer pemandangan di Maidan Meadows

    BalasPadam
    Balasan
    1. Padang ragut memang cantik kan Wak, lagilah di lereng gunung.

      Padam
  2. Mak aihhh jauh perjalanan tu. Dah menyinggah rasa rugi tak turun. Terpancar kelesuan masing masing. Alangkah syoknya kalau dapat menyinggah di Maidan Meadows tu. Dah terbayang bergambar di hamparan padang ragut dengan kambing bebiri. Mesti lawa! Tak ada rezeki nampaknya. Di Naran mesti lagi sejuk cuacanya kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat macamana. Redha sajalah. kadang-kadang tak semua yang dirancang menjadi kenyataan. Kalau masa tak cukup atau terlewat memanglah terpaksa skip satu-satu tempat. Begitulah kenyataannya. Naran memang sejuk.

      Padam
  3. Perjalanan yang lama buat akak dan kawan2 penat ye...sygnya x dapat singgah di Maidan Meadows tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SA.
      Seharian dalan van, membawa ke malam apa tidak penatnya kan... duduk saja pun penat hihihii.
      Memang sayang tak dapaat tengok Maidan Meadows.

      Padam
  4. Jauhhh perjalanan
    Seronok dpt tgk bumi org kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, seronok Cik Nur.
      Banyak benda di luar jangka kita boleh saksikan.

      Padam
  5. Cantiknya Maidan Meadows. Seronok baca trip Kak Amie. Moga kami sampai sana nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dapat singgah dan bergambar lagi cantikkan Mulan.
      Rezeki kamilah kiranya ni.
      In syaa Allah Mulan akan sampai ke sini.

      Padam
  6. Sejuknya di Hunza. Wahhh.. muka semua ada senyum walaupun penat.

    BalasPadam
  7. Ingatkan masa menjamu selera di restoren Kiwai Waterfall Paras Bridge Side tu kaki kena berada dalam air. Rupanya ada bangku kayu di situ untuk letak kaki.
    Kalau makan sambil berendam kaki mesti sejuk kaki tu.

    BalasPadam
  8. Sayang tak sempat ke Padang rumput itu. Cantiiik sangat padahal. Dan saya langsung ingat cerita anak zaman dahulu, Heidy. Bedanya itu di Swiss , ini di Pakistan. 😍😍.

    Restoran di atas airnya mengingatkan saya dengan waterfall restauran di villa Escudero San Pablo Phillipines. Hanya saja pas saya kesana, waterfallnya lebih tinggi walau buatan.

    BalasPadam
  9. ooo tu en mudassir tu yaaa
    yg tertinggal kat airport tu kannn
    hehehehe

    BalasPadam