Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi dengan mukadimah Sekadar Buka Tirai Jalan-Jalan Pakistan.
Sebenarnya jalan-jalan Pakistan ini sudah berlalu pada bulan September. Sayangnya HP buat hal. Mungkin terlalu banyak berisi gambar dan video, jadi asyik 'hang' sahaja. Jadi, terpaksalah 'memujuk' supaya dapatlah pindahkan gambar dari galeri ke laptop tetapi tidak boleh juga. Maka, kenalah bersabar kalau anginnya bagus, dapatlah keluarkan beberapa keping gambar untuk dijadikan entri.
Sebelum Covid-19 Amie suka bawa kamera untuk ambil gambar, tetapi sekarang lebih senang bawa HP saja. Selepas ini memang kenalah banyak belajar tentang ragam dan tingkah laku HP terutamanya yang jenis cap kapak seperti yang Amie gunakan ini.
Seperti biasa, gang kaki jalan kami melebarkan sayap pula ke Asia Selatan, hinggap di tanah Pakistan yang menduduki tangga keenam penduduk teramai di dunia dan negara kedua penduduk beragama Islam di dunia selepas Indonesia.
Kita cuci-cuci mata dahulu dengan beberapa keping gambar di bawah ini.
Bergambar atas bot di Attabad Lake, Gilgit-Baltistan, Pakistan. |
Menyambut Hari Malaysia 16 September 2024 di Lahore. |
Pertama kali jalan-jalan ke luar negara memakai baju kurung .... kurung Kedah! |
Sejuk-sejuk manja di Naran 11'C. |
Suhu panas di Lahore 40'C. |
Setakat ini belum sempat mengira berapa lama dalam perjalanan merentas gunung, melewati sungai dan jurang. Rasanya banyak situasi yang kami lalui sepanjang siang hingga ke malam. Hari pertama kami melewati sawah padi basmathi yang luas terbentang saujana mata memandang di kiri kanan jalan di Dataran Punjab.
Kemudian bermulalah pengembaraan yang luar dari kebiasaan. Mata lebih banyak tertumpu ke arah gunung-ganang menghijau di kiri kanan jalan. Selain itu, rasa kecut perut melalui selekoh-selekoh tajam, jalan raya sempit bersebelahan dengan jurang dan rasa sangat teruja pula apabila menyaksikan pemandangan air terjun mengalir jernih dari celah-celah batu di kaki gunung!
Tidak dapat digambarkan keindahannya kerana tidak dapat tangkap gambar disebabkan van yang kami naiki bergerak begitu pantas. Memang rasa ralat mengenangkan kumpulan kambing biri-biri bersama gembalanya, lembu yang sedang meragut rumput dan keldai yang sedang membawa bebanan tidak dapat diabadikan dalam bentuk rakaman gambar.
Pesanan tour guide, kami tidak dibenarkan merakam gambar perkampungan dan penduduk di sini terutamanya anak-anak perempuan. Tapi, curi-curi jugalah ambil. Apa gunanya jalan-jalan jauh tapi tidak bawa pulang kenangan dalam bentuk gambar.
Hari yang seterusnya kami melewati kawasan pergunungan yang tiada tumbuhan di atasnya. Kalau ada pun hanya lembah-lembah tertentu sahaja yang dihuni oleh nomad, terutamanya gembala kambing yang hidup berpindah-randah. Mereka mendirikan khemah untuk menjaga kambing. Sekiranya habis rumput atau makanan kambing, mereka akan berpindah dengan sekumpulan kambing yang diternak, dan kemudian mendirikan khemah di tempat yang lebih subur dengan rumput. Dan begitulah seterusnya.
Sesekali terlihat sekumpulan lembu atau kambing meragut rumput di kawasan pergunungan yang agak tinggi! Demi rumput, haiwan ternakan ini sanggup mendaki gunung.
Semakin lama, semakin banyaklah melihat gunung-ganang. Kalau kita ada puncak Gunung Kinabalu, di sini pemandangan gunung tidak terkira banyaknya! Kiri, kanan, depan dan belakang semuanya gunung. Ada banjaran gunung yang diselimuti salji. Ada gunung yang togel saja. Yang melucukan, kami sempat namakan puncak Gunung Daik bercabang tiga!
Kambing biri-biri. |
Ini antara gambar kambing biri-biri yang sedang digembala. Kebetulan sedang berjalan di atas jalan raya. Pada mulanya hairan juga kenapa ada tanda warna-warna di belakang kambing. Rupanya, untuk membezakan siapa empunya kambing supaya tidak tertukar kerana banyak pengembala kambing di sini! Banyak kali jugalah van kami berpapasan dengan lembu, kambing biri-biri dan keldai di atas jalan raya.
Epal Merah |
Di kawasan perkampungan, kelihatan pokok epal dengan buahnya yang lebat!
Buah Pear @ Pir |
Ini yang kami semua keliru! Pada mulanya kami sangka buah epal hijau tetapi rupanya buah pear!
Di Hunza, kami menapak turun ke Husaini Bridge, iaitu jambatan paling bahaya di dunia! Sebelum sampai ke Pakistan memang sudah berjanji dalam hati, tak perlulah melintas jambatan tersebut.
Boleh dipercayakah janji sambal belacan makcik satu ini! Lihat sajalah arus air warna kelabu di bawah jambatan, dengan jarak papan yang memerlukan langkah yang panjang! Kita ini sudahlah rendang, hendak melawan kaki orang Pakistan yang panjang-panjang itu untuk melintas jambatan sejauh 200 meter sampai ke seberang sanun?
Inilah gaya anak penoreh getah yang hatinya degil dan kepalanya keras seperti batu di Bukit Kelawar, di belakang Kampung Bukit Hijau itu! Agaknya dapat aura selepas pakai baju Pakistan yang dibeli sebelah malamnya di Karimabad Bazaar... ahaks! Dia lupa janji sambal belacannya itu!
Hmmm... kita tutup tirai kenangan ini dengan makan tengah hari di Haveli Restaurant di Lahore. Sepanjang perjalanan ini, salah satu menu yang buat Amie jatuh cinta sudah tentunya Chicken Karahi seperti gambar di bawah ini. Walaupun ada nasi dan roti, tapi Amie tak lepas peluang meratah beberapa ketul Chicken Karahi ini!
Nanti Amie hendak masak Chicken Karahi di dapur sendiri! Biasanya kalau di mana-mana lapangan terbang di luar negara, Amie suka cari buku resipi, tetapi kali ini tak jumpa pula kedai buku di Airport Lahore.
Chicken Karahi |
Sekian.
Setakat ini sahajalah dahulu cerita pembukaan jalan-jalan Pakistan.
Nanti kita sambung lagi dalam entri seterusnya.
Huuuuuu..... takpelah suspension bridge tu.... SUSPEN!
BalasPadamMemang suspen Uncle, sampai ke tidak ke hujung atau patah balik ke pangkal jambatan!
PadamHahahahaa kak amiiiie akhirnya tetep naik jembatannya ya kak 😄. Saya pun akan coba lah jalan di jembatan itu kalo kesana nanti
BalasPadamEh kenapa pula tak boleh foto perkampungan yaa? Dah macam saat saya ke Korea Utara, tak boleh foto sembarangan.
Pakistan ini dah masuk bucket list saya. Beberapa teman udh kesana, dan semuanya KSH foto2 fantastik lah. Cantiiiik sangat. Teman saya foto di jembatan itu juga, tp saat itu warna airnya biruuuu kak Amie. Cantiik betul.
Makanan di sana juga sedap katanya. 🤤
Itulah pesanan tour guide dan tour leader. Tidak boleh bergambar dengan anak-anak perempuan terutamanya. Terkejut juga apabila melalui kawasan perkampungan, tidak dibenarkan ambil gambar juga. Pakistan ini agak tertutup....
PadamBarangkali waktu kami sampai airnya agak surut, atau selepas hujan pada malamnya jadi warnanya jadi kelabu.
Betul, makanan di Pakistan memang Kak Amie bagi jempol!
Manis masing-masing berbaju kurung di negara orang.
BalasPadameeii.. ngeri pula rasanya nengok Hussaini Bridge tu huhu
Alhamdulillah. Kami individu glokal, walaupun berada di negara orang tetap bawa identiti negara sendiri hihihiii... sehari itu jew pakai baju kurung.
PadamSaya pun waktu melangkah pijak papan satu demi satu tak berani alihkan tangan dari pemegang dan pernah toleh ke belakang walaupunada kawan yang memanggil.
kalau nieyl kan..mahu menangis nak melangkah jambatan tu ish..xmola takuttt
BalasPadamSetelah sebelah kaki mula melangkah ke hadapan, saya terus fokus tetapkan perhatian ke hadapan.
PadamEntri pembukaan yang mengujakan ni kak 😃
BalasPadamTerima kasih Ujie.
PadamRupanya di Pakistan banyak gunung-gunung begitu ya Mbak. Kalau suhu di Lahore mencapai 40 derajat, apa keseluruhan daerah Pakistan itu panas, termasuk di daerah pegunungannya juga?
BalasPadamSaya lihat foto suspension bridge nya, injakan kakinya jarang-jarang begitu ya Mbak. Seram melangkah disana...
Salam.
Gerakan kami ini memakan jarak beribu kilometer Pak.
PadamDari Kuala Lumpur kami mendarat di Lahore yang mencapai suhu ketika itu 40'C.
Kemudian teruskan kembara melintasi gunung-ganang siang membawa ke malam. Di Naran kami tiba pada waktu malam dan suhu mencapai 7'C. Ada di satu tempat persinggahan, kami merasa hujan salji di tengah hari.
bila tengok gambar-gambar Amie teringat filem Salman Khan dengan Muni tu panjang nau nak taip tajuknya hehe :)
BalasPadamSebahagian penggambaran filem Salman Khan rasanya di Kashmir dan sempadan Pakistan. Sewaktu kami melintasi gunung-ganang tour guide kami ada beritahu sempadan jalan masuk ke Kashmir.
PadamManisnya berbaju kurung... Feel tu lain kalau berbusana kebangsaan di luar negara kan...
BalasPadamCantiknya Pakistan! Sy pun rasa teruja juga nak cross suspension bridge tu ðŸ¤
Itulah baju kurung yang jadi pilihan, tidak terlalu berat dan tak perlu disterika.
PadamMemang kena fokus sewaktu melintasi jambatan tu. Ramai yang terpaksa patah balik ke pangkal jambatan sebab rasa gayat.
Cantik baju kurung kedah akak tu... corak dia cantik. Uih cantik sungguh semua gambar tu kak sekali dengan makanan tu. Sekali dengan biri-biri tu, dengan buah epal tu... tak sabar nk tunggu sambungan
BalasPadamLain kali memang nak bawa sepasang baju kurung kalau travel ke luar negara.
Padammemang teruja tengok kumpulan biri-biri dan buah epal tu.
Wahh tahu tahu ke Pakistan sudah. Rasanya sekarang kena ada camera kembali untuk jalan-jalan. Suka tengok permandangan di Pakistan ni. Alam semulajadi yang cantik. Alamak, seram tengok jambatan tu. Macam pernah nampak team rarecation pergi tapi tak sure sini ke tempat lain. Risau je jatuh tapi kalau tak berani kan dia rasa teringin pulak kan. Dalam dilema betul.
BalasPadamYa, kena rajin bawa kamera DSLR sebab banyak gambar pecah apabila gunakan HP cap kapak Kak Amie ni. Sayang sungguh tak dapat zoom suasana pergunungan yang cantik.
PadamBestnya trip ni Kak Amie. Cantik nya Pakistan. Jambatan tu, nak jugak try nanti. Moga ada rezeki ke sana .
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamAllah izinkan jalan-jalan melihat gunung-ganang berbanjar-banjar.
In syaa Allah Mulan akan sampai sini, boleh try lintas Hussaini Bridge sampai ke hujung.
Mmg seram la nmpknya jambatan tu kak.. tapi dah sampai rugi pulak tak naik kan?
BalasPadamBetul Mira.
PadamMulanya memang tak mahu menyeberang tapi bila dah sampai ke situ gatal pula kaki hendak melangkah.
sama lah kak. sblm ni rajin mengusung kamera. last2 pakai hp jg. bkn sbb berat. tp nak transfer nk edit etc buat sy jd malas🤣🤣🤣
BalasPadampuas mata ya menjamu gunung ganang indah kat sana...
kat dlm.sg tu ada apa?
Tapi lain kali saya nak bawa kamera juga. Rugi rasanya tengok pemandangan cantik tidak dapat diabadikan dengan sempurna hehehee...
PadamDalam sungai tu tak ada apa... ada air jew tapi waktu tu keruh warnanya.
Tak boleh ambik gambar bdk2 perempuan dia Amie? pelik gak tu. tp tak pe la ye. ikut je la supaya mudah semuanya kan. air keruh tu dan deras kan arusnya. kalau yg biru tu mmg best tgk.
BalasPadamYa, tak boleh ambil gambar anak-anak perempuan dan juga perkampungan di lembah. Agaknya memang begitulah peraturannya. Kita ikut sahajalah arahan kan.
PadamRezeki kami jumpa air keruh...mungkin selepas hujan di waktu malam kot.
Saya nampak kambing biri-biri tu dah rupa kuih pau, Kak Amie. Pink maksudnya inti kari daging kambing, hehehe.
BalasPadamHahaaaa.... Jauh imaginasi SK.
PadamSuspens plak SA tengok Suspension Bridge tu Kak..
BalasPadamYa SA.
PadamJambatan paling bahaya di dunia.