Pages

Khamis, 24 Oktober 2024

Ayam Masak Kicap Permintaan Firdaus

Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi sewaktu hantar Firdaus ke sekolah agama, budak kecil itu sempat berpesan: Petang nanti Mommy masak ayam kicap ya. Jangan lupa masukkan kentang. Kuahnya jangan cair.

Macam orang tua-tua saja pesanannya!
Tak boleh masak kering sangat, sebab dia akan cari kuahnya juga.
Pukul 5:40 petang, siaplah hidangan makan malam kami. 5:50 petang, Firdaus dan Encik Suami sampai ke rumah dan kami makan bersama.
Oleh sebab dapat lauk kegemarannya, menambahkan nasi dua kali dalam pinggan budak kecil ini.

Ayam Masak Kicap


Klik : Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap permintaan Firdaus ini Amie masak campak-campak saja. 
Biasanya kalau masak kicap, Amie akan ikut resipi Bonda. Masakan orang lama ini ada kelainannya. Tidak perlu gunakan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah dan tidak ditambah dengan pelbagai sos lain seperti sos tiram. Lebihkan lada hitam, dan keringkan sedikit kuahnya seperti dalam gambar di atas. Amie kongsikan resipi Ayam Masak Kicap Bonda kita di bawah ini:

Bahan-bahan:
  • 1 kg ayam - potong menjadi 10 bahagian - perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - ketepikan
  • 4 biji kentang - kupas kulit dan potong wedges
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 1 biji cili merah - belah dua dan buang biji
  • 1 biji cili hijau - belah dua dan buang biji
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu kecil lada putih - gunakan lada hitam pun boleh
  • rempah 4 sekawan - 3 cm kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga dan 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 cawan air
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 cm halia
Cara:
  1. Goreng ayam yang diperap sehingga masak. Toskan.
  2. Goreng kentang sehingga masak - kuning keemasan. Toskan.
  3. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas goreng ayam dan kentang tadi di dalam kuali.
  4. Tumis bahan tumbuk / kisar hingga wangi dan kemudian masukkan rempah 4 sekawan.
  5. Masukkan ayam goreng dan gaul rata. Tuangkan kicap manis dan kicap pekat, lada putih/ hitam serta air dan biarkan kuahnya mendidih.
  6. Untuk menyempurnakan rasa, tambah dengan garam / gula / perasa pilihan.
  7. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Gaul rata beberapa kali dan padamkan api dapur.
Hidangan Tengah Hari / Malam

Betik

Bunga Betik (Kembang Kates) & Pucuk Masak Tumis Pedas

Encik Suami suka sayur yang pahit. Kelmarin sudah masak sayur peria. Hari ini masak bunga dan pucuk betik pula. Amie bias sebut bunga betik. Perkataan kembang kates itu sebenarnya ikut sebutan Melayu Cocos, keluarga sebelah Encik Suami.

Ikan Bolu Goreng

Kalau ada ikan bolu @ bangos @ bandeng, Amie suka masak kuning atau masak singgang tetapi Encik Suami lebih suka digoreng atau dipanggang. Amie gorengkan sahajalah.

Lada Mak Inang (siap tuang dari botol) tambah limau kasturi.

Nasi

Bismillah.



19 ulasan:

  1. Mintak2 pulak Daus ni... Meh uncle ajar dia masak.... (macam la uncle pandai masak)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maklumlah .... Dia sorang jew yang nak dilayan.

      Padam
  2. Arwah nenek panggil masak semur.
    Saya pun suka style masak gini... terasa rempahnya.

    BalasPadam
  3. Kelakar pulak, dapat bayangkan cara Daus memesan pd mommy.

    BalasPadam
  4. seminggu ni PZ 2 kali buat masak kicap, ayam ngan telur mata

    BalasPadam
  5. Ayam masak kicap mmg wajib seminggu at least sekali sbb kalau masak mmg cepat habis dan licin jer anak2 makan.. :D

    BalasPadam
  6. ayam masak kicap ni mmg best kalau ada kentang byk2

    BalasPadam
  7. Kecap manis dan kecap pekat itu bedanya apa ya kak? Kalo pake rempah sekawan ini mirip resep mama saya juga berarti . Kalo yg ala Jawa, ga ada rempah2 😄. Memang lebih simple

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kicap manis ada rasa manis. Kicap pekat kurang rasa, hanya untuk warna lebih gelap. Kena tambah perasa waktu masak. Masakan orang kampung kami ada rempah lima sekawan.

      Padam
  8. Kecap manis dan kecap pekat itu bedanya apa ya kak? Kalo pake rempah sekawan ini mirip resep mama saya juga berarti . Kalo yg ala Jawa, ga ada rempah2 😄. Memang lebih simple

    BalasPadam