Bismillahirrahmanirrahim.
Kita cadang hendak olah ikan kering kurau masak lemak dengan labu kuning. Wak Niah pula sudah petik bunga dan pucuk betik. Masaklah kedua-duanya. Ikannya pula, kita pilih dua jenis iaitu ikan terubuk dan ikan tilapia. Kita bungkus ikan terubuk dengan daun pisang dan panggang dalam kuali. Ikan tilapia hitam pula kita goreng saja dengan sirip dan ekornya sekali. Kalau goreng garing, bolehlah ratah ekornya!
|
Ikan Terubuk Panggang |
|
Ikan Tilapia Goreng |
|
Ikan Kering Kurau Masak Lemak dengan Labu Kuning |
|
Bunga dan Pucuk Betik Tumis |
Encik Suami bantu buatkan kicap dengan hirisan cili padi. Bolehlah cecah dengan ikan terubuk panggang.
|
Tempe & Tauhu Goreng Tepung Berempah |
Kita goreng tempe dan tauhu salut tepung tambah rempah jintan manis dan ketumbar tumbuk yang Wak Niah sediakan. Suka betul Firdaus makan. Sebelah petangnya kita goreng lagi tempe dan tauhu salut tepung. Memang sedaplah adunan tepung berempah yang Wak Niah buat.
Sudah siap masak, tiba-tiba adik ipar datang hantar lauk terung masak sambal dengan ikan tilapia merah goreng. Kata Bonda, memang setiap hari adik ipar hantar lauk untuk Bonda. Alhamdulillah. Moga Allah kurniakan rezeki yang berlipat ganda untuk adik ipar.
|
Terung Masak Sambal |
|
Ikan Tilapia Merah Goreng |
Saya jadi lapar mengunjungi tulisan ini. Mantap. Semoga sehat selalu ya.
BalasPadamSuka lauk-lauk gini. Asbab menambah-nambah makannya lagi-lagi makan bersama keluarga tercinta.
BalasPadamFuhh menu kecur air liur nii . Ikan terubuk bakar, ulam pucuk bunga betik ..cicah dengan sambal kicap ti pun dah menyelerakan
BalasPadamMaka bertemulah talapia hitam & talapia merah di rumah Bonda :D
BalasPadamSedap betul lauk² semuanya...
sedap semuanya kak, paling spesial ada terubuk bakar tu...
BalasPadamsaya dulu cukup tak suka bunga dan pucuk betik,tapi sekarang tercari2 pula dah jadi fav
BalasPadamSedapnya ikan terubuk bakar..cuma tulang banyak la ikan ni..jadi focus masa nak makan..selalu SA buat masak kari, cari yang besar2 skit..
BalasPadamAsyik sekali cicah terubuk panggang dengan kicap sambil memilih tulang-tulangnya, hihi.
BalasPadamUish! Hati2 tulang banyak!
BalasPadammengait selera menunya walau sederhana
BalasPadamAduhaii...lauk begini buat berselera makan Kak Amie. Lauk itu sedap, lauk ini sedap. Semua nak ditambah dalam pinggan.
BalasPadamSaya kalo lihat ikan goreng kering begini sukaaaa sangat. Apalagi kalo bagian ekor kering. Sedaaap dikunyah kak 😍😍. Selama ini tak pernah bikin ikan goreng, Krn saya takut keciprat minyak 🤣🤣🤣. JD kalo nak ikan goreng, beli tempat langganan. 😅
BalasPadamSedapnya menu-menu ni semua.. alhamdulillah begitulah jika hidup dikelilingi ahli keluarga.. murah rezeki pemberi dan penerima
BalasPadam