Pages

Ahad, 8 September 2024

Jalan-Jalan Cari Kuih, Buah dan Ikan di Pasar Minggu Sungai Buluh, Jeram

Bismillahirrahmanirrahim.

Seronok sungguhlah dapat balik kampung dan sempat pula jalan-jalan ke pasar minggu di Sungai Buluh, Jeram. Penuh bonet kereta dan bahagian tempat duduk dalam dengan pelbagai jenis anak benih pokok sampai Firdaus terpaksa duduk di celah-celahnya. Apa tidaknya, kami borong enam pokok anak benih kelapa matag yang sudah berdaun. Tak cukup pokok kelapa, borong sekali pokok petai, pokok limau bali, pokok belimbing besi, pokok cempedak durian, pokok limau kasturi dan entah apa lagi. Tak ingat dah sebab cerita bulan Mei lalu, dah basi! Harapnya, tumbuh suburlah semua pokok yang ditanam. Mana tahu, ada rezeki waktu pencen nanti semuanya sudah mengeluarkan buah.

Untuk Bonda, kita belikan banyak jenis kuih talam. Bonda sudah tidak kuat mengunyah, jadi kuih-muih yang lembik lembut memang sesuailah untuknya. Memang banyaklah yang dibeli tapi bukan Bonda seorang yang makan. Nanti datanglah cucu cicit Bonda dari rumah depan dan sebelah belakang. Kita pun sudah sediakan siap-siap buah-buahan untuk dimakan sama.

Pelbagai jenis kuih talam dibeli di Pasar Minggu Sungai Buluh, Jeram.





Beli juga buah mangga dan rambutan.


Buah laici ini walaupun kulitnya hijau tapi rasanya sangat manis!


Mengenangkan harga buah-buahan di LD berlipat kali ganda mahalnya, maka Encik Suami pun lepaskan perasaan beli macam-macam buah di pasar! Balik LD nanti terkenang-kenang pula.


Geram melihat banyak ikan, jadi belilah ikan bawal emas, ikan tilapia hitam, ikan siakap, ikan terubuk dan ikan rohu.


Dah nampak banyak ikan begini, agakanya mana satu yang hendak dimasak dulu?

15 ulasan:

  1. Saya kalo buah2an, memang lah tak kuat godaan 😍😍😍😍. Sukaaa sangat. Apalagi kalo rasanya manis ❤️❤️.

    Bonda pasti senang dibawakan kue2 talam begini 😍. Menarik bentuk dan warnanya kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna-warni buah turut menggoda. Sebab harganya jauh lebih murah berbanding di LD, seronoklah membeli banyak untuk makan bersama keluarga dan cucu cicit Bonda saya yang rajin datang bertandang.

      Padam
  2. Menggoda betul kuih2 talam tu.
    Sedapnya kuih kole kacang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Itulah, tamak betul. Kalau boleh nak borong semua hihihi.

      Padam
  3. Bauh laici .. CCL belum lernah jumpa lagi di pasar yang ada jual buah laici ni .. nak makam selalu beli dalam tin tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak saya jumpa buah laici di pasar malam di kampung saya dan juga pasar minggu.

      Padam
  4. Bila sesekali memborong memacam buah dan kuih muih ada ye kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kalau duduk jauh, lain negeri lain budayanya. Sesekali balik kampung terus balas dendam.

      Padam
  5. harga ikan di Malaya mesti mahal sikit kan kak berbanding di LD

    BalasPadam
  6. Bergantung jenis ikan. Yang kami beli jauh lebih murah harganya berbanding harga di LD. Ikan siakap di LD RM20+++ sekilogram tapi tak sampai RM10++ di Sungai Buluh, Jeram. Sama dengan ikan bawal emas, di LD RM25+++ sekilogram. Jumpa di Sungai Buluh jauh lebih murah. Dalam RM10-11 begitu. Ikan terubuk memang tak jumpa di Sabah. Ikan tilapia pun jarang jumpa di LD. Mungkin di Sungai Buluh, Jeram harga ikan lebih murah dari tempat lain.

    BalasPadam
  7. SA kalau berpeluang ke pasar minggu memang macam- macam buah SA beli...ikan- ikan tu semua segar betul ye kak

    BalasPadam
  8. Seronoknya membeli belah hasil kebun dan hasil nelayan tu, kak Amie. Dulu2 sy pun suka belikan kuih2 talam utk ibu sebab lembut utk dikunyah.

    BalasPadam
  9. Tudiaaa borong macam-macam jenis pokok. Semoga tumbuh subur dan berhasil hendaknya nanti. Aamiin...

    Nampak banyak jenis buah-buahan memang rasa geram nak membelinya kan Kak Amie. Banyak hasil belian ikan tu. Memang peninglah mana satu nak masak dulu. hihi...

    BalasPadam
  10. Saya kalau pergi pasar pagi kat kampung memang seronok kalau dapat buah-buahan dan murah dan kuih muih yang macam-macam. Tak cukup tangan memborong.

    BalasPadam
  11. Wahhhh beli kat mana banyak2 anak pokok tuh. Macam menggoda je. Ikan-ikannya nampak segar banget

    BalasPadam