Pages

Jumaat, 16 Ogos 2024

Tunggu Nasi Goreng Hampir Satu Jam Tak Sampai-Sampai!

Bismillahirrahmanirrahim.
Tak sangka pula Kota Bharu menghadapi kesesakan jalan raya. Ditambah pula hujan yang turun tidak berhenti. Eloklah cari makan di restoran dalam hotel saja. Tidak perlu keluarkan kereta dari tempat letaknya, dan tidak buang masa menghadapi kesesakan jalan raya untuk keluar cari makan.

Pukul 4:31 kami sudah berada di restoran. Untuk menulis entri mudah sahaja merujuk masa, sebab semua maklumat tertera di dalam galeri sewaktu kita tangkap gambar. Kami harapkan dapatlah melayan perut yang semakin lapar! Perjalanan panjang dari Baling ke Kota Bharu bukan memakan masa yang sedikit!



Ketika ini pelanggan pun tidak ramai.


Baru saja duduk di kerusi, datang seorang pelayan restoran untuk mengambil pesanan. Masing-masing memilih minumana dan makanan. Firdaus memilih pizza. Amie memilih mi kari dan Encik Suami memesan nasi goreng. Di hati memuji-muji kepantasan pelayan restoran membuat kerja.


Sementara menunggu makanan dan minuman tiba di meja, ambil dahulu sekeping dua gambar di sini.








Ini minuman yang Amie pesan. Datang ke meja pada pukul 4:39 petang. Tidak ingat namanya sebab tulisan pada resit sudah kabur. Maklumlah cerita sudah berlalu lebih lima bulan lalu. 


Ini minuman Firdaus. Dia suka minuman warna hijau-hijau. Pun tak ingat apa namanya.


Ini teh tarik, minuman Encik Suami.


Jomlah minum dulu sementara menunggu makanan sampai.


Macam rasa bosan pula menunggu makanan yang tak muncul. Firdaus sudah mula usik minuman kita. 
Pukul 5:04 minit sampailah pesanan yang pertama iaitu Mi Kari. Tak ingat apa nama penuhnya.


Walaupun Mi Kari sudah sampai, tapi kami rasa gelisah sebab dua lagi makanan yang dipesan belum ada khabarnya.


Tak sedaplah makan Mi Kari yang sudah sejuk. Jadi Amie pun makanlah dulu sikit-sikit. Kuahnya cukup rasa, aksesorinya pun banyak. 

Lima minit kemudian, datang pula pizza untuk Firdaus. Sewaktu pelayan restoran hantar pizza, Encik Suami tanya : Lama lagikah nasi goreng yang dipesan? Pelayan restoran jawab : Sedang dimasak.


Firdaus sudah tidak sabar hendak makan pizza. Encik suami pun ikut makan sama. Sedap makan pizza yang masih panas.


Nasi goreng tidak juga sampai!


Firdaus bantu makan Mi Kari sampai habis. Nasi Goreng tidak juga sampai. Agaknya Encik Suami sudah rasa kembang kempis! Kita pun sudah mula rasa geram sebab memesan dari pukul 4:32 petang dan sekarang sudah pukul 5:25 petang, masih juga tidak nampak sebutir nasi goreng di atas meja!

Air muka Encik Suami sudah lain macam! Akhirnya Encik Suami putuskan untuk ke kaunter. Sampai di kaunter, apabila ditanya pekerja di situ jawabnya: Kami tak cukup tukang masak!

Huh! Apa perasan pelanggan ye kalau itu jawapan yang diberi?
Hampir satu jam menunggu, rupanya dibohongi pelayan restoran yang mengatakan nasi goreng sedang dimasak!

Encik Suami masih menahan sabar dengan berkata : Saya batalkan sajalah pesanan nasi goreng.

Petugas kaunter senyum-senyum sahaja sambil menyiapkan resit. 

Dalam hati, kita menyumpah sambil memujuk rasa supaya bersabar jangan sampai terkeluar perkataan yang kurang senonoh. Syukurlah Encik Suami tidak memaki atau menyumpah seranah di kaunter!

Masih boleh dibaca waktu resit dikeluarkan pada pukul 17:27 petang.

Harga keseluruhan antara RM107.00 atau RM127.00. Maklum tulisan sudah kabur. Harganya memang tak ingat tapi sakit hati itu masih terasa! Jangan selalu menilai nampak dari luar semuanya cantik, di dalamnya juga menarik!

16 ulasan:

  1. Kembang kempis tu mesti tahan marah kan, sy pun ikut geram membacanya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun naik seram juga tengok air muka Encik Suami dah berubah. Kalau warna kulitnya cerah sudah tentu nampak merah padamnya kan SK. Sib baik gelap.

      Padam
  2. aduhai lama btul tu tgu nasi goreng..tp bila tany jwpan sebegitu bikin angin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabo ajelah kan Mama Tisya. Kita yang melihat pun berangin, apalagi orang yang menunggu lagi berganda masuk anginnya hihihii.

      Padam
  3. Ya Allah…saya yang baca ni pun ikut rasa geram!
    Dahlah pelayan menipu cakap sedang dimasak, lepas tu cashier senyum-senyum tanpa sebarang rasa kesal. Kalau terlepas kata pun memang wajar. Tapi takpelah, pasti ada hikmahnya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Ujie.... dalam banyak-banyak tempat makan yang pernah kita singgah, ada jew satu dua tempat yang tak jaga kualiti layanan.

      Padam
  4. saya boleh jadi mengamuk juga kalau lambat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun risau juga kalau tiba-tiba Encik Suami mengamuk.... dekat satu jam menunggu kan.

      Padam
  5. memalukan org Kelate je staff restoran tu. dah la mahal harga makanannya! Service is out!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat lain selain Kelantan pun ada juga beberapa kali kami dilayan begini. Keseluruhannya jalan-jalan ke Kelantan ok jew, cuma di hotel ini sajalah nak jadi cerita begini.

      Padam
  6. Alamak.. hotel 5 star tu.
    Alasannya buat sakit hati.

    BalasPadam
  7. Kalo suami saya dah minta panggilkan manager 🤣🤣🤣. Dia paling anti Ama hal2 begini. Apalagi ini hotel bintang 5. Kalo ini hotel berbintang rendah, dia bisa maafkan, tp bintang 5 kita expect service mereka akan jauuuh LBH bagus dan sigap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul dik. Boleh jadi gaduh.
      Semoga pelanggan lain tidaklah dilayan seperti begini.

      Padam
  8. Kalau SA memang dah marah dah tu Kak Amie..lama sanagt tu menunggu...

    BalasPadam
  9. Yang membaca pun turut sama rasa geram sebb menurut kak amie pelanggan tak ramai. Setakat nasi goreng tu alahaiiiii, bukan kene pergi sembelih ayam dulu pun. Ke mereka tak masak nasi lagi?

    BalasPadam