Bismillahirrahmanirrahim.
Abang Fauzan yang 'ambil' kami di simpang Kubur Beris Besar untuk sampai ke rumahnya berpesan kepada kami sebelum kami tinggalkan rumahnya: Esok pagi, pergilah sarapan di Ayang Cafe. Boleh jalan kaki saja dari Hotel Renai.
Tentu ada sesuatu yang menarik di Ayang Cafe apabila ada pesanan begitu. Keesokan paginya seawal pukul 7:30 kami sudah daftar keluar hotel. Berpandukan WAZE, Encik Suami memandu arah ke Ayang Cafe yang terletak di 4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, Kota Bharu, Kelantan Beberapa minit sahaja sudah sampai ke tempat yang dimaksudkan Abang Fauzan.
Encik Suami berhentikan kereta berhampiran masjid. nampaknya banyak kereta sudah bersusun di kiri kanan jalan menuju ke Ayang Cafe.
Nun di sana, Ayang Cafe dengan pengenalan warna merah jambunya!
Ayang Cafe @ Cafe Kasih Sayang
Warna merah jambu bukan sahaja di bahagian luar kafe tetapi kerusi dan besen pun warna sama! Terasalah seperti orang muda apabila masuk ke sini.
Tuan punya Ayang Cafe (wanita berdiri berbaju merah jambu apron biru) sedang sibuk melayan pelanggan.
Marilah cepat-cepat cari tempat duduk. Dengarnya walaupun tempat makan ini luas tetapi selalu sesak sebab ramai pelanggan!
Wow! Kicapnya pun kicap kayangan bah! Kicap Habhals @ Cap Kipas Udang. |
Ayang Cafe memang sangat mesra pelanggan. Pelayan kafe sangat pantas melayan pelanggan. Sebahagian makanan boleh dipilih dan diambil sendiri dan sebahagian lagi perlu dipesan seperti roti dan minuman.
Firdaus memesan teh ais dan Encik Suami serta Amie sendiri memesan kopi.
Dua cawan kopi panas. |
Kuih Lompat Tikam. |
Sedapnya dapat menikmati kuih manis di pagi hari.
Encik Suami makan nasi kerabu.
Roti Kasih |
Firdaus tidak mahu rugi! Dalam banyak-banyak jenis roti dia hendak makan Roti Kasih dan Roti Sayang! Dua-dua dia pulun habis.
Roti Sayang |
Sarapanlah dengan penuh kasih sayang!
Selepas sarapan barulah sempat ambil gambar makanan di bahagian hadapan. Sewaktu kami sampai memang ruangan ini penuh dengan pelanggan. Sekarang agak lengang, bolehlah rakam makanan yang ada di sini.
Macam-macam ada. Ada laksa, kuih-muih tradisional, pencuci mulut dan pelbagai jenis nasi bungkus.
Banyak sungguhlah jenis nasi yang dijual. Ada Nasi Tumpang, Nasi Kerabu, Nasi dagang, Nasi Kapit dan lain-lain.
Ada rezeki datang lagi ke Kota Bharu memang hendak singgah di sini lagi. Rugilah tak cuba macam-macam jenis makanan yang ada.
Oh, terlupa!
Harga makanan kami hanya RM20.00 sahaja.
Eh, betulkan serendah itu jumlahnya?
Tapi yang kira semua harga makanan di depan meja kami ialah tuan punya Ayang Cafe dan ditulis harga RM20.00!
Harga makanan kami hanya RM20.00 sahaja.
Eh, betulkan serendah itu jumlahnya?
Tapi yang kira semua harga makanan di depan meja kami ialah tuan punya Ayang Cafe dan ditulis harga RM20.00!
Allahu Akbar! Minta halal dunia akhirat kalau terkurang atau tersilap kira.
Moga tambah rezeki Ayang Cafe, tuan punya kafe dan semua pekerja di situ.
Wahhh serba pink! Macam pernah nampak restoran ni dalam sebuah rancangan TV ke Youtube entah. Banyak betul pilihan makanan yang ada. Memang patut pun jadi pilihan ramai dan patut singgah makan sini. Harga pun murah tu.
BalasPadamMakanan banyak pilihan, orang pun ramai yang datang.
PadamMemang murah sangat Fizah. Moga tambah rezeki Ayang Cafe.
Wow so pinkish ! Penuh perut Firdaus dilimpahi Kasih & Sayang 😁
BalasPadamMurahnya harga makanan di sini... Banyak pilihan & harga murah pasti sentiasa kena serbu
Puas hati sarapan di sini. Kenyang perut kami.
PadamPatutlah kami dipesan oleh abang Fauzan kena datang awal pagi. Mungkin kalau lewat sikit, banyak makanan habis sebab ramai sangat pelanggan.
Seronok tengok, warna pink di sana sini..
BalasPadamApabila berada di tengah-tengah warna pink, terasa seperti jadi orang muda hihihiii.
PadamWarna pink tu sweet je.
BalasPadamSukalah tengok nasi-nasi yang dah siap bungkus camtu. Kalau boleh nak rasa semua.
Banyak jenis nasinya. Sampai susah nak pilih mana satu. Semua hendak dirasa.
PadamSaya dah tebak owner-nya pasti wanita melihat pinkish macam nih 🤣🤣. Aisssh murahnya ya kak Amie 😍😍😍. Baik hati sangat owner kedai ini
BalasPadamYa, ownernya perempuan. Memang sangat bermurah hati dengan konsep kasih sayangnya. Moga berlipat ganda rezekinya danh bussinessnya tambah maju.
PadamBolehlah masukkan ke dalam wishlist sekianya SA berkunjung ke Kota Bharu nanti...menarik Aayang Cafe ni..warna pink semuanya..mesti pernah viral ni
BalasPadammemang harga kasih sayang betul dia bagi..murah sangat-sangat.
BalasPadamkalau di KL nasi kerabu je dah RM7-8 bergantung pada lokasi.
owner tu mmg pink lover sangat ni. mesti masa kecik dia suka juga pada pink panther ahakss