Bismillahirrahmanirrahim.
Ketibaan kami di Hotel Renai masih diiringi dengan titisan hujan dari Simpang Bendang Nyior. Setelah daftar masuk hotel kami terus ke bilik dan menunaikan solat jamak takhir zohor dan asar. Kemudian kami turun semula ke lobi dan menuju ke restoran. Rasa lapar sudah tidak boleh dilayan lama-lama.
Hotel Renai ini terletak di Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan. Kedudukannya hanya sembilan kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail. Menurut Pak Google, inilah satu-satunya hotel di Kelantan yang dibuat mengikut spesifikasi hotel lima bintang baik dari segi kemudahan fasiliti dan reka bentuk dalamannya. Dengan lokasinya yang terletak betul-betul di Jalan Utama di dalam bandar Kota Bharu, Hotel Renai merupakan pilihan tepat untuk semua kerana segala-galanya ada di sini. Kata Pak Google laaa.....
Kedudukan Hotel Renai di tengah Kota Bharu - Google |
Sumber - Google |
Hotel ini memang lengkap disediakan dengan pelbagai kemudahan, tapi tidaklah sempat kita memanfaatkan penggunaan sepenuhnya. Hanya sekadar untuk melepaskan lelah dan tidur sahaja. Terima kasih Abang farid kerana tempahkan kami Hotel Renai.
Sumber - Google |
Ruang lobi Hotel Renai kelihatan luas dan sangat selesa.
Jom masuk lift.
Wau, dijadikan hiasan dinding hotel.
Inilah bilik penginapan kami. Harga yang diberikan Booking.com RM247.44 tanpa sarapan.
Kalau tidak kerana memikirkan perut yang lapar, memang hendak tidur saja. Sudahlah di luar masih huja, suhunya pun sejuk-sejuk manja yang sangat nyaman. Memang sesuai sangatlah memerap saja dalam bilik.
Bilik airnya pun luas dan bersih walaupun fesyen lama.
Tangga menuju ke Kafe Palm Terrace. |
Petang itu kami turun ke Kafe Palm Terrace untuk mencari alas perut. Maklumlah hanya sarapan di Baling sekitar pukul sembilan pagi. Sekarang sudah pukul empat petang. Perut pun semakin rancak bergendang.
betul2 pusing semenanjung ni Amie
BalasPadamPusing 180' sahaja hihihii.
Padamcantik betul hotelnya kak.... nama jalan sama dengan nama jalan di KL ni
BalasPadamYa, hotel besar di tengah-tengah Kota Bharu.
PadamNampak cantik juga hotelnya ni.
BalasPadamYa, besar dan luas kawasannya.
Padampd thn lps sek sy buat jamuan akhir tahun guru n AKP di hotel renai ini la. dulu namanya Grand Renaissance.
BalasPadamSelesa buat jamuan akhir tahun guru di sini. Luas dan lapang tempatnya.
PadamPerut lapar memang tak boleh dilayan, terus hilang mood nak berjalan nanti. Hotelnya cantik. Bilik bersih cuma perabot masih lama. Firdaus dan bantal busuk berpisah tiada..
BalasPadamYa, old school tapi kelebihannya saiznya besar.
Padamsonoknya Daus ronda kelantan pulak ya
BalasPadamFirdaus sudah kaki jalan macam Mommynya hihihihi.
PadamTak silap dulu namanya Renaissance, maafkan sy jika salah. Pernah menginap sekali di sini masa ke KB.
BalasPadamYa, dulu namanya Ranaissance. Kiranya saya ikut jejak SK lah bermalam di sini.
Padamkalau outstation KB, mmg stay sini...best dlm bilik ada bathtub tu
BalasPadamSelesa sangat menginap di sini kan.
PadamWaaah cantiiiiik hotelnya kak Amie 😍😍😍. Kalo lihat dari foto Gugel nampak nya ini bangunan tertinggi di sana yaaa. Saya catat lah, kalo ke Kelantan.
BalasPadamYa dik. Kelantan tidak banyak bangunan tinggi. Dari bilik hotel boleh melihat suasana sekitarnya.
PadamMenarik hotel Renai ni...laa xde sarapan kak amie...boleh cari kat luar nanti kan...lebih banyak pilihan
BalasPadam