Pages

Jumaat, 9 Ogos 2024

Fuad Perkenalkan Briyani Nasi Milani di Restoran Kapitan Bayan Lepas

Bismillahirrahmanirrahim.

Tepat pukul tujuh malam Fuad sampai di Spices Hotel. Seterusnya Fuad memandu kereta yang kami sewa dari KLIA1 dan bawa kami makan di Restoran Kapitan di Bayan Lepas. Kata Fuad, dia mahu kami cuba Nasi Milani. Bunyinya seperti Milano, ala-ala Milano Itali pula. Tapi, eh Milani!

Restoran Kapitan pilihan Fuad letaknya di Bayan Bay Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas. Ketika kami sampai, ruangan makan agak sesak dipenuhi pelanggan. Kami dapat duduk di bahagian hujung restoran bersebelahan dengan jalan. Walaupun ramai pelanggan tetapi kami tidak menunggu lama untuk memesan makanan. Beberapa minit kemudian sampailah semua minuman yang dipesan dengan diikuti menu pilihan masing-masing.

Briyani Nasi Milani



Ada pelbagai menu milani yang ada di sini. Mungkin Fuad sudah banyak kali makan Nasi Milani. Jadi dia cadangkan kami makan Milani Briyani.


Semuanya menggoda selera!








Minuman : Jus Tembikai, Jus Oren dan Jus Lobak Merah. Fuad tidak minum manis, jadi dia hanya memesan minum air kosong sahaja.

Encik Suami : Jus Oren
Firdaus : Jus Lobak
Amie : Jus Tembikai


Amie : Lamb Briyani Claypot RM16.85.



Fuad kata, nasi briyani dalam claypot tadi kena tuang atas pinggan. Ohhh, begitu caranya!

Fuad - Plain Naan Set RM13.00

Firdaus - Butter Chicken Boneless RM15.00.

Firdaus dengan Butter Chicken Boneless. Itu saja yang dia hendak makan malam itu.

Encik Suami - Briyani Nasi Milani RM14.00.


Setelah mencicipi nasi milani dari pinggan Encik Suami, Fuad tanya boleh tak Mommy masak begini? Nasinya cukup rasa, dikelilingi kuahnya yang lemak berkrim ditambah pula dengan coleslow dan kuah pudina masam. Kita kata, nantilah Mommy study dulu. Sesekali memang sedaplah ubah selera dari nasi briyani biasa kepada nasi milani pula.

Belanja video sesaat Baba makan malam bersama si bujang Fuad.


Total : RM84.30 sen.



6 ulasan:

  1. Nampak lain sikit nasi biryani nie... Dah mixed western sikit nampak nya... Hihihi

    BalasPadam
  2. Mesti Fuad dah banyak jelajah tempat makan di Penang.
    Briyani Nasi Milani tu nampak macam buttermilk pula kuahnya.

    BalasPadam
  3. Menu Kak Amie tu nampak sedap betul...eh..kenapa murah sanagt makan kat area sini ye...

    BalasPadam
  4. Saya catat tempatnya. Nak coba kalo ke Penang lagi 🤤🤤. Nampak sedaaap memang

    BalasPadam