Bismillahirrahmanirrahim.
Pukul 8:50 pagi kami meninggalkan Lata Bayu Chalet untuk jalan-jalan cari sarapan di Pekan Baling. 9:15 pagi kami tiba tempat tujuan iaitu Roti Bakar Warung Mat Noi di Pekan Baling.
Roti Bakar Warung Mat Noi |
Kiri kanan jalan menuju ke Pekan Baling dipenuhi dengan barisan pokok getah. |
Sebelum itu kita kongsikan beberapa keping gambar yang dirakam dalam perjalanan menuju ke Pekan Baling. Sudah tentulah kita rasa sayu melihat deretan pokok-pokok getah yang semakin lama semakin berkurangan apabila mula menghampiri Pekan Baling. Terasa seolah-olah kenangan lama yang bergayut di tangkai hati turut direntap meninggalkan jauh kawasan Baling.
Biarpun sekadar pokok getah, namun segala nostalgia yang berkaitan dengannya tetap terpahat jauh di lubuk jiwa!
Menghampiri Pekan Baling.....
Sampailah kami di Warung Mat Noi Roti Bakar.
Walaupun agak ramai penunjung yang datang di pagi hari, namun tiada masalah tempat duduk kerana kawasannya lapang dan luas sampai ke bawah pokok.
Lengkap dengan paparan kilo kalori setiap pengambilan menu.
Kita sudah tidak peduli jumlah kalori... ahaks! yang penting dapat jamah menu yang sedap.
Lontong ini sangat sedap, cukup rasa! Tapi tak ingat berapa harganya. |
Nasi lemak lauk sambal ikan kering, sambal paru dan telur mata ini berharga RM4.20. Tak dapat dilupakan sambal ikan kering yang tak berapa masin, memang sangat sedap.
Kopi pula berharga RM1.20 sen secawan.
Firdaus : Roti Bakar Telur RM3.80 sen & Hashbrown RM2.80 sen. |
Encik Suami : Roti Bakar Kacang Pool RM6.00 |
Firdaus dengan teh ais RM1.60 sen. |
Bismillah.
Selesai sarapan, jalan-jalan sekitar Pekan Baling dulu sebelum kami berangkat pergi.
Lebih kurang pukul 10:00 pagi kami meninggalkan Pekan Baling.
kat daerah Baling masih terdapat banyak lagi kebun getah
BalasPadamSesekali berjalan jauh, rugi kira kalori 😄
BalasPadamWah…dari utara ke pantai timur pulak ya.
Nampak menyelerakan. Biasanya kalau travel memang tak peduli dah kalori tu. hihi
BalasPadamDah banyak pembangunan sana sini. Banyak sudah pokok ditarah. Sedih tengok.
BalasPadamBila berjalan ni kita buat buat lupa kalori. Hantam sajalah. Lepas tu baru fikir bakar kalpri. Hehehe…
Sedap menu2 di Warung Mat Noi tu. Bila berlaku nya pembangunan, maka pokok2 antara mangsa nya.
BalasPadamBila dah berjalan memang dah tak kira kalori ke apa dah..nikmati sahaja makanan yang ada di situ kan kak amie?bila pulang ke sarang bolehlah makan menu insaf hehe..Semua pun memang nampak sedap dan harga pun berpatutan sangat tu
BalasPadamSedapnya sarapan depa 😋
BalasPadamDari jalan besar tak nampak sangat pokok getahnya Kak, tapi sebenarnya di bukit² masih banyak yg menoreh getah. Tapi ada juga yg mula gantikan getah dgn kelapa sawit sbb harga getah sgt rendah skrg ni. Anak2 muda pun jarang yg mahu terlibat, byk yg kerja kilang bg yg tidak menyambung pelajaran.
Sekarang, jalan2 kat utara pun dah boleh jumpa lontong, kan.
BalasPadamBila pergi bercuti2, kena lupakan kejap pengiraan kalori tu hihi. Semua menu nampak sedap.
BalasPadamsedap tu menu firdaus ada telur gedik
BalasPadamKat utara memang kerap jumpa sambal nasi lemak ikan masin yang tak berapa masin.
BalasPadamLast few months masa nak balik dari Kulim singgah beli, terus makan dalam kereta sebab tak tahan tengok 😁
Kirain dia hanya menjual roti bakar. Ternyata ada menu lain juga yaa 😍😍. Saya tertarik lihat lontongnya itu kak
BalasPadamKalau SA pun memang x tengok dah jumlah kalori..janji makan ..
BalasPadam