Pages

Khamis, 15 Ogos 2024

Firdaus Ikut Pertandingan Choral Speaking di Semporna

Bismillahirrahmanirrahim.
Pada 03 Ogos 2024, Firdaus ikut pertandingan Choral Speaking  peringkat Daerah Lahad Datu. Alhamdulillah, sekolah Firdaus dapat tempat pertama.





Pada hari Selasa, 13 Ogos 2024 diumumkan pula sekolah-sekolah dari lima daerah yang layak bertanding di peringkat negeri. Sekolah Firdaus terpilih sebagai peserta. Mereka akan bertanding di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Panglima Haji Jakarullah, Semporna.

Sempatlah lagi Firdaus dengan kawan-kawan berlatih lagi pada hari Rabu, 14 Ogos 2024. Tajuk Choral Speaking : Mental Health.


Hari ini, lebih kurang pukul 10:00 pagi rombongan dari sekolah Firdaus akan bergerak ke Semporna. Sebelum dihantar ke sekolah untuk berkumpul bersama peserta rombongan, Encik Suami bawa Firdaus sarapan dahulu. Tengok masa gambar diambil... pukul 06:32 pagi.

Sibuklah malam tadi membuat persiapan untuk ke Semporna. Bantal busuk tetap dibawa. Firdaus beritahu : Mommy, cikgu bilang sebelum ke Semporna, minta ibu bapa berdoa untuk anak-anak.

Comel jew kan kata-kata Firdaus tu.

Firdaus bersama peserta rombongan Choral Speaking.

Selamat pergi dan selamat kembali.
Semoga pertandingan berjalan dengan lancar.

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah tahniah firdaus n rakan2 moga berjaya seterusnya

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah… Tahniah Daus and the geng. Semoga berjaya dan mendapat kemenangan. Aamiin…

    BalasPadam
  3. Tahniah Firdaus dan kawan-kawan.
    Firdaus kena bermalam ya di Semporna tu, siap bawa bantal busuk lagi.

    BalasPadam
  4. Congraaats firdaus dan kawan2. Semoga meraih hasil yg lebiiih baik lagi di tingkat lebih tinggi yaa ❤️🎉🎉🎉

    BalasPadam
  5. Tahniah Firdaus, all the best ye...

    BalasPadam