Bismillahirrahmanirrahim.
Bermalam di Baling sudah tentulah merupakan satu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan. Selain puas berendam sampai kecut dalam anak sungai, kami sempat jalan-jalan cari makan di waktu malam. Sebaik sahaja selesai solat maghrib, kami terus menuju ke Kampung Terabak. Berpandukan dari rujukan Pak Google, katanya ada satu tempat makan di situ. Alhamdulillah, kami sampai di tempat makan yang dimaksudkan iaitu Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Matlie.
Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah - Ulam Capa Lak Leng |
Apabila datang pada waktu malam sudah tentulah pemandangan agak terhad. Dapatlah tangkap serba sedikit suasana keliling tempat makan ini.
Tempat makan di nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Matlie ini merupakan sebuah rumah tradisi yang dihias cantik dengan pelbagai peralatan yang menarik. Kami memilih untuk makan di dalam rumah, dan kami perlu menaiki tangga.
Gambar-gambar di atas diambil di bahagian bawah rumah.
Setelah menempah makanan di bahagian bawah, kami dipersilakan naik. Ketika ini keadaan agak lengang. Maklumlah baru sahaja masuk waktu maghrib.
Jom naik atas.
Ada pelanggan yang baru sahaja meninggalkan meja makan. Semasa pekerja di situ mengemas meja, sempatlah Amie jalan-jalan di sekitar untuk merakam gambar.
Alhamdulillah. Selain berniaga makanan, sempat pula menghias tempat makan dengan sebegini indah. Tahniah untuk tuan tanah sebab berusaha menampilkan budaya setempat. Dapatlah generasi muda mengenal akar budaya nenek moyang. Peralatan yang dipamerkan sebagai hiasan dalaman mempunyai nilainya yang tersendiri.
Selain disediakan meja makan, ada juga meja rendah untuk para pelanggan menikmati hidangan secara duduk bersila.
Sekarang kami sudah duduk di meja pilihan.
Hanya menanti hidangan yang akan dihantar ke tempat kami.
Makanan dan minuman yang dipesan:
- Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah
- Laksa Kedah
- Nasi Ayam
- Kopi
- Mango Sparkling
- ABC Ais Krim Coklat
Semuanya berjumlah RM43.00.
Amie - Laksa Kedah |
Laksa Kedah |
Firdaus - Nasi Ayam |
Encik Suami - Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah |
Adik yang melayani kami sangat peramah. Kami diperkenalkan dengan sejenis ulam capa lak leng. Selama ini tak tahu ada ulam nama begini. Setelah dihidangkan, barulah teringat tumbuhan ini banyak di tanah kebun yang baru dibuka. Kenapalah setelah usia setua ini baru tahu tumbuhan ini boleh dijadikan ulaman! Sebelum ini memang selalu dengar orang Kedah suka makan ulaman dan banyak jenis ulaman dalam diet harian mereka!
Balik kampung nanti nak bagi tahu emak tentang ulam capa lak leng ini! Waktu kecil dulu selalu tengok emak cabut atau cangkul capa lak leng yang tumbuh di celah-celah pokok ubi dan keladi. Ada aroma capa lak leng yang tersendiri dan sebagai pencinta ulam-ulaman sudah tentu ingin ulang makan.
Kopi & Air Suam |
Mango Sparkling |
ABC Ais Krim Coklat |
Nampak betul muka layu dan mata kuyu. Bukan apa. Sebenarnya masih penat sebab setelah 13 hari kembara dari Itali hingga ke Turkiye, balik Selangor ziarah Bonda, terus sambung jalan-jalan melawat Abang Farid dan Fuad!
Hidangan sudah terhidang. Jom makan.
Firdaus membaca doa makan.
Licin habis Firdaus makan Nasi Ayam.
Makan di tempat yang menenangkan begini sudah tentulah menambah selera untuk menikmati semua hidangan yang disajikan. Alhamdulillah.
Unik nya rumah tradisi jadi kedai makan. Makanan pun nampak sedap2.
BalasPadamBolehlah generasi Z melihat warisan budaya nenek moyang mereka kan Mulan.
PadamWah!kak amie buat siri jelajah semenanjung ni..best..best
BalasPadamJalan-jalan santai Lina. Cuci-cuci mata melihat tanah air sendiri.
PadamJauh Kak Amie berjalan di Malaya sehingga ke Perlis, yang wajibnya makan laksa la ya, tapi restorannya cantik sangat gaya klasik.
BalasPadamTak perlu ke muzium untuk melihat seni warisan nenek moyang. Di sini pun banyak pameran khazanah tradisional.
PadamBestnya kak, cantik betul tempat makannya bercirikan kampung dan hiasan dia pun lawa. Seronok tengok nak bergambar pun seronok. Ulam cap lak leng tu dana biasa jumpa tepi-tepi rumah kak. tak tau lah pulak boleh buat ulam, ingat rumput biasa je. Nak kene try jugak kalau balik kampung nanti nak rasa makan buat ulam la
BalasPadamSaya pun nak rasa capa lak leng yang tumbuh di kebun. Hari tu tak sempat nak turun kebun. Mana tahu akan datang balik kampung lagi sempat cari.
Padamcantiknya dekorasi kedai makan nih, ermm apa ye agaknya nama ulam tu kalau kat sini, tak pernah kak ana tengok pula rupa camtu :)
BalasPadamAda yang panggil bayam gunung. Ada juga yang sebut daun kapal terbang.
PadamEh, orang Baling pun taktau kewujudan tempat ni Kak Amie 🤭
BalasPadamUlam Capa Lak Leng ni favorite arwah Mak Sy. Tapi Sy tak makan. Mmg tumbuh liar je terutama di kawasan kebun getah/ tanah yg baru dibersihkan utk kerja² tanam semula dsbnya
Saya ada kawan orang Kedah. Memang banyaklah jenis ulam dia tahu. Saya pernah terbaca nasi ulam Kedah gunakan 99 jenis ulam!
Padambesar juga rumah tradisi lama
BalasPadamYa Kak PI. Ruang makan ada di bahagian bawah dan atas rumah.
PadamTempat makan yang menarik. Klasik dan kemas dekorasinya. Food plating juga menarik. Menyelerakan tengok menu menu yang dipesan. Back to back kak Amie jalan merata. Tapi itulah, selagi ada peluang, kita gunakan sebaiknya. Penat tu cover kemudian.
BalasPadamKan Fizah.
PadamTak kan nal layan mata saja. Dah datang dari jauh memang kena manfaatkan sepenuhnya kesempatan yang ada. Lepas tu boleh qada' penat hihihiii.
SA suka usaha masyarakat setempat meniaga macam ni...menarik
BalasPadamBagus kan SA.
PadamIdea ketengahkan tradisi budaya setempat memang patut diteruskan supaya generasi muda kenal khazanah warisan nenek moyang.
Cantiknya deko tempat tu klasik sungguh macam masuk rumah kampung tradisional. Makanan pun sedap tu dan murah.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamNegara kita memang kaya dengan budaya hidup yang unik.
Sayang kalau pupus. Eloklah dipelihara dengan cara begini.
Masa mula2 tengok gambar ingatkan daun mulberi.
BalasPadamSantai betul tempat makan di atas dengan jendela terbuka.
Waah unik ya kak, pakai lepas sepatu pula. Dan makananya pun terlihat sedaaaap 😘😍😍😍. Saya paling suka dengan deco rumah makan. Vintage, dan homey sangat2. Macam makan di rumah nenek.
BalasPadam