Pages

Khamis, 1 Ogos 2024

Nasi Arab vs Nasi Briyani

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini Encik Suami ajak makan tengah hari di Restoran Rumpun Selera, Bandar Seri Perdana. Sang Suami pilih masakan Asia Tengah, sang isteri pilih masakan Asia Selatan. Dia hendak makan Nasi Arab, kita hendak makan Nasi Briyani. Dia pilih lauk ayam, kita pilih lauk ikan bawal.

Nasi Arab vs Nasi Briyani


Nasi Arab

Nasi Briyani

Kita ambil lauk ikan bawal goreng, tambah ulam kacang bendi dengan sambal. Nampak serabut pinggan nasi briyani kita. Samalah halnya dengan kepala kita yang sedang penuh sarat dengan 1001 perkara hal ehwal menoreh!

Sup Ceker

Nampak ada sup ceker, kita minta semangkuk. Sup ceker di kedai mamak memang kuahnya agak pekat, banyak rempah ratusnya. Ketika makan memang beberapa kali tergigit buah pelaga. Kadang buah pelaga dari nasi briyani, dan kadang dari kuah sup ceker.


Sup ceker masakan gaya mamak memang meriah. Sudahlah cekernya empuk lembut, ada tambahan lobak merah dan jagung pula.


Sudah ada sup ceker, ditambah lagi dengan sup kosong. Hirup sajalah sup yang masih panas ini.


Encik Suami kata dia hendak minum air suam saja. Baiklah. Kita pun ikut minum air suam juga. Sebelum tulis entri ini sempat tanya Encik Suami berapa harga makanan itu semua. Katanya RM31.00. Okey kan harganya, harga mampu bayar. Nasi Arab Ayam, Nasi Briyani Ikan Bawal tambah ulam lagi. Ada papadom dan sup ceker. Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan rezeki berlipat ganda buat pengusaha Restoran Rumpun Selera. 


Nampak ada pegedil kentang teringat pula Firdaus. Amie belilah tiga ketul pegedil. Seketul harga RM1.50 sen. Jadi tiga ketul RM4.50. Yang ini Amie bayar, tak termasuk harga nasi yang kami makan.

Seronok sungguhlah Firdaus, balik sekolah agama sudah terhidang pegedil kentang kegemarannya di atas meja.

Pegedil Kentang


Sebelum meninggalkan Bandar Seri Perdana, kami singgah di warung beli kuih penjaram pandan untuk minum petang.


16 ulasan:

  1. Dua2 sedap
    Tapi kalau wak kena regukan dengan lauk kambing baru ngam

    BalasPadam
  2. Nasi timur Tengah ini memang saya sukaaaa šŸ˜šŸ˜. Penuh rempah, sedaaap. Terbiasa dengan makanan banyak rempah, jd kalo ketemu kuliner seperti itu, saya puas makannya šŸ˜„. Beda sangat dengan kuliner di Jawa yg sangat simple

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau makan panas memang terasa rempah dan aromanya kan dik Fanny.

      Padam
  3. Tak suka kalau sedang makan tergigit buah pelaga.. potong betul hehehe
    Sukar nak hati2 sebab kalau bercampur nasi memang kaler sama.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Alhamdulillah. Kedai mamak memang tak mengecewakan.

      Padam
  5. Sedap plak sup ceker tu kak amie...

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Ya, sedap dan lembut cekernya. Cuma agak pekat dan berempah.

      Padam
  7. tabiat sy kalu mkn beriyani or nasi arab, sy akan jamah nasi dulu. sy percaya kalau nasi dia sedap.lauk pauk dia pun sedap jgšŸ˜

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi beraroma memang ada rasanya. Tambah lauk tambahlah enaknya.

      Padam
  8. Rare tu kak Amie makan nasi beriyani dengan bawal goreng. Apa pun boleh kan ikut selera kita gitu. Harga dia murah juga tu dengan apa yang dia hidangkan tu. Seronoklah Daus dapat makan pegedil favourite dia.

    BalasPadam