Pages

Rabu, 31 Julai 2024

US Pizza vs Pezzo Pizza

Bismillahirrahmanirrahim.

Selesai mesyuarat, perut berlagu keroncong sepanjang jalan. Rancangan asalnya hendak ke bank, perbaharui kad debit yang tamat tempoh hari ini. Eloklah layan perut terlebih dahulu. Jadi, dalam perjalanan menuju ke bank, kami singgah cari makan di US Pizza LD. Sebenarnya yang suka makan pizza sudah tentulah anak-anak. Kami makan sepotong dua pun sudah berasa kenyang. Selalunya kami cari pizza di Pezzo Pizza yang terletak di Bandar Seri Perdana. Kali ini cari US Pizza pula di Jalan Pantai LD.
 

US Pizza vs Pezzo Pizza

Golden Ocean Salted Egg Pizza Regular 9" RM38.00.


Macam-macamlah topping pizza yang pernah kami jumpa. Kali ini hendak merasa pula topping telur masin! Kata Encik Suami, sedap jugalah rasanya.



Kita makan sepotong saja sebab sebelum itu sudah isi perut dengan lasagna.

Encik Suami - Hot Lemon Tea RM7.95

Amie - US Lasagna Chicken RM23.50.

Sedap!


Amie - Chocolate Banana Milk Shake RM15.95.

Cheese Boat Pizza Regular 9" RM38.00.

Sewaktu makan, teringat Firdaus yang sedang mengikuti latihan choral speaking di sekolah. Kami belikan Firdaus Cheese Boat Pizza Regular 9". Firdaus memang suka sangat makan keju, jadi sesuailah belikan pizza begini.

Cheese Boat Pizza Regular 9".


Menjelang petang, kita panaskan pizza dalam air fryer. Suka sangatlah Firdaus makan. Jadi, tak payahlah masak nasi... ahaks!


Kita pun suka juga makan Pezzo Pizza. Macam-macam pilihan topping dan boleh beli sepotong-sepotong. Kalau untuk Firdaus yang suka keju, sudah tentulah kami belikan topping yang ada mozzarella dan parmesan cheese. Kalau tak habis makan boleh panaskan semula dalam air fryer.



Makan sepotong Pezzo Pizza pun sudah cukup mengenyangkan!


Eh, cerita tentang US Pizza vs Pezzo Pizza.... baru kita teringat!
Rupanya selepas makan di US Pizza, kita terlupa hendak ke bank untuk perbaharui kad debit.
Esoklah .... ahaks!

17 ulasan:

  1. Laaaa.. tujuan utamanya tak kesampaian 😆
    Lasagna kat US Pizza sedap oo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa...sampai hari ini tujuan utamanya tak juga selesai.

      Padam
  2. tengok rupa pizza dan topping nya tu aduhai sedapnya kak, topping dan kejunya melimpah tak kedekut

    BalasPadam
  3. Sy rasa macam dah lama pulak tak makan pizza dan segala jenis brand pizza.

    BalasPadam
  4. Asyik sangat makan pizza agaknya tu Kak Amie, sampai terlupa nak ke bank tu 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PH. Perut dah kenyang terus rasa nak balik rumah saja.

      Padam
  5. Harga masing2 atas kayangan.
    Mujurlah wak tak makan piza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun takat makan sekeping dua saja Wak. Sedap lagi lempeng cecah sambal tumis Wak.

      Padam
  6. Ofkors kalo saya US pizza lebih sedap😍😍😄. Makan ini saat di penang. Kalo pezzo rasa topping macam tak menyatu. Karena itu saya tak terlalu suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka pizza yang nipis, tapi suka pezzo juga.

      Padam
    2. Samaaa kak Amie. Kalo pilihannya pizza tipis atau yg roti tebal, saya pasti akan pilih yg tipis 🤤👍👍👍

      Padam
  7. Tak pernah try cheese boat tu, nampak sedap penuh cheese.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penuh cheese tu memang kegemaran Firdaus.

      Padam
  8. yang pezzo tak peenah try lg. nanti nak cari laa kat dlm mall...biasa mall2 besar yg ada pizza mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pezzo tu boleh beli sekeping-sekeping ikut pilihan topping yang disukai. Beli sekeping pun dah mengenyangkan.

      Padam