Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga mencari Ramly Beef Burger di LD tapi tak jumpa-jumpa. Yang ditemui hanyalah Ramly Chicken Burger. Kita sukakan beef burger sebab aromanya lebih menyerlah dan enak dinikmati. Chicken burger buka tidak suka, tetapi sudah selalu makan ayam, sesekali hendak juga makan daging lembu pula. Setelah puas mencari di merata pasar raya akhirnya kita pun hentikan pencarian. Kita pun lupakanlah keinginan untuk makan beef burger jenama Ramly.
Rezeki minggu lepas, terjumpa Ramly Beef Burger di coldstorage taman perumahan kami. Apa lagi! Benda yang sudah kita lupakan, tiba-tiba ada di depan mata. Rembat sajalah.
Ada enam keping burger dalam bungkusan Ramly Bee Burger. Tiga keping sudah masuk perut sebagai makan malam dan tiga keping lagi dijadikan sarapan.
Jom sarapan dengan Ramly Beef Burger. Tiada roti burger sebab sudah dimakan bersama beef burger sebagai makan malam minggu lepas. Kali ini hidang saja Ramly Beef Burger dengan hashbrown. Tambahkan daun salad dan telur rebus serta Kewpie Sesama Roasted Dressing. Meriahkan lagi dengan jagung rebus siap dihiris dan kacang edamame. Tidak lupa sedikit buah-buahan seperti anggur, hirisan mangga udang dan buah nangka. Ada bread parmesan dan bread milk butter serta Egg Portuguese Tart.
Hari ini warna sarapan lebih kepada warna kuning. Encik Suami sediakan jus mangga udang. Selalunya Amie bubuh yogurt, tapi hari ini sudah kejabisan yogurt. Minum sahajalah jus mangga udang ala-ala puri ini.
Burger dan hashbrown untuk tiga beranak.
Waktu nak makan burger, balut jew burger tadi dengan daun salad. Bubuh sos sedikit dan terus ngap masuk mulut.... ahaks!
Senang nak makan jagung kalau sudah dihiris begini. Cuma kenalah kupas kulit kacang edamame kalau hendak makan. Ini yang buat lama melekat di meja makan sebab sambil kupas kulit kacang sambil sembang-sembang dengan Encik Suami.
Nampaknya perut sudah kenyang dan buah-buahan ada bakinya lagi. Bolehlah dibuat kudapan sekitar pukul 11 pagi.
Buah & daun salad berpisah tiada!
Sentiasa penuh dgn idea la Kak Amie ni ... Macam breakfast dekat hotel dah ni 👍
BalasPadamSuka-suka nak bagi meriah meja sarapan.
PadamBestnya semua makanan nampak colourful sejuk mata memandang.
BalasPadamYa, simple jew kan tapi warna-warni.
PadamSamalah kita, dah selalu makan ayam. kalau burger kena amik beef hihihi
BalasPadamSedap beef burger kan.
PadamJus mangga tu menarik perhatian.
BalasPadamEdamame tu selalu kat pasaraya pegang bungkusan, letak balik😃. Entah macamana rasanya.
Edamame yang sama dengan di restoran sushi tu.
PadamYumm yumm sedapnya semua yang terhidang tu Kak Amie...
BalasPadamJemput Mulan.
Padamburger daging ramly mmg sedap. ratah mcm tu pun dah cukup
BalasPadamBetul tu Anies. Cukup rasa dia kan.
PadamDia punya presentation tak pernah tak meriah ... Mesti terbaikkk :D
BalasPadamTerima kasih. Nampak lebih sedap pula kan, padahal bahan biasa saja hihihii.
PadamBetul kdg2 presentation yg elok dan cantik menambahkan lagi selera dan suasana :D
PadamBerapa harga patty ramly daging dan ayam di LD kak?
BalasPadamAlaaaa.... Tak ingat pula harganya.
PadamSA pun lebih memilih burger daging dari ayam...tapi perasan x burger daging ni dah nipis skit...hehehe
BalasPadamPerasan SK... memang lepih nipis berbanding dulu.
PadamMacam di restoran hidangan sarapannya, Kak Amie. Tentu Daus suka ni.
BalasPadamDaus suka sangatlah dapat makan hashbrown.
PadamKalau saya pula lebih suka ayam sebab bukan penggemar daging. hihi..Alhamdulillah dapat juga makan apa yang dihajati. Seronoknya tengok menu macam ni, colourful. Buah dan sayur memang wajib ada, baru happy perut.
BalasPadamLinda kalau burger lebih kepada ayam... Tapi, suka tengok kak Amie punya presentation makanan.. Lawa nya... Mungkin kak Amie memang suka masak... Linda kalau ada orang lain boleh masak dekat rumah nie, memang dah angkat tangan... Kikiki.. Tak suka memasak sebenarnya...
BalasPadamSet american breakfast ni
BalasPadamProduk Ramly di sini tak banyak. Hanya ada roti. Patty burgernya saya tak pernah lihat. Atau bisa jadi saya tak mencari sampai detil. Nantilah kalo ke supermarket nak cari juga. Mana tahu ada dijual kan.
BalasPadam