Pages

Rabu, 21 Ogos 2024

Alaaaa.... Lauk Tinggal Koret-Koret Jew!

Bismillahirrahmanirrahim.
Pinjam perkataan SK : Koret-Koret yang bermaksud tinggal sedikit sewaktu SK Tanah Jauhar komen entri: Singgah Makan Tengah Hari di Kampung Batu 3 Gurun, Kedah. Kali ini dapat lauk koret-koret di mana pula ye?


Kami sampai ke tempat makan ini pada pukul 01:38 petang. Ibarat kata SK, lauk tinggal koret-koret saja!


Setelah kekenyangan makan kuih akok Terengganu, kita pun terlelap beberapa kali. Kita terjaga sewaktu Encik Suami berhenti di stesen minyak. Entah di mana! Tapi kita beli minuman di situ.


Minuman ini kita belikan untuk pemandu setia kami.


Kita dengan Firdaus minum air sengkuang cina.


Beli aiskrim Lime and Vanilla.


Encik suami terus memandu untuk mencari tempat makan tengah hari.


Redup saja suasana di jalan raya kerana banyak pokok hijau-hijau.


Maka sampailah kami ke bandar Kuantan, Pahang.



Sampailah tempat yang dituju iaitu Akob Patin House.



Ramai pelanggan sedang menikmati makan tengah hari.


Sayangnya kebanyakan dulang lauk sudah hampir kosong. Yang tinggal hanya kuahnya sahaja.


Petanda apakah ini?
Adakah kedatangan kami terlalu lewat?
Atau waktu makan tengah hari dibuka lebih awal?
Atau lauk-pauknya sedap belaka sehingga pelanggan tidak ingat orang belakang.... ahaks!


Alang-alang sudah sampai ke sini, datang dari jauh pula maka makan sahajalah apa yang ada. Koret-koret pun koret-koretlah labu!

Firdaus - Nasi Putih + Telur Itik Masak Lemak + Ayam Masak Sambal

Encik Suami - Nasi Putih + Sambal Ikan + Kangkung Tumis

Amie - Nasi Putih + Gulai Pisang Muda + Ulam Pucuk Gajus + Sambal Budu

Kepala Ikan Patih Buah Masak tempoyak

Kata pelayan di situ hanya ada kepala ikan patin buah sahaja. Jadi, Amie mintalah kepalanya. 


Walaupun dapat lauk koret-koret sahaja tetapi tetaplah berselera kami makan bertiga di sini. Kami minum air kosong sahaja.


Kesemuanya berjumlah RM58.50 sen.

Beli minuman di R&R.

Sudah kenyang penrut, kami sambung lagi perjalanan dan Amie tertidur lagi. Encik Suami berhenti di RNR.... entah apa namanya. Yang tertera di butiran dalam galeri HP hanya 'Gambang' sahaja.


Harapnya sampailah ke kampung sebelum senja menjelma.



20 ulasan:

  1. mesti sedap2 ni awalnya habis ye sampai kena korek2 he hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Cik Nor. Dapat kuahnya pun jadilah hahahaa.

      Padam
  2. kalau la tahu kak amie datang Kuantan boleh belanja makan tengahari...satu gambar kak amie tu nampak sekolah Pia & tempat kerja saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada perancangan awal untuk ke Kuantan sebenarnya. Kebetulan lalu situ, jadi kami singgah makan sebab perut dah lapar. Waktu sampai Kuantan, teringat juga Afzan selalu tulis entri makan-makan di Kuantan. In syaa Allah ada rezeki dan kesempatan mudah-mudahan kita dapat jumpa ye Afzan.
      Ooo rupanya sekolah Pia dan tempat kerja Afzan dekat-dekat sini juga.

      Padam
  3. Sampai ke Kuantan jalan-jalan nya. Ini memang keliling separuh semenanjung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Touch & go saja Faizah. Sekadar jejak bandar-bandarnya saja. In syaa Allah ada kelapangan akan jejak tempat-tempat lain di sekitarnya.

      Padam
  4. tugas cik co-pilot cuma merakam momen, makan dan tidur jelah ek hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tugas tambahan... jaga WAZE dan pastikan jalan yang dilalui betul hihihii.

      Padam
  5. Sedap plak SA nampak kepala patin tu kak..dah jadi fav SA plak ikan patin skrg...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, kuah tempoyaknya cukup rasa. Dapat kepala pun jadilah kan.

      Padam
  6. Fuhhh...merentasi dari negeri ke negeri kak Amie. Lama tak dengar perkataan koret-koret tu. Biasa dengar bila dok Johor je. Agaknya kedai tu makanan dia sedap-sedap dan ramai pengunjung pula, itu yang cepat habis kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo perkataan koret-koret tu dari Johor ye Fizah. Sempat Kak Amie tanya Pak Google. Katanya 'tinggal sedikit'. Patutlah SK tulis koret-koret hehehee.

      Padam
    2. Betul, tinggal sikit-sikit macam tu. Agaknya lah sebab biasa guna di kampung sejak kecik. Kena tanya kak SK sebab dia lagi Johor. hihi...

      Padam
  7. lepas kahwin baru saya dengar perkataan koret koret. Lauk koret koret... Yang saya tergelak.. anak koret koret pun ada.. refer pada anak bongsu yang jauh jarak lahir dgn abang dan kakak yang di atasnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak maksud koret-koret kan. Ikut ayatnya kali kalau hendak lebih faham.

      Padam
  8. Hahahahah.. sy paling risau kalau yg koret-koret tu tak ada lauk kari. Tapi, kalau ada kari ayam koret-koret dgn ayam goreng, ada sambal belacan koret-koret pun dah lega sangat, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah sebut ayam goreng tu memang PI punya lauk wajibnya ye SK.

      Padam
  9. Sedaaap tuh berarti 😄😄😍. Saya pernah makan di salah satu gerai Penang, semua lauk dah banyak habis. Tapi memang kami datang jam 4. Dah lewat waktu makan. Terpaksa lah makan apa yg sisa 😄

    BalasPadam
  10. kalau sy jd mcm ni kan kak sy minta order telur goreng then mkn laa dgn baki kuah yg ada dgn nasi. janji kenyanggg

    BalasPadam