Pages

Selasa, 13 Ogos 2024

Bermalam di Lata Bayu Chalet : Waterfall and River with Kids Pool

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas makan di Kampung Batu 3, Gurun kami meneruskan perjalanan menuju ke tempat penginapan Lata Bayu Chalet : Waterfall and River with Kids Pool yang terletak di MSM Ceria Chalet Lata Bayu Kg. Asam Jawa, Mukim Pulai, Baling.

Pintu masuk Lata Bayu Chalet.


Pemandangan sepanjang jalan ke Lata bayu Chalet.




3 KM ke Hutan Lipur Lata Bayu.






Sewaktu daftar masuk, petugas kaunter meminta Amie batalkan tempahan di Booking.com. Katanya, daftar saja secara walk in, dan keesokan paginya dikembalikan wang RM20.00++++. Pada mulanya bayaran yang dikenakan oleh Booking.com sebanyak RM156.00. Setelah dibatalkan tempahan, harganya menjadi lebih murah. Kebetulannya kami sampai sekitar pukul 2:30 dan waktu daftar masuk pada pukul 3 petang. Jadi sempatlah batalkan tempahan.

Sarapan pagi disediakan dan dikenakan bayaran tambahan. Encik Suami lebih berminat untuk bersarapan di luar.




Encik Suami keluarkan anak benih durian musang king dan mangga harum manis dan letakkan di hadapan tempat penginapan kami.


Saiz ruangan bilik penginapan kami agak kecil, tetapi masih ada ruangan untuk mengerjakan solat.


Tualanya hanya sehelai. Jadi petang itu kami ke Pekan Baling membeli dua helai tuala dan selipar untuk digunakan semasa berada di kawasan air terjun yang terletak bersebelahan dengan tempa penginapan kami.

Sayang pula rasanya apabila datang dari jauh tetapi tidak bermandi-manda di Air Terjun Lata Bayu.








Gambar di atas dan di bawah menunjukkan kawasan sekitar chalet.




Keesokan paginya, Firdaus tidak sabar-sabar untuk melihat arnab. Katanya, dia nampak papan tanda 'arnab' sejak kelmarin. Petang kelmarin kami berendam hingga kecut di dalam anak sungai belakang chalet.


Suka sangatlah Firdaus dapat melihat ikan berenang dalam kolam.



Melekat lamalah Firdaus di tepi kolam ikan apabila muncul kepala kura-kura yang sangat besar! Hairan sungguhlah Firdaus melihat saiz kura-kura gergasi di sini.


Kemudian Firdaus berlari ke kawasan lain pula. Katanya hendak melihat arnab.


Amie kata tidak ada arnab di sini. Yang ada hanya sangkarnya sahaja. Firdaus tidak puas hati. Dia tetap juga mencari sangkar arnab.


Dengan penuh yakin Firdaus kata ada arnab di sini.


Kita ikutkan sahajalah kehendaknya. Tapi, memang benarlah ada arnab di sini!


Ini dia sang arnab yang Firdaus cari!


Kita temankan Firdaus melihat-lihat arnab di sini.



Setelah keluar dari sangkar arnab, Firdaus hampiri pula kucing di teepi tembok jalan masuk Lata bayu Chalet! Layankan sajalah.... ahaks!


5 ulasan:

  1. Gigih Firdaus mencari arnab, nasib baik jumpa jugak 😅 OK tak bermalam di chalet lata bayu ni Kak Amie? Saya belum pernah bawak anak2 mandi di air terjun, teringin jugak nak bawak dieorang.

    BalasPadam
  2. Banyaknya ikan dalam kolam tu. Arnab tu pun comelnya....

    BalasPadam
  3. Aissssssh comel nyaaa kelinci2 di sana 😍😍😍😍. Anak saya pun sukaaa sangat kelinci kak. Kalo lihat kelinci bisa betah Berjam jam mereka main. Sampai minta pelihara di rumah. Tapi saya tak nak kalo kelinci. Krn mereka lebih rentan stress. Dan jika stress mereka mati.

    BalasPadam
  4. Jauhnya Kak Amie bercuti sampai ke Baling.
    Kedah ada banyak air terjun yang boleh lawati.

    BalasPadam
  5. Jenuh mommy nak ikut Firdaus ye...nasib baik ada arnabnya..kalau takde memang dah meraung dh tu

    BalasPadam