Pages

Selasa, 13 Ogos 2024

Berendam Dalam Sungai Sampai Kecut!

Bismillahirrahmanirrahim.

Selepas daftar masuk Lata Bayu Chalet, kami sempat meronda ke Pekan Baling. Selain membeli tuala dan selipar, kami beli kuih-muih yang dijual di gerai tepi jalan. Balik semula ke chalet, kami bersiap untuk ke Hutan Lipur Air Terjun.



Untuk sampai ke Hutan Lipur Lata Bayu, kami hanya perlu berjalan kaki dari chalet untuk keluar pagar. Ada jalan kecil yang menghubungkan jalan besar menuju ke tempat air terjun.


Lata Bayu Chalet ini memang sesuai untuk percutian keluarga dan aktiviti murid-murid sekolah. Tempatnya luas dan banyak kemudahan disediakan untuk perkhemahan.



Banyaklah pula kenderaan bersusun di kiri kanan jalan sepanjang lorong ke Hutan Lipur Lata Bayu.


Ada gerai jualan di tepi jalan.



Waktu mandi dihadkan sekitar pukul 8:00 pagi sehingga pukul 6:00 petang.



Ada papan tanda peringatan: Kawasan Maut. Awas! Mungkin anda mangsa seterusnya jika mandi di sini. Oh, seramnya. Baik jauhi sahaja kawasan ini.


Untuk menikmati pemandangan sekitar, bolehlah memanjat tangga ini untuk sampai ke bahagian atas.



Sekali pandang seakan-akan airnya kurang jernih. Mungkin disebabkan musim panas yang melanda ketika ini. 


Firdaus sudah tidak sabar untuk bermandi-manda. Nampaknya Firdaus kurang selesa berada di sini.



Tiba-tiba kami teringat sewaktu daftar masuk, petugas kaunter berikan cadangan untuk kami mandi-manda di belakang chalet. Katanya di situ terdapat anak sungai, dan tidak ramai orang. Jadi kami panggil Firdaus untuk naik ke darat dan patah balik ke chalet.



Sebelum sampai ke kawasan sungai, kami melewati kolam mandi untuk kanak-kanak.


Inilah anak sungai yang dimaksudkan oleh petugas kaunter. Sewaktu kami tiba di sini, hanya kami bertiga sahaja dan tidak lama kemudian datang dua buah keluarga yang menginap di chalet tetapi mereka mandi di kawasan lain yang terpisah oleh batu.



Airnya sangat sejuk!








Melihat Firdaus bermain air  di dalam anak sungai, kami pun terus melepaskan selipar dan meranduk air mencari tempat yang sesuai untuk berendam. Bukan sahaja merendamkan badan tetapi turut rendam kepala di aliran air di celah-celah batu.

Hampir satu jam merendamkan diri, sehingga benar-benar terasa sejuk dari hujung kepala hingga ke hujung kaki! Dengan kata lain, berendam dalam sungai sampai kecut!


Sudah puas berendam, barulah kami naik ke darat.



Sampai di bilik, perut berasa lapar. Syukurlah sewaktu jalan-jalan di Pekan Baling kami sempat beli buah dan kuih-muih.


Tembikai & Buah Salak.


Kuih-muih dari gerai di Pekan Baling : 

  • Apam Balik
  • Pulut Panggang
  • Keria
  • Cucur Jawa
  • Samosa
  • Karipap

8 ulasan:

  1. Bestnya mandi sungai time musim panas ni kan.

    BalasPadam
  2. Eh airnya dalam atau arusnya kuat makanya disebut kawasan maut kak? Soalnya dari foto nampak tenang saja air kan 😅.

    BalasPadam
  3. Wahhh.. belakang chalet sungainya lagi tenang dan tak ramai
    nak berendam lama pun seronok.

    BalasPadam
  4. Kawasan maut tu tengok ramai je mandi manda situ macam tak takut dekat papan tanda tu. Mujur ada anak sungai belakang chalet tu puas hati lah mandi kan kak....

    BalasPadam
  5. Agaknya kenapa kawasan tu diletak amaran kawasan maut ye? Sebab kepala air ke?

    BalasPadam
  6. sungai belakang chalet tu lagi bersih nampaknya kak...puas la Firdaus berendam ye

    BalasPadam