Pages

Isnin, 12 Ogos 2024

Singgah Makan Tengah Hari di Kampung Batu 3 Gurun, Kedah

Bismillahirrahmanirrahim.

Encik Suami memandu santai-santai sahaja. Jadi dapatlah melihat pemandangan di kiri kanan jalan dengan jelas walaupun yang kelihatan hanyalah tanah sawah bekas dituai. Kami juga tidak mencari tempat khusus untuk singgah makan tengah hari sehinggalah terpandang papan tanda Ikan Bakar Selera Kampung by Siti. Tak tahu mana satu nama sebenar tempat makan ini kerana ada Daging Salai dan Gulai Sawah. Rujuk Pak Google pun tidak dapat penjelasannya.

01 Mac 2024, kami berada di dua buah negeri. Dari Padang Besar, Perlis - Arau - Gurun, Kedah.


Dari Arau, Encik Suami memandu arah ke Gurun.


Kalau kereta sampai di simpang, dapatlah tangkap gambar di sebelah kiri dari tempat duduk kita.



Lebih kurang pukul 1:30 petang, sampailah kami di Kampung Batu 3, Gurun. Turunlah kami menuju ke kedai makan di bawah ini.



Nampak banyak dulang lauk-pauk tetapi isinya sudah hampir habis!


Alang-alang sudah sampai di sini, kaut sajalah mana lauk yang ada.


Firdaus tidak mahu makan dan tidaka mahu minum. Katanya perut masih kenyang. Jadi hanya Amie dengan Encik Suami sahaja yang makan di sini.


Masing-masing mengambil nasi campur dengan saki-baku lauk yang ada. Amie memesan segelas jus nanas. Kesemuanya berharga RM21.00.

Amie : Nasi putih lauk ikan bawal masak sambal, rebung masak lemak dengan daging dan sambal belacan.

Encik Suami : Nasi putih, sambal telur, ikan masak kicap dan sayur taugeh.

Jus Nanas

Walaupun lauk-pauk sudah banyak yang habis, tetapi pelanggan masih datang tak henti-henti. Mungkin masakan di sini menepati selera para pengunjung. Walaupun jam baru menunjukkan angka 1:30 tetapi makanan yang sedikit berbaki itu menunjukkan tempat makan ini memang sangat laris dan menjadi pilihan pelanggan.

Kesimpulannya: Makanan di sini sedap dan murah!

9 ulasan:

  1. kalau dulang masih penuh lauk pauk mesti rambang mata nak pilih makan apa...
    lama tak datang blog kak amie..apa kabar kak?

    BalasPadam
  2. Cepat betul makanannya habis, padahal baru pukul 1.30 tengahari, waktu lunch pun belum habis lagi 😅. Memang laris makanan di kedai ni, mesti sedap.

    BalasPadam
  3. makanan kat kedah mmg murah esp kat area2 kg. penah mkn sekali dgn air x smpi RM10...

    BalasPadam
  4. Mesti ini laluan utama, ramai pulak orang kelaparan singgah sehingga lauknya tinggal koret-koret, hehe.

    BalasPadam
  5. Boleh kami try nanti kalau balik Kedah...
    Awal surut lauknya gerenti sedaplah kan Lagi² murah pulak memang kena serbu :)

    BalasPadam
  6. Saya dah berkali2 minta personal shopper langganan saya, tiap kali nak belanja sayur dan daging di pasar, tolong cari rebung. Tapi dah berbulan2 tak ada stok rebung di pasar dekat rumah 🤣🤣. Padahal kalo di Medan, rebung banyaak sangat di mana2. Rindu nya makan rebung nih 😅

    BalasPadam
  7. Yang saya perasan kalau kat Kedah tu ada sesetengah gerai/restoren dah siap keluarkan lauk pauk seawal jam 9 pagi. Mungkin itu sebabnya jam 1.30 lauk hampir habis. Mungkin mereka makan berat masa sarapan.

    BalasPadam
  8. Kat Perlis makanan memang murah...puas hati kan..

    BalasPadam