Pages

Sabtu, 17 Ogos 2024

Jalan-Jalan ke Pasar Siti Khadijah Kota Bharu

Bismillahirrahmanirrahim.
03 Mac 2024, bersamaan hari Ahad.

Seawal pukul 8:40 pagi, kami sudah berada di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu. Jom ronda-ronda dan melihat keunikan budaya tempatannya yang tersendiri: semua kedai dimiliki dan diurus oleh peniaga wanita!

Pertama kali kita jejak kaki ke sini pada zaman dahulu kala, ikut rombongan sekolah pada tahun 1987. Waktu itu harga keropok ikan masih 60 sen sebungkus!


Mungkin ketika ini musim buah kundang. Rasanya buah kundang dari negara jiran. Saiznya besar dan rasanya manis. Harga sekilogram RM30.00. Kita beli untuk makan-makan dalam perjalanan dan di hotel. Firdaus suka angat makan buah kundang. Buah kundang ini sempat sampai ke rumah Bonda. Firdaus beritahu neneknya: Daus ada buah mangga kecil nek!



Buah mata kucing.

Beli juga buah salak Siam.

Buah Bidara


Buah limau ini manis sungguh. Sebenarnya tahu rasanya sangat manis sebab petang kelmarin singgah sini dan beli untuk di bawa ke rumah Fauzan. Hari ini beli sekilogram. Tapi menyesal beli sekilogram saja sebab belum sampai Terengganu, sudah habis kami makan dalam kereta.


Sebelum naik ke tingkat atas, kami melalui kawasan peniaga ikan.


Banyak jugalah kami memborong di Pasar Siti Khadijah. Kami beli banyak keropok untuk dibahagi-bahagikan nanti apabila sampai rumah Bonda. Banyak jenis kacang gajus ada di sini. Sebelum ini kacang gajus saiz gemuk selalunya nampak di Hatyai, tapi sekarang ada di Pasar Siti Khadijah.


Beli juga gula nisan beberapa bungkus. Bentuknya yang comel dan harga yang sangat berpatutan itulah yang menggoda hati untuk beli. Sekarang gula nisan yang dibeli di sini tinggal dua keping saja di dapur.



Rambang mata melihat pelbagai jenis keropok.


Tidak lupa beli serondeng terutama serondeng daging yang kita gemari.




Belikan Aseeyah beberapa bungkus asam manis. Itu saja yang dia minta. Yang lain dia tak mahu.





Terakhir, kami singgah di kedai kain.


Belilah juga dua tiga helai untuk oleh-oleh diri sendiri.
Selesai membeli-belah, kami tinggalkan Pasar Siti Khadijah pada pukul 9:30 pagi.

13 ulasan:

  1. Tempat wajib singgah ni kalau ke KB...
    First time ni Acik dgr orang panggil buah kundang tu mangga kecik Daus :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... Firdaus punya panggilanlah tu. Entah berapa kali kita sebut buah kundang, tetap juga dia panggil mangga kecil hihihii.

      Padam
  2. Beberapa kali ke KB, sy tak pergi Pasar Siti Khadijah. Sy sejenis malas ke tempat begini sebab jenis yg tak membeli. Kalau makan2 sy suka, tapi geram pulak tengok buah kundang tu, rugi kalau tak beli mangga kecik2 ni, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, memang ada yang tak suka membeli.
      Saya beli di sini terutamanya serondeng daging sebab tidak ada di LD. Lagi pun harganya tersangatlah murah, RM65.00 sekilogram.

      Padam
  3. Buah kundang saya makan.. buah salak tu ermmmmm hahahah tak leh nak telan hahahah :P
    Lama dah tak berkunjung ke pasar siti khadijah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sudah makan banyak jenis buah salak di Sabah. Di sini dan di Perlis saya terjumpa salak Siam. Salak Siam ni first time saya makan waktu travel ke Bangkok. Lain rasanya dengan salak yang pernah saya makan. Salak Siam lebih manis, wangi dan berjus.

      Padam
  4. Best kat PSK tu macam2 hado. Sediakan duit je. Hihi. Jumpa macam2 makanan yang unik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat meronda banyak kedai. Kejap jew singgah cari keropok.

      Padam
  5. Waaahh.. dulu2 rombongan sekolah sampai ke Kelantan. Jauh tu.
    Teringin juga nak ke PSK lagi tapi masih belum ada kesempatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali saya hendak dua tiga malam menginap di Kelantan. Boleh puas meronda.

      Padam
  6. Ini pasar yg saya kira jualannya mukena 🤣🤣. Ternyata pasar serba ada ya kak. Sampai buah dan baju pun ada 😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasarnya sangat besar dan luas, bertingkat-tingkat. Ikutkan hati boleh satu hari berada di sini untuk membeli-belah terutama bahagian pasar kain.

      Padam
  7. Kat sini la impian SA nak pergi Kak Amie...ntah bila la dapat pi ni...lambat plak suami SA pindah seremban...senang kalau nak ajak kemana- mana

    BalasPadam