Pages

Selasa, 30 Julai 2024

Lunch Buffet Terlajak Rahmah RM9.90 di Khadijah Ikan Bakar (Khadijah Catering)

Bismillahirrahmanirrahim.

Suatu ketika dahulu, kami selalu makan tengah hari di Khadijah Ikan Bakar gaya lunch buffet tetapi tak ingat berapa harga untuk satu kepala, tetapi tidak sampai RM9.00 seperti sekarang. Kini, Khadijah Ikan Bakar beroperasi lagi bermula 16 Julai 2024 dengan tawaran harga istimewa RM6.90 sempena pembukaannya dan beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Selepas tarikh tersebut, harga sebenar yang ditawarkan kepada pelanggan ialah RM9.90.

Kalau sampai di Lahad Datu, jangan lupa singgah ke Perdana Square di Bandar Seri Perdana untuk makan tengah hari di Khadijah Ikan Bakar (Khadijah Catering).

Kelmarin, berdua dengan Encik Suami kami makan tengah hari di sini. Memandangkan ada cuti peristiwa, jadi Amie berkesempatan untuk datang lebih awal sekitar pukul 11 pagi. Kita sangatlah berharap dapat hirup sup ceker seperti dulu. Sayangnya sudah tidak disediakan sup ceker lagi! Kalau dulu, kami makan di aras bawah, tetapi kelmarin kami mendaki tangga ke bahagian atas, ke ruangan yang lebih luas dan santai dan sudah tentunya sangat selesa kerana ada penyaman udara.


Amie makan nasi putih dengan lauk pilihan:
  • Ketam Masak Lemak
  • Sambal Kupang
  • Tauhu Jepun Sos Tiram
  • Kerabu Rumpai Laut & Latok
  • Terung Goreng & Sambal



Ulaman & Sambal

Latok

Kerabu Rumpai Laut & Kerabu Mangga

Ikan Kerisi Goreng Celup Tepung

Ikan Tulai Berlada

Sayur Campur

Sambal Kupang

Ayam Masak Kicap & Ketam Masak Lemak

Ayam Masak Sambal & Sayur Pakis

Ayam Masak Kari

Tauhu Jepun Sos Tiram

Ikan Bilis & Kentang Berlada

Setelah habis makan nasi, kita ambil sedikit Sambal Ikan Bilis & Kentang. Menambah dua kali pula, sebab sedap sangat! Kalau tak ingat perut sudah penuh, memang hendak meratah sajalah Sambal Ikan Bilis & Kentang ini.

Sambal Ikan Masin

Hari ini ajak Encik Suami datang lagi untuk makan tengah hari. Sebenarnya hendak meratah Sambal Ikan Bilis & Kentang! Tapi, tengoklah apa yang penuh dalam pinggan di bawah ini.


Amie ambil nasi putih dengan lauk:
  • Ikan Tulai Panggang
  • Pegedil Jagung
  • Sambal Ikan Bilis & Tempe 
  • Kerabu Mangga & Kerabu Rumpai Laut & Latok
  • Terung
  • Tauhu Jepun Sos Tiram
Nampaknya kena selalu datang makan tengah hari di sini sebab lauknya berbeza pada setiap hari. Hari ini ada Ayam Goreng Berempah, ada Ikan Lumahan Goreng Salut Tepung dan teristimewa ada Pegedil Jagung. Memang asyik meratah sahajalah kalau sudah jumpa Pegedil Jagung. Tidak jumpa pula Ikan Bilis & Kentang Berlada sebaliknya jumpa Ikan Bilis & Tempe Berlada. Pun tetap sodap!

Ayam Goreng Berempah & Ayam Masak Sambal

Ikan Lumahan Goreng Salut Tepung

Pegedil Jagung

Sayur Labu Kuning Masak Lemak & Sosej 

Ikan Tongkol Goreng Berlada

Sambal Ikan Bilis & Tempe

Ruang makan yang luas dan selesa.
Nyaman!



Alhamdulillah.
Di saat orang mengeluh kerana harga makanan semakin bertaraf kayangan walaupun hidangan bertaraf marhaen, tetapi Khadijah Ikan Bakar (Khadijah Catering) mengambil langkah menyediakan Lunch Buffet Terlajak Rahmah. Semoga Allah menganugerahkan rezeki yang berlipat ganda untuk pengusaha makanan Khadijah Ikan Bakar.

16 ulasan:

  1. Lunch Buffet RM9.90 tu mmg murah bangat tu huhuu.. harga promosi RM6.90.. aduh kenapa la tak di KL harga mcm tu hihii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang sangat murah. Kenyang!

      Padam
  2. Murahnya, dengan pelbagai pilihan pulak tu terbaiklah Khadijah Catering ni 👍
    Kalau dekat ni, maunya hari² Sy makan di situ Kak 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun hendak makan selalu di sini. Jimat tenaga tak payah masak dah.

      Padam
  3. Terlampau rahmah ni, Kak Amie. Untungnya orang di sanun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang beruntung orang di sini SK. Tapi lepas makan macam tak larat nak bawa badan ahaks!

      Padam
  4. waahh 9.90 mmg terasa murah jugak tu dgn kos makin tinggi zmn skrg ni.. sedapnya lauk lauk semua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Ana, kalau tengok harga makan nasi campur memang lebih ke kayangan. Syukurlah ada pakej Rahmah dengan macam-macam pilihan lauk.

      Padam
  5. murah sangat tu amie, macam-macam pilihan pula tu berbaloi sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, memang murah lengkap dengan buah dan minuman. Lauk-pauk pun banyak pilihan.

      Padam
  6. Mana nak cari buffet sebegini rahmah.. lauk nya pun bukan kaleng-kaleng.
    Nengok pun semua sedap-sedap.
    Macam nak terkam ikan kerisi goreng celup tepung tu je 🤤🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ikan goreng celup tepung. Lagilah ada kerabu dan sambal.

      Padam
  7. Huih gila murah kak oi... dahla ada banyak pilihan menu.... sedap nampak semuanya

    BalasPadam
  8. Omg kak amie 😍😍😍😍😍😍😍. Dia profit tak dengan harga segitu 😍😍😍? Macam nak berderma konsep jualannya. Semoga saja owner diberkahi selalu rezeki melimpah.

    Menu pun bukan sembarangan. Banyak sangat dan semua kliatan sedaaap 😍😍

    BalasPadam
  9. Wahhhhh murah betul. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  10. murah sgt tu kak... mcm mana laa tokey ni buat untung ya..KL nk dpt harga RM9 tu pun lom tentu lauk byk

    BalasPadam