Bismillahirrahymanirrahim.
Hari kedua di rumah Bonda, Wak Niah minta Amie masak sup tulang. Bonda tidak sabar hendak hirup sup tulang. Katanya, semerbak sungguh aroma sup tulang yang sedang direnih di atas dapur. Nasi belum tanak, tetapi Bonda sudah minta sup tulang.
Amie pun ambilkan semangkuk sup tulang dan hidangkan di atas meja. Nampak sungguh Bonda sangat menikmatinya. Aroma sup tulang tambah semerbak apabila ditambah hirisan daun sup dan bawang goreng. Bonda tidak mahu makan nasi sebaliknya minta tambah kuah sup.
Selesai makan dan hirup sup tulang, Bonda kata : Segerrrrr!
Hari itu kami makan tengah hari lebih awal, sekitar pukul 11:00 pagi. Selain sup tulang, Amie panggang ikan cencaru dalam kuali. Ulaman kacang bendi dan hirisan timun serta sambal tomato dijadikan lauk pelengkap.
Sup Tulang |
Ikan Cencari Panggang |
Ulaman Kacang Bendi & Hirisan Timun |
Sambal Tomato |
Amie lebih banyak berehat dan tidur saja ketika berada di rumah Bonda. Selain masih rasa letih balik dari mengembara di negara orang, gangguan tidur sementara atau jetlag juga terpaksa dihadapi. Maklumlah selama dua minggu jam dalaman badan terganggu oleh perjalanan melintasi beberapa zon masa.
Sup tulang kegemaran SA jugaaaaa...SA nak gearbox.....raya haji hari tu x dapat makan..
BalasPadamSaya pun nak masak gearbox jugalah nanti. Sedapnya!
PadamDah lama tak makan sup tulang. Sedapnya 🤤
BalasPadamSedapkan hirup kuahnya panas-panas.
Padamkegemaran LM juga sup tulang. mesti bonda tak leh tahan godaan bau sup tu kot
BalasPadamBetul tu. Aromanya yang semerbak ketika direnih tu yang tahan nak tunggu dihidang.
Padamwaahhh sup tulang cencaru panggang!
BalasPadamAlhamdulillah... dapat makan tengah hari di rumah Bonda.
Padamsemua sedap kak... sup tulang tu banyak daun sup memang segerrr
BalasPadamLagilah kalau masak sup tumis darat kan Dana!
PadamMemang segarlah lauk begini kak Amie. Berselera bonda makan pun. Sesekali merasa air tangan kak Amie, bertambah selera makannya. Faham sangat rasa kepenatan tu. Ada masa dapat rehat, kita rehat je lah kan.
BalasPadamWalaupun penat, nak juga masuk dapur hihihiii.
PadamMaaf kak Amie lama tak menyinggah sini. Baru berkesempatan nak terjah.
BalasPadamOk Fizah. Tidak mengapa. Saya pun kalau ada masa barulah nak terjah menerjah juga hihihii.
PadamNampak pun segerr tu.
BalasPadamBonda rindu masakan anakandanya.