Pages

Khamis, 25 Julai 2024

Sarapan Warna-Warni

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang ini kalau hendak menulis entri sudah tidak ikut masa. Yang penting ada masa untuk menulis. Tak kisahlah kalau tulis entri tentang sarapan di waktu malam.... ahaks!

Sayang hendak buang gambar dalam galeri. Walaupun sudah tidak ingat sepenuhnya apa kisah di balik gambar, tapi bolehlah dikongsikan sebagai idea untuk bersarapan bersama keluarga. Hendak goreng nasi, memang tidak ada baki nasi sebab sudah jarang masak nasi. Jadi, carilah sahaja bahan dalam peti sejuk yang boleh dijadikan alas perut. Sempat petik bunga telang untuk dijadikan minuman pagi.

Warna-Warni Sarapan Pagi


Kentang Goreng & Fillet Ikan Salut Tepung & Serbuk Roti

Tart Telur & Brulee Tart & Roti Bulan Sabit

Romaine Lettuce + Hirisan Plum + Lemon + KEWPIE Sesama Roasted Dressing

Hirisan Nanas + Buah Pear + Nangka

Menu Sarapan Pagi


Minuman:

  • Jus Durian Belanda
  • Jus Bunga Telang

13 ulasan:

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah. Untuk suka-suka saja luangkan masa di dapur.

      Padam
  2. Balasan
    1. Sesekali terjah dapur di hujung minggu. Untuk seronok-seronok dengan keluarga kecil.

      Padam
  3. menyelerakan sarapan ni semua...warna warni memancing keinginan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu SA.
      Sekadar memenuhi selera kami tiga beranak.

      Padam
  4. Selalu saja.. penampilan yg cantik dan rasa yg sedap adalah ciri khas kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Heni.
      Beginilah, sederhana dan seadanya.

      Padam
  5. Betullah tu Kak Amie. Lari jadual sudah. Tulis je tak perlu ikut masa dah. Comel je mini roti bulan sabit tu. Pekat memikat air bunga telang kak Amie. Cantik warnanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Fizah. Asalkan dapat siarkan entri, ok lah kan.
      Ya, pekat air bunga telang tu. Sedap tu ditambah dengan jus limau kasturi dan sedikit air gula.

      Padam
  6. Cantik berwarna-warna.
    Complete dengan carbo, protein & vit C.

    BalasPadam