Bismillahirrahmanirrahim.
Hari terakhir di Istanbul. 24 Februari 2024. Hari Sabtu.
Selepas sarapan, free and easy. Kemudian bertolak ke lapangan terbang. Penerbangan ke Dubai dijadualkan pada pukul 8:05 malam dan tiba di Dubai pada 1:30 pagi.
Jom masuk dewan makan, kita sarapan hidangan Turkiye.
Lokanta Usulü Sari Mercimek Çorbası (Zerdeçallı) |
Ada beberapa jenis sup yang disajikan, tetapi Amie henak cuba satu saja iaitu Lokanta Usulü Sari Mercimek Çorbası (Zerdeçallı) atau Sup Sari Lentil Gaya Restoran (Dengan Kunyit). Banyak bahan yang digunakan untuk menghasilkan sup lentil ini. Antaranya termasuklah lentil merah, bawang, kentang, lobak merah, mentega, minyak zaitun, air rebusan ayam. lada hitam, jintan manis dan serbuk kunyit.
Lain-lain menu bolehlah lihat seperti gambar-gambar di bawah. Ada yang kita tak tahu apa namanya.
Kita ambil sedikit-sedikit sahaja menu yang terhidang tetapi menjadi banyak apabila tersusun menjadi sebuah taman dalam pinggan.
Makan juga sekeping roti celup sup lentil. Selepas ini hendak berjalan-jalan di mall, jadi kena makan roti juga untuk bekalkan tenaga.
Yang panjang putih dan bulat-bulat atas sosej dalam pinggan itu ialah keju. Banyak pilihan keju di sini. Sebelahnya itu telur hancur dan sepotong Vegan Kazandibi atauTurkish Burned Pudding.
Dalam pinggan sebelah, ambil sebiji cili hijau dan beberapa keping zuchinni panggang serta salad. Alhamdulillah. Perut sangat kenyang setelah bersarapan. Kemudian kami masuk semula ke bilik dan membawa turun beg yang sudah beranak satu!
Tidak lupa masukkan beberapa bungkus makanan ringan ke dalam beg sandang. Makanan di atas ini Amie beli di Bulgaria dan makanan di bawah ini Amie beli di Bosnia and Herzegovina. Bolehlah kami makan di dalam bas.
Beg besar warna merah seberat 23 kilogram ini akan masuk kargo dan beg di atas (beli di luar Grand Bazaar) seberat 6 kilogram ini akan dibawa naik simpan di kabin. Tetapi sewaktu check in, petugas di kaunter menyuruh Amie letakkan sekali bersama dengan beg merah. Jadi Amie pun lenggang kangkunglah naik kapal terbang!
Selamat tinggal Grand S Hotel. Ada jodoh bertemu lagi! |
Makanan ni kalau jenis yang tekak melayu nak nasi .. habis la menangis mencari hahaha.. sedap tu roti cicah mcm sup tu.. :D
BalasPadamKalau melihat sajian seperti ini memang menggugah selera,penyajian juga cantik, tapi lidah saya terbiasa makan tradisional haha..memang sewaktu-waktu kalau jalan keluar negri harus coba merasakan ya kak.
BalasPadamAssalamualaikum sis, sedap dan segar sarapan di sana, betul ambil roti buat bekal tenaga. InshaAllah ada rezeki datang lagi.
BalasPadamSedap2 menu semua tu Kak Amie. Geram je tengok. Insyaa Allah sampai lagi.
BalasPadamGeram tengok buah zaitun tu...
BalasPadammakanan diorang ringkas tp mengenyangkan
BalasPadamsedapnya.... memang tak jumpa nasi lah ye kat sana kak...
BalasPadamNampak sedap sangat semua yang disajikan, boleh naik berat badan lepas balik Msia, hahaha.
BalasPadam